Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

25 August 2009

MENYAMBUT TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

16.08.2009

Kota Kinabalu, Ahad:-


Kira-kira dua ratus orang telah menyambut kedatangan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, bertempat di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu baru-baru ini.


Mereka ini terdiri dari orang kanan kabinet negeri Sabah yang diketuai oleh YB Datuk Yahya Hussien, Timbalan Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ialah pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri, para pendidik, persatuan ibubapa guru dari pelbagai sekolah dan rakyat jelata berhampiran.


PIBG SK Tanjung Aru 1 turut hadir untuk menyerahkan memorandum mengenai permohonan sekolah baru yang lebih moden. Bangunan sekolah yang ada dibena pada tahun 1952 dan sememangnya tidak sesuai lagi dalam era mellinium.


Atas: Sepanduk dari Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah


Atas: Pencetus Faktor 'WOW'.




Atas: Sepanduk dari BN dan UMNO tanda sokongan kepada kepimpinan TPM.




Atas: Serpanduk berbunyi "Pencabar Perlembagaan Pengkhianat negara"



Atas: Satu lagi sepanduk mengenai kah perlembagaan.



Atas: Sepanduk mengiringi PIBG SK Tanjung Aru 1 menghantar memorandum kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia memohon supaya pembenaan sekolah baru SK Tanjung Aru 1 dipercepatkan memandangkan bangunan ini adalah bangunan yang dibena pada tahun 1952.



Atas: Sepanduk memohon Tan Sri singgah di SK Tg Aru 1 melihat sendiri keadaan sekolah yang perlukan perhatian dari kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia.


Atas: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Atas: Ratusan menanti kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
.

No comments:

Post a Comment