-
11.03.2010
-
Kota Kinabalu: Dua hari sebelum tarikh taklimat, saya menerima panggilan dari encik Joel, warga Amerika yang fasih berbahasa melayu. Inilah kali kedua encik Joel membawa pelancung dari USA untuk mendapatkan taklimat (dalam bahasa Inggeris) mengenai Islam.
Atas: Foto pelancung dari USA bergambar beramai-ramai dengan saya setelah selesai mendengar taklimat mengenai dengan Islam di masjid negeri Sabah.
Atas: Pelancung dari USA mendengar dengan teliti segala taklimat yang disampaikan oleh Janis Abdullah
Atas: Pelancung dari USA turut bertanyakan soalan sensasi kepada Janis Abdullah. Antara soalannya... adakah semua orang islam akan masuk syurga? Apa pandangan kamu mengenai erti 'kafir' (infidels)? Kenapa wanita Islam memakai tudung? Kenapa lelaki Islam tidak boleh solat bersama-sama dengan wanita? Apa itu jihad? Banyak juga soalan yang 'provokatif' namun saya cukup bersedia berhadapan dengan soalan mencabar.
Atas: Inilah wajah-wajah pelancung yang meminta saya memberikan taklimat.

Dari pengamatan saya, mereka bukan sekadar pelancung tetapi merupakan pendakwah terlatih yang mempunyai misi tersendiri.
-
Misi saya pula ialah 'nak membuang tag terrorism pada islam yang mereka ciptakan' untuk menghalalkan serangan ke atas umat islam di dunia. Disamping itu, saya juga memperbetulkan persepsi negatif tergadap islam serta menjawab salah-faham (misconceptions) barat terhadap islam. Alhamdulillah, misi itu dapat dilaksanakan dengan jayanya berkat dari ilmu yang Allah kurniakan semasa saya berkursus tiga minggu di Bahrain pada April hingga Mei tahun 2009.

Kursus saya di Bahrain adalah atas biayaan sendiri serta tajaan dari kerajaan Bahrain. Sebenarnya saya sangat berharap agar Jabatan Agama Islam samada negeri atau persekutuan memberi sedikit sumbangan membantu saya merelisasi impian saya menjadi seorang pendakwah antarabangsa yang benar-benar terlatih. Malangnya belum ada rezki. Walau bagaimanapun, saya tidak putus asa dan dan akhirnya saya berjaya juga menembusi negara luar dengan biaya sendiri. Ilmu yang ditimba sangat berguna untuk perkembangan dakwah islamiah di Sabah. Saya bersyukur kerana apa yang saya pelajari di Bahrain dapat saya salurkan kepada kira-kira 100 orang pelajar saya yang belajar mengaji dengan saya.
-
Saya juga menfaatkan ilmu itu untuk berdakwah dengan pelancung setiap hari. Insyaa Allah, saya mengharapkan ada peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk berkursus lagi di luar negara di masa akan datang untuk lebih mempertajamkan lagi kemahiran saya berdakwah kepada non-muslim professional dalam bahasa inggeris.
-
No comments:
Post a Comment