Due to the horrific and astounding incidents that have occurred within public schools in America over the last decade, a significant numberof Muslim and non-Muslim parents alike decide to homeschool their children every year. The Hanafi family is one such example and after their daughter made the dean's list at the age of 12, they certainly don't regret their decision.
Di Amerika telah bermula gelombang baru iaitu ibubapa memilih untuk memilih rumah sebagai sekolah anak-anak mereka kerana mereka bimbang dengan keadaan yang berlaku di sekolah-sekolah umum. Anak-anak bukan sahaja terdedah kepada pengaruh negatif rakan-rakan sekolah mereka tetapi juga menghadapi masalah kos sekolah yang tinggi.
Di negara kita, ini belum berlaku lagi tetapi bakal berlaku jika kos memasuki sekolah rendah, menengah dan universiti terlalu tinggi. Malah masuk 'tadika' pun kosnya sangat mahal. Di sekolah menengah dan universiti kosnya agak tinggi. Kos buku teks, yuran dan peralatan terlalu tinggi. Bayangkan, baru masuk metrik (pra-universiti) terpaksa bayar yuran kemasukan RM550.00, makan RM400.00 sebulan, buku teks RM200.00 (satu semester) dan peralatan RM500.00. Semua kos ini ditanggung oleh ibubapa. Masalah 'pocket money' belum diambil kira.
Dengan meningkatnya kos harga barangan serta ditambah pula dengan sikap pentadbir universiti yang lebih melihat 'keuntungan' serta melupakan aspek 'kebajikan' maka kemungkinan besar ramai rakyat Malaysia akan mengikuti jejak-langkah rakyat Amerika yang sudah mulai gusar serta memilih untuk menyekolahkan anaknya di rumah sendiri.
Bagi keluarga Hanafi (seperti yang tersebut di awal tulisan ini), walaupun anaknya disekolahkan dirumahnya, namun berjaya juga mendapat 'deans list' dalam usia 12 tahun. Ini membuktikan bahawa pelajar sekolah di rumah juga boleh berjaya.
No comments:
Post a Comment