Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

26 August 2009

MOTIVASI SOLAT (TARAWIH DI MASJID NEGERI SABAH)

.
SOLAT TARAWIH DI MASJID NEGERI SABAH


Atas: Beginilah suasana tarawih di Masjid Negeri Sabah sepanjang bulan Ramadhan pada setiap tahun. Foto ini diambil dari tingkat 2 masjid dari sudut kanan di mana RTM sentiasa membuat liputan solat Jumaat secara langsung. Ruang solat utama ini dipenuhi oleh jemaah lelaki, dewasa dan kanak-kanak kerana memang tempat ini selesa dengan kesejukkan penghawa dingin.
Atas: Kelihat jemaah wanita bersolat sehingga terkeluar dari ruang solat tertutup kerana ruang solat khas untuk wanita yang terletak di belakang masjid tidak dapat menampung jemaah yang ramai. Ruang solat wanita mempunyai pendingin hawa (air-conditioner) dan ruangnya terhad kepada 300 jemaah sahaja.
Atas: Kelihatan jemaah wanita dalam serba putih memakai telekong. Memang menarik perhatian sekali terutama bila pelancung berkunjung. Walau bagaimanapun, pelancung tidak dibenarkan melawat disebelah malam. Pelancung tertarik dengan keindahan solat wanita yang bertelekung serba putih dan menarik.

Atas : Ruang solat lelaki di belakang (tingkat 1) juga hampir penuh. Ruang ini dikhas kepada jemaah yang tidak suka dengan kesejukan pendingin hawa. Mereka lebih suka bersolat di bawah kipas.


Atas: Pandangan dari tingkat 2, sudut sebelah kiri.

Atas: Jemaah lelaki setelah selesai tarawih (dilihat dari ruang solat belakang tidak ber'aircon')

Atas: Sujud merendahkan serta mengabdi diri kepada Allah. Kedudukan solat ini sangat baik untuk kesihatan urat saraf kerana regangan urat saraf berada pada tahap maximum. Kalau latihan ini dapat dilakukan selama 23 rakaat setiap malam dan dilakukan genap sebulan Ramadhan, bayangkan tahap kesihatan urat saraf kaum muslimin yang rajin bertarawih.
.
Kemungkinan besar tidak terkena penyakit lumpuh akibat urat saraf dalam usia muda. Secara logiknya, sujud boleh membantu memudahkan peredaran darah yang mengandungi oksigen (Oxygeneted blood) mengalir ke otak dan mengaktifkan semula sel-sel lemah setelah menerima bekalan oksygen yang kaya dengan 'hemoglobin' atau darah merah. Proses ini berlaku kerana ventrikal kiri (left ventrical) jantung dapat mengepam darah merah bersih ke otak dan seluruh tubuh badan manusia.
.
Dalam kedudukan sujud juga, darah merah yang kaya dengan makanan dan oksygen dapat mengalir dengan pantas dan mudah kerana bantuan tarikan graviti (gravational pull). Sebab itu kalau kita sujud jangan terlalu cepat naikkan kepala kerana masa inilah darah bersih berpusu-pusu mengalir ke bahagian otak. Jangan sujud seperti patuk ayam. Inilah hikmahnya 'tomaninah' yang menjadi rukun solat.
.
Sujud juga menandakan kepatuhan serta ketundukan kepada Penguasa alam ini iaitu Allah. Jadi... kenapa masih ada orang tak solat?
.

No comments:

Post a Comment