SANZAC 29.05.2009 (Jumaat):-
Pelbagai acara telah diadakan di perkarangan SMK SANZAC sempena majlis sambutan hari guru baru-baru ini. Majlis ini dianjurkan oleh pelajar sekolah yang diketuai oleh pelajar tingkatan 6 dan disokong oleh pelajar lain.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah acara menyanyi lagu 'Guru Malaysia', persembahan nasyid, koir, sajak pelbagai bahasa, persembahan seni silat, acara memotong kek, aktiviti sukaneka seperti peraduan makan buah, isi air dalam botol dan rebut kerusi.
Pihak penganjur juga menyediakan hadiah kepada semua guru-guru serta anugerah pelbagai kategori seperti guru paling ceria, paling aktif, paling comel dan paling sporting.
Atas: Acara memotong kek dilakukan oleh Encik Diuh Balimbang (Pengetua), Encik Janis Abdullah (YDP PIBG) dan Encik Hashim (guru penyelaras Tingkatan 6) sementara Puan Faezah (Penolong Kanan) hanya memerhati.
Atas: Guru-guru sedang menyanyikan lagu 'Guru Malaysia', mmm... lirik tak hafal lagi ke..?
Atas: Guru-guru sedang menyanyikan lagu 'Guru Malaysia', mmm... lirik tak hafal lagi ke..?
Atas : Encik Janis Abdullah, YDP PIBG SANZAC sedang memberi ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut
Atas: Cikgu Hashim sedang menerima hadiah pelajar yang disampaikan oleh YDP PIBG.
Atas: Kelihatan Usth Amelia Khanna sedang menerima hadiah sementara guru-guru yang lain berbaris menunggu giliran mereka .
Atas: Apa agaknya yang diperkatakan oleh cikgu Suryani ini? Mungkin nak 'offer' lebih banyak buah-buahan kepada Pengetua yang sememangnya sangat meminati buah ini. Sebenarnya ini adalah acara peraduan memakan buah.

Atas : Para 'penyokong' peraduan yang terdiri dari pelajar ini begitu 'nervous' sekali takut pasukan favorite mereka kalah dalam pertandingan makan buah.
Atas: Hari yang paling bermakna bagi guru-guru ialah disaat-saat menerima hadiah pemberian pelajar mereka sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru yang menyumbang-bakti mendidik mereka.
Atas: Persembahan Nasyid Pelajar sempena perayaan hari guru.
Atas: Persembahan Nasyid Pelajar sempena perayaan hari guru.
Atas : Para pelajar sedang mendeklamasi sajak dalam perbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Dusun, Bahasa Arab sebagai tanda kepelbagaian kaum.
No comments:
Post a Comment