USIA cawangan Kampung Patau selesai mengadakan mesyuarat agung pada hari ini bertempat di surau Kampung Patau.
Dalam mesyuarat itu, Encik Janis Abdullah sekali lagi terpilih menjadi Ketua Cawangan sementara Setiausaha dipegang oleh Ust Suhaidi Ag Damit. Dalam ucapan penggulungan, En Janis menggariskan tiga perkara penting untuk dijadikan landasan berpersatuan iaitu, jangan ada 'one-man show, jangan ada 'over-lapping of function' dan segala rekod serta dokumentasi perlu dijaga dengan baik.
USIA Patau juga menaruh harapan kepada kumpulan wanita dan belia supaya bergerak cergas mengadakan aktiviti bermenafaat seperti kursus pemantapan aqidah dan memperbaiki serta memantapkan keadaan ekonomi semua ahlinya sehingga mampu berdikari dalam menghadapi segala cabaran hidup.
Mesyuarat tamat pada jam 5.30 petang.
No comments:
Post a Comment