Kota Kinabalu, Ahad (30.08.2009):- Satu majlis tahlil dan solat hajat peringkat Negeri Sabah telah berlangsung di Masjid Negeri Sabah sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali yang ke 52 tahun di sini pada 30.08.2009.
.
Majlis itu dihadiri oleh Tun Ahmad Shah Abdullah, Tuan Yang Terutama, Yang Di Pertua Negeri Sabah dan Toh Puan, YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman, YAB Datuk Yahya Husin, Timbalan Ketua Menteri, Menteri-Menteri, Pembantu-Pembantu Menteri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Speaker Dewan Undangan, Mufti dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta rakyat Malaysia.
.
Majlis dimulakan dengan acara berbuka puasa diikuti dengan solat Magrib, solat Hajat, Tahlil, Ceramah Agama, Solat Isyak, Solat Tarawih dan diakhiri dengan majlis makan malam.

Atas: Kelihatan TYT Tun Ahmad Shah Abdullah bersalaman dengan Datuk Hj Abdullah Husin, Setiausaha Agung USIA.
Atas: Kelihatan tetamu yang hadir sedang menanti kedatangan TYT dan dif-dif kehormat.
No comments:
Post a Comment