Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

14 June 2009

SOKONG MEMBAWA REBAH


Ada kawan beritahu pada saya bahawa ada seorang Pakcik mengkagumi anak buahnya lulusan teknik yang lebih pandai buat kerja dari bossnya, seorang Engineer. Saya inginkan kepastian lalu bertanya kepada Pakcik berkenaan.


"Betul kah si anu itu lebih pandai dari bossnya, Engineer?"

"Betul bah", katanya.

"Macam mana dia pandai sedangkan bossnya itu yang menerima dia bekerja di situ?", tanya saya.

"Itulah yang pelik tu", jawabnya mengkagumi anak buahnya sendiri.

Dalam hati saya, bagaimana pakcik itu tahu sedangkan beliau tak pernah pun berjumpa dengan engineer itu. Dan bagaimana pakcik itu tahu sedangkan dia bukan pekerja di situ. Mungkin pakcik itu mendengar sendiri anak buahnya bercerita memperlekehkan bossnya. Hati kecil ini tertanya-tanya bagaimana mungkin anakbuah ini lebih pandai dari bossnya sedangkan bossnya ini seorang engineer.

Nak jadi engineer bukannya senang. Pertama, keputusan SPMnya mesti cemerlang dalam bidang matematik, sains dan bahasa Inggeris kalau tidak takkan dapat masuk universiti. Kedua, selepas mendapat tempat di universiti, kena kerja keras kalau tidak first semester atau first year dah kena kick-out. Nak jadi engineer memakan masa 6 tahun. Buku teks pula tebal-tebal dan mahal harganya. Ketiga, tak ramai yang terpilih mengambil jurusan engineering kerana memang subjeknya 'very tough'. Menjawab soalan engineering subject bukanya boleh 'goreng' sesuka hati. Semuanya jawapan mesti fakta kalau tidak bangunan atau infrastruktur yang bakal dibena mudah runtuh.

Inilah persoalan yang patut dijawab dulu sebelum berani mengatakan bossnya, seorang engineer, tak pandai kerja. Bapa saudaranya pun satu... mudah sangat percayakan anakbuahnya yang mungkin berbohong. Lebih teruk lagi, Pakciknya yang mendengar anakbuahnya bohong, beliau pula menyampaikan lekehan itu kepada orang lain.

Pakcik ini mungkin nak promote anakbuahnya supaya dapat kerja lebih baik macam bossnya yang bergelar engineer. Kalau iya pun...cerminlah diri samada layak seorang yang bukan engineer mengatakan bossnya engineer TAK PANDAI KERJA. Saya mendengarnya pun rasa nak muntah kerana 'jauh panggang dari api'. Pakciknya pun satu...mudah sangat termakan 'bohong' anakbuahnya. Malah ini bukan kali pertama dia puji anak buahnya sendiri. Kepingin juga mau ketemu dengan anak buahnya yang dia anggap sebagai 'genius'. Entah-entah engineer itu bercakap pasal 'criticle path' pun dia tak faham.

Sama juga dengan satu kesah lagi, seorang pekerja lulusan SPM boleh memperlekehkan bossnya kononnya bossnya tak tahu kerja-kerja 'accounting'. Pekerja ini baru selesai mengikuti kursus 'book keeping' empat hari dah pandai mengatakan bossnya yang mempunyai ijazah 'accounting' tidak pandai kerja. Bila bossnya bertanya kepadanya yang 'asas-asas' apa itu ROA, ROI dan Financial liverage, dia tak tahu. Tergamaknya dia mengatakan 'bossnya' tak pandai dalam kerja-kerja accounting. Pakciknya pula menyokong penuh pembohongan anakbuahnya.

Dia tak tahu bossnya itu sampai botak kepala 'mugging' di kampus 'memeras otak' mengulangkaji subjeknya seperti Financial Management, Commercial law, accounting, statistik dan banyak lagi 'calculation subjects'. Ini baru ikut kursus 'book keeping' dah pandai memperlekehkan kebolehan orang lain. Kalaulah benar-benar dia pandai... kenapa tak masuk universiti ambil 'accounting'? Saya pun nak tengok performancenya yang begitu berani membohongi orang lain dengan mengkagumi diri sendiri.

Kita perlu jauhi dari perasaan bangga diri, ujub, riak dan sebagainya kerana sifat ini boleh menjerumus kita menjadi fasik kerana terlalu banyak berbohong. Kita sering diperingati oleh ustaz-ustaz serta ulama supaya tidak terlalu berbangga diri walaupun sebenarnya kita pandai. Lebih teruk lagi bila sesorang yang tak banyak ilmu mengaku lebih pandai dari bossnya. Pakcik tadi pun jangan mudah mengungkapkan kata-kata pujian kepada anakbuahnya kerana pujian itu akan memudaratkan kedudukan anakbuahnya terutama sekali bila bossnya tahu cerita sebenar. Pakcik janganlah terlalu ghairah menyokong anakbuahnya kerana 'sokongan itu bakal membawa rebah' kepada anakbuahnya. Setiap tahun semua pekerja akan dinilai oleh boss masing-masing untuk mengetahui 'Key Performance Indicator' (KPi) masing-masing. Di sektor swasta kadang-kadang disebut penilaian prestasi atau 'Performance Appraisal'.

1 comment:

  1. Salam.

    hahaha, ustaz ka yang lukis tu gambar. hahaha. apapun, good article .

    sikap memfitnah ni sudah menjadi budaya sesetengah golongan sekarang. evendoe golongan tu terdiri dari 'ustaz2'

    Mereka ni juga lebih kuat memfitnah, kerana kepentingan diri. dan lebih teruk dorang ni, menggunakan agama itu sendiri sebagai benteng pertahanan utk memperjuangkan apa yang mereka fitnah.

    Susah ini macam, ramai suda macam begini. itu yang di takuti tu.
    Iswadee

    ReplyDelete