-
Kuala Pilah Negeri Sembilan, 20hb Februari 1971:-
-
Nama sekolah saya ialah Tuanku Muhammad School (TMS), yang terletak kira-kira satu kilometer dari pekan Kuala Pilah menuju ke Tampin. Saya mulai bersekolah di TMS bermula pada Februari 1971 dalam tingkatan 1 sehingga tahun 1975. Lima tahun bersekolah di TMS mencatatkan banyak kenangan manis dan pahit.
-
Saya amat bersyukur kepada Allah kerana menggerakkan hati-hati Pegawai Yayasan Sabah menerima saya belajar di Semananjung Malaysia. Saya tidak lupa juga berterima kasih kepada Yayasan Sabah kerana memberi peluang kepada saya melanjutkan pelajaran di TMS Kuala Pilah Negeri Sembilan, dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sabah. Juga berterima kasih kepada Pengetua TMS kerana sudi menerima saya dan rakan-rakan saya belajar di TMS. Kalau bukan Yayasan Sabah, mungkin saya terus bersekolah di St.Martins Secondary School Tampasak Tambunan dalam keadaan daif. Saya amat terhutang budi kepada Yayasan Sabah kerana menerima saya menjadi pemegang biasiswa sehingga berjaya menamatkan pelajaran saya sehingga tingkatan lima.
-
Dulu saya tak terfikir pun kesan penganugerahan biasiswa itu... tapi hari ini semasa saya menulis artikel ini, saya menitiskan air mata bila mengenangkan kembali sumbangan Yayasan Sabah kepada saya. Saya amat bertuah diberi pertolongan menghijrahkan saya dari kegelapan kepada cahaya. Kemiskinan yang menyelubungi saya dan keluarga tidak mungkin menjadikan saya seperti sekarang iaitu boleh berfikir secara rasional kemana ilmu (yang diperolehi) akan dicurahkan. Pencapaian dalam hidup ini tidaklah sehebat mana pun tetapi pengalaman berada di rantau orang menjadikan saya boleh berfikir dan boleh membantu orang lain. Alhamdullilah.
Atas: Inilah asrama ku tempat tidur, makan, beriadah, tempat aku menghabiskan masa ku bersantai mencipta kejayaan berinteraksi dengan rakan seasrama. Bermula dengan 'ragging' , belajar mencuci baju sendiri, mandi sendiri, makan bersama kawan, tidur nenyak, mimpi ngeri, bergaduh, bermasam muka, memanjat, 'escape', belajar berdikari, belajar bertoleransi 'give and take', belajar bersosial, belajar menjadi dewasa, belajar perkara kemahiran baru, belajar solat, belajar menjadi pengawas asrama, belajar menulis laporan, belajar belajar sehingga tahun akhir 1975.
Atas: Sekolah ku TMS dibena pada tahun 1930 oleh penjajah. Di hadapan sekolah letaknya hamparan padang yang luas, padang hoki, padang ragbi, padang bolasepak. Di padang inilah saya belajar main bola, main takraw, main ragbi, main kriket, main jimnastik dan belajar 'marching sambil bermain band sekolah'. Saya menjadi pemain Takraw under 15 wakil sekolah dan daerah, main hoki untuk sekolah (under 18), pemain kriket wakil sekolah dan Negeri Sembilan selama 2 tahun. Saya juga 'team' ahli jimnastik sekolah yang termuda. Di padang ini juga saya belajar menerima kekalahan berlari semasa sukan rumah 'Chessmen house' berwarna merah. Pasukan kami juara sukan peringkat sekolah pada tahun 1971 dan selepas itu tak menang-menang lagi. Di padang inilah saya belajar main hoki tanpa 'coach' dan melakukan kesilapan 'turning', 'leg' dan 'back-stick'. Bila pukul bola selalu dipersalahkan kerana pukul macam golf. Kalau tak ada game, saya apa peduli...hentam saja swing asalkan bola clear dari kawasan penalti.
-
Satu yang tak syok... bila main 'volleyball' selalu 'spike' bawah net semua pemain sebelah lari takut kena 'biji'. Sebabnya... hight tak cukup sampai. Masa rugbi under 15 boleh tahan lagi... antara yang terkuat badan gempal. Tapi bila under 18, otomatik nama kena delete dari senarai kerana badan kawan-kawan semua naik tinggi... saya tumbuh juga tapi 'side-ways' he..he.. Give-up aje laa ragbi..
-
Merajuk? taaak... ubah strategi. Saya main permainan yang orang lain tak main..itulah 'Kriket' namanya. Kriket tak famous kerana diorang kata 'an old-mens game'. Tak apa laa.. old-man pun old-man laa... terus practice baling/humban bola bulat lebih keras dari bola hoki dan baseball. Baling bola pun macam-macam cara baling. Baling kelapa, baling manggis, baling saja-saja...he..he... Lantaklah sebab nak belajar. Kalau tak sambut betul-betul memang tangan cedera. Hari-hari Mr Sukdev Singh tengok kami main baling-baling. Practice everday... lama-lama jadi school player dan terus jadi state player. Hmmm... lega. Every saturday lawan sekolah lain SMI Port Dickson, Sek Men King Goerge 5 (KGV 5) Seremban, TBSS Tampin, Tungku Durah Seremban semuanya kami lawan dan menang... Petang-petang balik asrama penat dengan muka hitam terbakar dgn panahan matahari panas terik bermain dari pagi sampai petang... Tapi yang bestnye.. guru kriket Mr Sukhdev Singh buat announcement semasa school assembly pada setiap pagi Isnin... "Yesterday, our kriket team played against KGV5 at Seremban. TMS won by 6 wickets...and the best bowler was Janis Abdullah with 6 maidens.. katanya. Pelajar dan kengkawan semua tepuk tangan...kembang hidung jugak. Esoknya keluar di News Straits Times column kecik jer... nama Janis Abdullah...the best bowler. Saya tak bangga sangat dengan laporan newspaper sebab kecik jer column dalam newspaper. No big deal... Rupa-rupanya state coach Negeri Sembilan baca 'small column' tu lantas dipilih jadi NS State Player lawan team kuat 'New South Wales Australia'... Resultnya...Australia menang by 7 wickets. Siapa boleh lawan Australian team, diorang tu 'cricket is in their blood". Pemain paling tua New South Wales baru 17 tahun tapi NS team ada yang berumur 21 tahun. Team kami dah tua-tua tapi tak boleh 'beat Australian players'. Kecewa memang kecewa tapi apo nak dikato... Kami pun balik Kuala Pilah berlatih lagi kat TMS kerana belum cukup terror laie...
-
(story tak abih laie ni...)
-
No comments:
Post a Comment