TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG LULUS SPM & STPM 2012.

28 August 2009

DOA PALING MUSTAJAB

Saat-saat Doa Paling Mustajab Hadith :
.
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:
-
"Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T." (Muslim)
.
Huraian
.
Sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Allah memerintah para malaikat bersujud kepada nabi Adam a.s sebagai satu penghormatan yang tinggi. Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa sujud yang paling tinggi adalah sujud pada Allah.
-
Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya umat Islam berbeza daripada umat lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini membuang sifat angkuh dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung.
.

No comments:

Post a Comment