Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

05 February 2010

BERDAKWAH DI MOYOG

-

Moyog:-

-

Beberapa bulan yang lalu saya dan dua orang mualaf (suami isteri) memasuki sebuah kampung di Moyog Penampang (pekat dgn fahaman kristian) sempena Hari Raya Aidil Adha. Kami dapat menghimpunkan lima buah keluarga dalam satu majlis tidak resmi bagi membincangkan mengenai keindahan islam. Kami membawa buku solat wanita, sajadah dan telekong wanita untuk dijadikan sebagai bahan kami berdakwah kepada keluarga non-muslim. Mungkin ada pembaca blog ini yang terkejut kenapa saya buat cara ini. Mungkin ada dikalangan pembaca tidak setuju dengan cara ini kerana mendekati non-muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan selama ini.

-

Saya menunjukkan cara-cara muslimah solat, para ibu dan wanita tua muda mengelilingi kami dan ingin tahu cara muslimah bersolat. Kelihatan ibu-ibu begitu tertarik dengan cara muslimah solat sehinggakan tiga daripada lima buah keluarga tertarik dan ingin mengetahui lebih dalam lagi mengenai islam. Insyaa Allah lawatan susulan akan dibuat tidak lama lagi. Berjaya atau tidak kaedah ini bukan soalnya kerana sesungguhnya Allah sahaja yang menentukan, tetapi yang pastinya saya telah mencuba sesuatu kaedah berasaskan kreativiti tersendiri.

-



-

Atas: Bergambar dengan keluarga non-muslim di Moyog setelah selesai memberi penerangan kepada mereka mengenai keindahan solat dalam Islam. Kelihatan dua orang mualaf (baju biru) dan isterinya (duduk bersila bertudung) turut serta.

-

1 comment:

  1. Tahniah. Semoga berhasil pengislaman di tangan sdr dengan izin Allah SWT.

    ReplyDelete