WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
KEPADA PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2016, SELAMAT BERJUANG MOGA-MOGA MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

15 March 2010

SAKAG

-
13.03.2010 (Sabtu)
-
Kira-kira 5,000 ahli keluarga SAKAG telah berhimpun di Dewan Kg Jaya Baru di Keningau baru-baru ini. Persatuan Keluarga SAKAG telah pun ditubuhkan kira-kira 14 tahun yang lalu dengan menyaksikan Hj Hashim sebagai Presiden yang pertama.
-
Kebanyakan ahli keluarga SAKAG bertaburan hampir diseluruh Sabah terutamanya di Ranau, Tambunan, Keningau, Sook dan Tenom. SAKAG mempunyai 18 rumpun dan setiap rumpun mempunyai ahli keluarga seramai 1,500 ahli. Ahli keluarga SAKAG dianggotai oleh keluarga yang beragama Islam dan Kristian. Dalam kepelbagaian bangsa dan agama, keluarga SAKAG mencipta sejarah dengan menjadikan SAKAG sebagai salah satu perhimpunan keluarga yang teramai di Sabah.
-

Atas: Anak-anak keluarga SAKAG yang menyertai pertandingan fesyen kanak-kanak.

Atas: Directional signage yang terlalu simple tetapi cukup menjadi panduan kepada ahli keluarga yang tersesat jalan.

Atas: Directional signage Kg Jaya Baru tempat perhimpunan SAKAG kali yang ke 3, ke 9 dan kini ke 6?

Atas: Foto anak-anak keluarga SAKAG

Atas: Mmmm.. si comel ini memperagakan pakaian tradisi suku kaum dusun.

Atas: Keluarga SAKAG beragam Islam turut serta.

Atas: Encik Henry Mojunal, Presiden SAKAG selama 10 tahun yang turut berucap dalam perhimpunan.

Atas: Backdrop perhimpunan keluarga SAKAG, dirasmikan oleh Datuk Frankie Chong, Timbalan Speaker DUN Sabah yang juga bekas Presiden SAKAG.

Atas: Anak SAKAG yang mengambil bahagian pertandingan bina badan kanak-kanak.
-
Banyak lagi acara yang telah dijalankan namun tidak sempat dimuatkan di blog ini.
-
-
Add Image

No comments:

Post a Comment