Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

30 August 2009

POST MORTEM AGM USIA TAMBUNAN 2009

.

NOTA INI BELUM DIEDIT
.
Walaupun AGM USIA Tambunan telah selesai namun ianya tidak terlepas dari kesilapan. Inilah pertama kalinya saya menyaksikan pengendalian mesyuarat agung yang terlalu banyak kesilapan. Konsep 'hari ini lebih baik dari semalam' tidak berlaku. Malah 'hari ini lebih teruk dari semalam' adalah perkataan yang sesuai kerana terlalu banyak kesilapan. Kesilapan ini berlaku kerana mereka yang diberi amanah menjadi Jawatan Kuasa USIA 2006/2009 (termasuk saya) tidak menjalankan amanah dengan baik.
.
Kalau amanah itu dilaksanakan dengan baik, kesilapan yang terlalu banyak mungkin dapat dielakkan. Kesilapan ini bermula dari perwakilan yang memilih kami sebagai AJK tertinggi Bahagian Tambunan. Perwakilan dulu hanya tahu mencadang dan menyokong tanpa melihat kewibawaan AJK yang mereka pilih. Maka berlakulah pemilihan ala 'Tom & Jerry' yang tidak diketahui samada boleh menjalankan amanah atau pun tidak. Kesilapan saya pula sebagai orang 'veteren' dalam berpersatuan ialah TIDAK memberi tunjuk ajar kepada AJK lain serta perwakilan.
.
Perkataan 'veteren' terbahagi kepada dua. Pertama, orang lama yang berkecimpung dalam persatuan dan kaya dengan pengalaman. Kedua, orang lama dalam berpersatuan tetapi tidak berubah dari segi ilmu.
.
Saya lihat terdapat ramai orang lama yang menjadi AJK dalam USIA Tambunan tetapi masih tidak berpengalaman walaupun sudah berpuluh-puluh kali menghadiri mesyuarat Agung samada persatuan mahu pun politik. Malah terdapat juga yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan negeri dan persekutuan tetapi masih tak pandai mengendalikan mesyuarat agung. Akibatnya, kita yang malu sendiri. Malu kepada perwakilan yang pandai dan sangat-sangat malu kepada pemerhati terutamanya dari USIA pusat.
.
Dalam pemilihan AJK USIA Tambunan yang berlangsung pada 29.8.2009 (Sabtu) banyak sekali kelemahan yang berlaku. Dari segi 'setup' dewan persidangan saya tiada komen sangat kerana persediaan agak rapi. Terimakasih kepada AJK wanita. Dari segi makanan memang sedap. Saya sungguh berselera berbuka puasa bersama jemaah di Masjid daerah Tambunan. Dari segi pendaftaran juga baik. Sambutan kepada rombongan perasmi juga adalah baik. Ucapan Ketua Bahagian juga sangat bagus. Semua kebaikan di atas adalah 'basic' dan malang sekali kalau berlaku kesilapan pada perkara yang masih 'basic'.
.
Tetapi cerminan kepada istilah 'profesionalisma' sangat kontras. Dari segi pengendalian AGM terutamanya pemilihan, saya amat kecewa kerana bermula dari notis mesyuarat yang tidak mengikut perlembagaan, pengacara majlis, pengerusi tetap, pengendalian pemilihan sehingga selesai sangat mengecewakan. Semua gambaran ini amat bertentangan dengan percepsi dari USIA pusat yang memandang tinggi sekali USIA Tambuanan kerana AJK dibarisi oleh AJK terpelajar yang berpengalaman. Demikianlah pujian dalam ucapan perasmian Setiausaha Agung, Datuk Hj Abdullah Husin, yang memandang tinggi terhadap kewibawaan barisan AJK USIA Tambunan. Malah ramai perwakilan dari bahagian lain memberi pujian kepada Tambunan kerana pidato semasa AGM USIA pusat bukan sahaja yakin tetapi mempunyai mutu 'inputs' yang berinformatif. Ini 'feedback' dari perwakilan lain yang banyak diterima samada melalui SMS mahu pun secara berhadapan.
.
Berbalik kepada AGM USIA Tambunan, beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh AJK baru seperti berikut:
.
1. Kegagalan menghantar notis mesyuarat dari Bahagian kepada cawangan supaya mengadakan mesyuarat agung cawangan. Secara serius, berapa cawangan yang benar-benar bermesyuarat agung?. Yang pastinya Cawangan Kg.Patau selesai bermesyuarat agung. Cawangan Kg Patau sengaja mengadakan AGM lebih awal kerana berpandukan perlembagaan dengan harapan cawangan lain faham dengan 'ajakan' simbolik itu. Tapi rupanya 'ajakan simbolik' itu disalah-tafsir oleh sesetengah pihak (bukan semualah). Apabila Kg Patau bermesyuarat lebih awal, tindakan itu adalah 'pro-aktif' namanya.
.
2. Notis mesyuarat agung Bahagian diterima lewat oleh cawangan. Tak tahu salah siapa tetapi pastinya saya turut bertanggung-jawab.
.
3. Pengerusi tetap perlu menggunakan bahasa melayu 'standard dalam semua urusan mesyuarat agung. Jangan gunakan bahasa 'kampungan'. Sesekali guna bahasa daerah boleh di terima tetapi jangan terlalu kerap. Terlalu banyak sekali perkatan yang tersasul dan tersilap sebut. Cerminan 'keprofesionalimaan' bahagian itu boleh dilihat dari cara pengendalian AGM.
.
Penggunaan 'istilah' yang kabur perlu dielakkan. 'Dont take for granted' yang semua orang faham 'ungkapan' bahasa yang kita gunakan. Kesilapan yang ketara ialah pengertian surah Al-Maidah ayat 3 yang salah. Kalau AGMnya kucar-kacir maka Bahagian itu mungkin telah mengabaikan salah satu perkara pokok berpersatuan iaitu pertama, jangan ada unsur-unsur 'one-man show', kedua, jangan ada 'over-lapping' of authority dan ketiga, pengurusan dan pentadbiran yang teratur. Cuba semak semula mana perkara di atas yang terabai.
.
4. Sepanjang mesyuarat agung berjalan, sepatutnya hanya seorang sahaja Pengerusi Tetap yang bertugas sehingga selesai. Saya lihat Ketua Belia bercakap, Naib ketua Bercakap, Setiausaha bercakap, Ketua SPR bercakap sehinggakan pemerhati mengambil mikrofon untuk memperbetulkan keadaan tetapi ahli masih mengulangi kesilapan. Telatah ini menjadikan saya 'malu' pada pemerhati. Hampir-hampir saya 'take over' mikrofon kerana mahu 'mendidik' mereka yang tidak tahu. Namun, saya tidak tergamak berbuat demikian kerana menjaga hati semua orang. Ini yang saya katakan 'berlagak pandai wal-hal tak pandai maka itu namanya memandai-mandai'. Saya lihat Ketua Bahagian di sebelah saya pun picit-picit kepala mengenangkan 'anak buah'nya yang susah diurus.
.
5. Semua cadangan mesti ditujukan kepada Pengerusi Tetap dan perlu penyokong sebelum diterima cadangan. Dua kali pencadang membuat cadangan kemudian pencadang sendiri meminta perwakilan menyokong dengan cara mengangkat tangan. PERWAKILAN YANG MENCADANG TIADA KUASA MEMINTA SOKONGAN DARI PERWAKILAN LAIN TERHADAP CADANGANNYA KERANA TUGAS UNTUK MEMINTA SOKONGAN ADALAH TUGAS PENGERUSI TETAP DAN BUKAN PENCADANG. Saya terkejut ada ahli veteren (orang lama) yang masih tidak tahu tatacara AGM. Bagi saya inilah 'dosa besar' dalam berpersatuan terutamanya pengendalian pemilihan kerana pencadang telah mengambil-alih kerja Pengerusi Tetap. Saya sudah katakan diawal, bahawa veteren terbahagi kepada dua. Dan veteren ini adalah golongan yang kedua iaitu veteren tetapi tak berilmu. Sudah bertahun-tahun mengikuti AGM USIA tetapi masih tak tahu bermesyuarat. Ini juga sebahagiannya SALAH SAYA kerana tak memberi tunjuk-ajar kepada mereka. Walau bagaimanapun, saya hanyalah Timbalan yang tidak boleh 'memandai-mandai' atau 'over-lap' kuasa Ketua Bahagian melainkan Ketua Bahagian meminta pandangan dari saya.
.
Selama ini, melihat dari 'gaya dan style' mereka, saya meng'ANDAI'kan bahawa mereka semua sudah tahu. Rupa-rupanya tak tahu. Lebih malang lagi bila mereka tidak tahu tetapi berlagak tahu lalu mereka TIDAK BERTANYA. Macam mana mau ajar kalau tidak mengaku tak pandai. Jadi bila pura-pura tahu tetapi tak tahu maka 'penyakit' demam ala H1N1 menyerang. Saya yang mantan AJK pun jadi demam kerana malu dengan pemerhati dari USIA pusat yang melihat semua telatah dari mula sampai akhir.
.
6. Pemilihan ketua SPR tidak tepat kerana beliau ialah 'perwakilan' saya dan mengambilnya sebagai Ketua SPR mesti dibuat melalui saya bukan 'direct'. Keduanya, saya tahu kemampuannya kerana belum terlatih dalam menjadi Ketua SPR. Sebab itu berlaku keputusan dimana SPR membelakangi perwakilan. Perwakilanlah yang sepatutnya berkuasa semasa AGM. Perlantikan pengerusi tetap, Ketua Bahagian dan AJK yang lain ditentukan oleh perwakilan maka semestinyalah perwakilan adalah 'RAJA' semasa AGM. Perwakilan yang menentukan samada AGM sah atau tidak. Terdapat dua cadangan cantik dari perwakilan yang tidak diambil kira oleh SPR. Soalnya, siapa yang memberi kuasa kepada SPR sehingga bertindak menjadi 'Pengerusi Tetap' dengan membuat keputusan sendiri yang tidak dicadang oleh perwakilan. Kalau SPR buat keputusan sendiri serta membelakangi cadangan perwakilan maka tak perlulah ada perwakilan. Soalnya, siapa yang beri 'advice' yang salah kepada SPR mengatakan dialah yang 'berkuasa' ketika itu. Ini advice yang sesat lagi menyesatkan. Kenapalah tak tanya 'Veteren' yang berpengalaman dan tahu procedure mesyuarat?
.
7. Setiausaha Agung tercari-cari usul-usul dari Tambunan tetapi tidak ada tercatit sedangkan usul dari Kg Patau sudah dihantar kepada Setiausaha (sila lihat minit mesyuarat Agung Kg Patau). Saya pun mencari-cari tetapi tiada jadi hanya tersenyum kepada Setiausaha Agung USIA Pusat. Mujur beliau tidak tahu bahawa hampir kesemua cawangan tidak bermesyuarat agung kecuali Kg Patau dan mungkin dua atau tiga cawangan lain. Jangan salahkan saya kali ini kerana saya sudah 'show example' mengadakan AGM cawangan saya supaya diambil iktibar oleh AJK Bahagian yang lain.
.
8. Saya lihat perwakilan yang hadir tidak ramai. Yang menyebabkannya ramai kerana kehadiran 'pemerhati' yang turut mengundi. Saya ulangi, PEMERHATI PUN TURUT MENGUNDI. Tahun 2006 pun pemerhati disuruh mengundi dan ramai yang tahu siapa 'DALANG'nya. Rupa-rupanya pemilihan baru-baru ini pun perkara yang sama berulang. Ini lagi satu 'dosa besar' dalam berpersatuan. Jika ini tidak ditangani dengan serius, kemungkinan besar pemilihan USIA Tambunan tidak sah. Saya mohon 'dalang' yang merancang ini berhenti menjalankan kegiatan yang 'tidak bermoral' ini kerana 'sepak terajang' begini memperbodohkan perwakilan lain seolah-olah tiada siapa yang tahu. Kalau dalang ini dibiarkan maka seluruh USIA Tambunan akan rosak.
.
9. Akhir sekali, pernahkah terfikir bahawa ada ahli yang tidak layak memegang jawatan dalam sebarang NGO. Orang yang tak layak memegang jawatan penting ialah orang yang berjawatan tinggi di Jabatan Kerajaan, orang muflis, orang yang ada rekod jenayah dan orang yang mempunyai kes mahkamah yang belum selesai. Mudah-mudahan ini tidak berlaku di Tambunan. Di tempat lain sudah berlaku. Ini pun melalui pengalaman saya yang banyak mengikuti persatuan besar.
.
Harap ahli jangan marahkan saya kerana 'post mortem' ini. Sebenarnya kalau dibuat secara terperinci, banyak lagi kesilapan ('loop-holes') dalam pengendalian AGM USIA Tambunan. Insyaa Allah, AGM akan datang saya akan 'highlight' banyak lagi perkara terutamanya dalam penyediaan laporan kerana ketika itu (insyaa Allah) saya menjadi perwakilan yang aktif selama tiga tahun. Dan kesempatan ini saya akan gunakan untuk menyumbang dalam menambah-baikan pengurusan USIA bahagian Tambunan.
.
Barang diingat, saya tidak pernah menjadi Ketua Bahagian kerana asyik kalah sahaja dalam semua pemilihan. Antara sebabnya saya 'gagal' ialah saya tidak pernah 'berkempen' supaya mengundi saya. Saya menjadi Timbalan Ketua Bahagian sebanyak dua kali secara kebetulan sahaja dan bukan melalui kempen. Saya tidak kecewa kalah malah terus membantu ketua serta terus memberi sokongan dan sumbangan kepada USIA Tambunan. Buktinya, sepanjang saya menjadi Timbalan, saya tidak buat kerja-kerja bertindih (over-lapping) dengan Ketua. Saya beranggapan bahawa, sesiapa yang mahu bertanding dengan saya, calon itu mestilah LEBIH BAIK dari saya. Sebab itu saya mengundi 'lawan' saya kerana menghormati keberaniannya menonjolkan kewibawaannya dalam mengurus strategi gerakan dakwah Islam di Tambunan. Hasil pengamatan saya sebagai pemerhati, saya telah menyaksikan bahawa tiada perkara 'baru' yang dibuat. Hampir semua aktiviti yang dilaksanakan dari dulu hingga sekarang hampir semuanya 'sama' (redundant). Ketua dan AJK silih berganti tetapi tiada program yang 'innovatif' yang boleh membantu ahli USIA di Tambunan. Tiada 'misi' tiada 'visi', tiada 'action plan', tiada 'strategic planning' jangka pendek dan jangka panjang. Kebanyakannya aktiviti merupakan 'ad hoc' yang kadang-kadang saya istilahkan sebagai 'mau berak baru cari jamban' (maaf saya menggunakan istilah kampungan), termasuklah penentuan AGM.
.
Sebagai ahli USIA yang mempunyai 'strong background' dalam 'Pentadbiran dan Pengurusan' (lebih 5 tahun belajar tentang subjek pengurusan di IPTA dan 21 tahun bekerja dalam bidang Pengurusan Korporat Multi-Nasional), saya tahu 'bahana' menimpa kalau saya 'memandai-mandai'. Cuma pengalaman yang saya perolehi ini tidak dapat dicurahkan sepenuhnya kerana peranaan saya hanyalah sebagai Timbalan Ketua Bahagian yang mengutamakan kerjasama erat dengan Ketua Bahagian selama tiga tahun.
.
Kita tidak mahu ahli berebut-rebut berkempen meminta diundi dan jadi AJK yang akhirnya merosakkan nama baik USIA Tambunan kerana 'vested' interest seperti yang pernah berlaku pada tahun 70an. Pada masa kewangan USIA mantap, maka berebut-rebutlah menjadi AJK tetapi setelah kewangan USIA merudum masing-masing melarikan diri. Malah AJK pada ketika itu tidak dapat mempertahankan nama baik USIA kerana kesilapan mereka sendiri.
.
Banyak kewangan yang disumbangkan oleh USIA pusat kepada USIA Tambunan, dibolot oleh segelintir AJK USIA Tambunan untuk kononnya berdakwah di Tambunan tetapi pada hakikatnya mereka tiada strategi yang baik untuk mengembangkan Islam di Tambunan. Banyak janji-janji ditabur yang tidak dikotakan. Lebih malang lagi orang yang baru seminggu memeluk agama Islam dilantik menjadi pendakwah. Akhirnya ramai yang masuk Islam kemudian murtad semula kerana kesilapan strategi. Mereka ini menjadi perosak kepada nama baik Islam. Akibatnya orang-orang 'non-muslim' melemparkan perkataan 'Islam USIA' sebagai satu 'penghinaan' kepada umat Islam Tambunan.
.
Untuk menangani kemuncak 'penghinaan' ini, TIADA SEORANG pun AJK mahu pun ahli USIA Tambunan yang tampil kehadapan mempertahankan nama baik USIA malah setelah nama Islam rosak masing-masing melarikan diri. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1990'an. Kerosakan ini memakan masa hampir 30 tahun untuk dipulihkan semula. Hari ini imej USIA bertambah baik dan masa inilah orang-orang yang berperangai 'tidak ikhlas' mula menggenggam USIA semula disemua peringkat cawangan, bahagian dan negeri.
.
Alhamdulillah, saya menjadi ahli USIA pada Disember 1975 dan terus berpidato hampir di seluruh pelusuk Tambunan mempertahankan USIA selepas kejatuhan kerajaan USNO pada pertengahan 1976. Apabila USNO dan USIA jatuh, satu AJK USIA pun tiada yang berani mempertahankan USIA dan Islam. Malah ada ahli USIA yang menganggotai parti yang menumbangkan kerajaan USNO turut bersekongkol dengan non-muslim menghina USIA.
.
Kebanyakan ahli USIA sekarang tidak tahu sejarah ini kerana mereka baru cuba-cuba berkenalan dengan USIA. Kalau ingin tahu sejarah USIA, boleh rujuk tulisan saya (dua muka surat beserta gambar berwarna) yang disiarkan di Utusan Borneo pada 31 Julai 1999 mengenai 'mualaf'. Carilah artikel yang panjang lebar ini dan baca. Setelah membaca artikel itu moga-moga ahli USIA dapat mengetahui cabaran yang hebat yang dialami USIA dan Islam pada ketika itu.
.
Sebagai kesimpulannya, sudah sampai masanya USIA Tambunan mengorak langkah secara serius membangun USIA Tambunan dan memperkasakan ahlinya agar kita dapat membantu umat Islam di Tambunan terus berkembang maju dalam semua aspek.
-
-

No comments:

Post a Comment