Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

24 March 2010

JENGGO ABDULLAH MENINGGAL DUNIA

-

Kg Patau Tambunan, Mac 2010:-

Apabila Allah mengambil semula nyawa makhluk ciptaannya maka Allah akan melakukannya dengan sekelip mata tanpa bertangguh walau sesaat. Pendek kata masa ajal seseorang adalah 'precise'. Demikianlah sebuah kesah yang berlaku kepada keluarga Jenggo Abdullah dimana beliau menemui ajalnya dalam kemalangan jalan raya di Kampung Kinabaan Tambunan. Kesemua mereka seramai empat orang menaiki sebuah lori mini yang dipandu oleh Rijoh Araman. Mereka terdiri dari Rijoh Araman (pemandu), Jenggo, Isterinya dan anak buah Jenggo. Mereka dalam perjalanan dari Kampung Sunsuron menghala ke Patau. Setibanya di jambatan sungai Sunsoron, lori yang mereka naiki hilang kawalan di satu selekoh lalu terhentak masuk ke parit konkrit. Hentakan itu menyebabkan lori itu terbalik dan kepala lori itu menghala semula ke Kampung Sunsoron.

Menurut seorang saksi yang kebetulan tinggal di Kampung Kinabaan, kesemua penumpang terhumban keluar bertaburan dari kenderaan. Saksi itulah yang bertanggung-jawab menelefon polis. Menurutnya lagi, beliau melihat salah satu penumpang cedera parah dan mungkin itulah yang bernama Jenggo Abdullah. Saksi itu sempat bertanya kepada salah satu mangsa dan diberitahu bahawa kesemua mereka berasal dari Kampung Narayat dan Patau.



Atas: Janis Abdullah (batik hijau) cuba menenangkan keadaan sambil memberitahu tentang kedudukan jenazah Jenggo yang perlu diurus oleh penduduk Islam di kampung Patau.

Atas: Janis Abdullah memberi taklimat kepada keluarga mangsa mengenai cara pengurusan jenazah.

Atas: Keluarga mangsa yang turut bersedih dengan pemergian keluarga mereka.

Atas: Lori menjunam dalam parit ini lalu bahagian kepala lori terhentak dengan kuatnya konkrit parit.


Atas: Lori ini baru dibeli oleh pemiliknya dan kelihatan nama pemilik asalnya belum ditukar lagi.

Atas: Lihat kesan roda kenderaannya di atas rumput yang tidak dapat dikawal.


Atas: Keadaan lori yang terpusing menghala semula ke Sunsuron.

Atas: Satu lagi pandangan dari sudut sebelah kiri.


Atas: Bahagian tayar dibelakang patah.

Atas: Bahagian depan lori

Atas: Pandangan dari sudut hadapan lori.


Atas: Pandangan kerosakan kenderaan dari sudut yang lain.

-

No comments:

Post a Comment