Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469
WHATS ON
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
26 March 2012
CUTI AWAM NEGERI SABAH
Tahun Baru ( 01 Jan 2012 )
Hari Gantian Pelepasan Am ( 02 Jan 2012 )
Tahun Baru Cina ( 23 Jan 2012 hingga 24 Jan 2012 )
Maulidur Rasul ( 05 Feb 2012 )
Hari Gantian Pelepasan Am ( 06 Feb 2012 )
Good Friday ( 06 Apr 2012 )
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ( 11 Apr 2012 )
Hari Pekerja ( 01 May 2012 )
Hari Wesak ( 05 May 2012 )
Pesta Kaamatan ( 30 May 2012 hingga 31 May 2012 )
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ( 02 Jun 2012 )
Hari Raya Puasa ( 19 Aug 2012 hingga 20 Aug 2012 )
Hari Gantian Pelepasan Am ( 21 Aug 2012 )
Hari Kemerdekaan ( 31 Aug 2012 )
Hari Malaysia ( 16 Sep 2012 )
Hari Gantian Pelepasan Am ( 17 Sep 2012 )
Hari Jadi TYT ( 06 Oct 2012 )
Hari Raya Haji ( 26 Oct 2012 )
Hari Deepavali ( 13 Nov 2012 )
Awal Muharam ( 15 Nov 2012 )
Hari Natal ( 25 Dec 2012 )
MIRACLES OF ZAM-ZAM WATER
Zamzam water has no colour or smell, but it has a distinct taste.
By: Islamic knowledge
29 February 2012
BARAT BERKALI-KALI MENGHINA ISLAM TAPI UMAT ISLAM DILANDA SINDROM BISU
TEHRAN (FNA)- A senior Egyptian legislator called on the Arab countries to voice their protest at the desecration of the Holy Quran at a US base in Afghanistan by cutting relations with Washington.
"The US militaries' burning of Quran is an insult to Islam and Muslims and a new position should be adopted against the US administration which has done nothing but apologizing," Ahmad Abdul-Al told FNA on Tuesday.
He called on all parliaments of the Arab states to cut relations with Washington until the culprits of this action are tried and Muslims' rights are restored.
In relevant remarks, a prominent Iranian Islamist organization had earlier lashed out at the Muslim world's silence on the burning of the Muslims' Holy Book by American soldiers in Afghanistan, and urged the Muslim Ummah to show a strong and extensive reaction to the sacrilege of Islamic values.
"The Muslim world's silence on the US soldiers (provocative) act in Afghanistan is not justifiable," the International Union of Unified Ummah (Community) said in a statement on Monday, and condemned the desecration of the Muslims' holy Book.
The IUUU called on Muslim scholars and elites to show proper reaction to such insults, specially at a time when Islamic awakening movements are sweeping the region.
At least 25 people have been killed and hundreds wounded in Afghan protests against the desecration of the Holy Quran since it first emerged that copies of Quran and religious materials had been thrown into a fire pit used to burn garbage at Bagram Air Field.
Americans have set fire to the copies of the Holy Quran on several occasions thus far. Angry Afghans have staged increasing protests across the war-torn country since the US troops burnt the Holy Quran in their base in Afghanistan.
21 February 2012
MY FAMOUS INSPIRATIONS
17 February 2012
JANGAN MUDAH MENGKAFIRKAN ORANG LAIN
Dalam surah Al-Fatihah, Allah mengingatkan kita 'maaliki yau mid-diin' ertinya 'You (Allah) are the Master of the day of judgment'. Ertinya, hanya Allah sahaja yang 'raja' dalam menghakimi dihari pembalasan. Dengan ini, perkataan 'jahil' yang sebenar hanya layak dinilai oleh Allah. Penilaian manusia selalunya tidak tepat atas sebab keterbatasan ilmunya yang Allah sifatkan sebagai 'hanya setitis dari air lautan'. Sebab itu para ilmuan perlu berhati-hati menggunakan perkataan seperti 'kafir' atau 'jahil' apatah lagi melabelkan orang lain sebagai 'jahil' atau 'kafir'.
Kisah yang saya paparkan di bawah ini adalah kisah benar yang cukup menginsafkan saya.
'Suatu ketika ada seorang perempuan tua warga kampung yang kuat minum arak. Pagi petang minum arak. Tidur dalam keadaan mabuk. Bagun pagi terus bersarapan dengan arak.
Suatu hari saya dan ibu saya (kami) mengajaknya ke rumah berhari raya. Beliau memenuhi pelawaan kami. Kami hidangkan kuih-muih dan minuman panas. Beliau tidak membantah lalu makan dan minum. Beliau juga tidak berani meminta minuman kegemaranya iaitu arak. Mungkin kerana rasa hormat kepada kami yang beragama islam.
Dipendekkan cerita, apabila beliau pulang, kami menghadiahkan tudung kecil kepadanya dan memberikan sedikit ole-ole iaitu bungkusan kuih raya, duit raya dan sedikit lauk kegemarannya. Sebelum meninggalkan rumah kami, saya tanya beliau samada mau masuk islam. Katanya dengan nada keras 'tidak! tidak! tidak!.............. (ada kata-katanya yang lain sebagai sambungan untuk menyokong kenapa beliau tidak mahu masuk islam)'. Memang pun saya tidak 'expact' beliau akan masuk islam dengan labelnya sebagai pemabuk 24 jam.
Raya tahun kedua, saya dan ibu saya sekali lagi menjemput beliau ke rumah dan dijamu dengan kuih raya dan minuman panas. Sebelum pulang sekali lagi dibekalkan dengan ole-ole raya dan mengajaknya masuk islam. Jawapannya pun sama dengan tahun lalu cuma kali ini nada keras menolak tidak lagi kedengaran.
Raya tahun ketiga, sekali lagi saya dan ibu saya menjemput lebih awal iaitu seminggu sebelum raya. Beliau menyatakan persetujuan untuk datang ke rumah kami. Setibanya raya, kami tunggu-tunggu tapi tak muncul-muncul. Berulang-kali menjenguk dari tingkap tapi bayang-bayangnya tidak kelihatan. Hari pertama dan kedua pun beliau tidak muncul. Hari ketiga, saya mengambil keputusan kembali ke Kota Kinabalu kerana cuti raya saya tidak panjang. Sebelum balik ke Kota Kinabalu, saya singgah di rumahnya dengan membawa sedikit ole-ole raya dan lauk kegemarannya.
Setiba di rumahnya, saya lihat beliau duduk di dalam keadaan berbaju kurung yang kemas dengan rambut rapi disikat ke belakang. Rupa-rupanya sudah tiga hari beliau bersedia untuk berkunjung ke rumah kami tetapi tidak dapat berjalan kerana kakinya sakit bengkak macam penyakit biri-biri. Kami bercerita sekejap sambil bersimpati dengan keadaan kesihatannya. Sebelum saya meninggalkan rumahnya, saya sempat bertanya soalan samada sudah buat keputusan untuk masuk islam. Sebenarnya tiada unsur-unsur paksaan semasa mengajak beliau masuk islam.
"Tengoklah lepas mengetam padi baru saya buat keputusan. Saya tunggu dulu anak-anak saya balik kampung dari Brunei, Sipitang dan Labuan. Saya minta tolong diorang dulu mengetam padi", katanya.
Dengan semangat yang tinggi, saya meminta keluarga saya dan umat islam di kampung, membantu beliau mengetam padi sehingga selesai. Seminggu kemudian saya pulang dari Kota Kinabalu sengaja mahu 'follow-up' setelah selesai mengetam padi. Sebelum balik ke Kota Kinabalu, saya tinggalkan pesan kepada beliau iaitu jika beliau sudah mempunyai keputusan maka saya mencadangkan agar upacara pengislaman itu di buat dihujung minggu supaya saya boleh pulang tanpa memohon cuti. Tiga hari kemudian (hari Rabu), saya mendapat panggilan telefon dari beliau.
"Saya mau masuk islam sekarang!", katanya ringkas.
"ALLAHU AKBAR", tersembur perkataan ini dari mulut saya dengan iringan air mata. Saya kelam-kabut sedikit kerana masa itu hari bekerja dan saya tidak dapat bercuti untuk mengurus pengislamannya. Saya menelefon pejabat agama Tambunan meminta bantuan. Alhamdulillah, lebih 40 orang datang menyaksikan pengislamannya tanpa kehadiran saya.
Dihujung minggu, setelah masuk islam, saya melawat beliau di rumahnya. Saya lihat wajah beliau berubah menjadi putih berseri dan ceria. Sakit bengkak di kaki pun sembuh. Enam bulan kemudian beliau meninggal dunia dan jenazahnya diurus secara islam oleh anaknya di Sipitang. Alhamdulillah meninggal dalam islam. Allahu Akhbar! '
Cerita ini menginsafkan saya agar jangan mudah meng'kafir'kan orang selagi orang itu masih bernyawa. Orang ini meninggal dunia dengan dosa lampau terhapus. Kita tak tahu nasib kita. Kita belum diuji Allah. Yang paling ditakuti ialah semasa hayat, kita begitu gah mengharungi segala cabaran tetapi dihujung hayat kita kecundang atau termakan godaan syaitan akibat dari keceluparan dan perbuatan kita memperlekehkan orang lain dengan mengkafirkan serta menjahilkan orang lain sehingga menyakiti hati mereka.
'The morale of the story' ialah, jangan kita mudah memanggil seseorang itu 'jahil' atau mengkafirkan orang lain kerana bukan milik kita sewenang-wenangnya membuat 'judgement' terhadap seseorang.
Mari kita sama-sama merenungi terjemahan surah Al-Hujurat ayat 11 dalam bahasa inggeris dan melayu:
"O you who believe, no men should ever scoff at other men. May be, the latter are better than the former. Nor should women (ever scoff) at other women. May be, the latter women are better than the former ones. And do not find fault with one another, nor call one another with bad nicknames. Bad is the name of sinfulness after embracing Faith. If anyone does not repent, then such people are the wrongdoers"
Terjemahan Bahasa Melayu:
Mari kita renungi hadis ini:
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Mencemuh dan melabel orang lain sebagai jahil bukan satu kelayakan bagi sesama manusia. Begitu juga melabel non-muslims sebagai 'kafir' pun bahaya kerana kita takut non-muslim yang kita labelkan kafir lebih dulu masuk syurga dari kita seperti paparan kisah di atas yang saya pernah alami.
Wallahu 'alam.
29 January 2012
MAT JALI (PADUKA MAT SALLEH) MATI DI PATAU PROPER? - SIRI 1
"Dari pakaiannya pun saya kenal. Mat Jali selalu pakai baju warna kehitam-hitaman dan kepalanya sentiasa berikat (serban) dan memakai topi hitam. Dulu, di kampung ini, hanya Mat Jali sahaja yg berpakaian baju begitu. Kami semua masih pakai baju 'sinonson' ", katanya aki Sabintal.
Aki Sabintal menuding jarinya ke arah pakaian sinonson yang masih tersangkut di tiang kayu rumahnya. Sinonson ialah baju tiada lengan yang diperbuat daripada kulit kayu.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (Ali Imran: 185)
25 January 2012
Kristianisasi Menular Di Iraq
Satu lagi, walau pun ada ulama yg cuba2 berdakwah dengan non-muslims, cara mereka tak betul kerana ulama ini juga jahil dalam ilmu 'perbandingan agama' dan yg lebih teruk lagi 'jahil' dalam teknik dan strategi menyampaikan dakwah. Yang dia tahu sangat ialah dakwah bil lisan atau dakwah melalui pidato tetapi SANGAT lemah dalam dakwah 'bil hal' !!. Bercakap fasih dalam bahasa arab tetapi sebijik perkataan bahasa inggeris pun tak tahu. Kalau tahu pun slang englishnya macam filipina atau spanyol. Macammana nak berdakwah dan 'gain respact' dari non-muslims?
Sekarang ini kristianisasi menular di Iraq. Salah siapa sehingga US boleh masuk menawan Iraq? Semuanya kerana rakyat Iraq TAK bersatu.... macam di Malaysia ni dah lama berpecah-belah tapi ulama masih sibuk berpolitik untuk menumbangkan umarak dan 'less focus' kepada dakwah sebenar.
Ingatlah bahawa songkok setinggi mana pun, kopiah seputih mana pun, janggut sepanjang mana pun, buku2 agama di rumah sederet mana pun, ilmu menjulang setinggimana pun, dan serban setebal mana pun, tidak akan menjaminkan seseorang itu menjadi ahli syurga kalau tanggung-jawab dakwah diketepikan serta penyatuan ummah di abaikan".
04 January 2012
JADUAL KELAS MUQADDAM USIA KOTA KINABALU

21 December 2011
IRAN BERSEDIA DENGAN KEKUATAN TENTERANYA
Atas: Foto drone RQ-170 pesawat tanpa pemandu Amerika yang berjaya dipintas oleh Iran secara kawalan elektronik dan membawanya mendarat di Iran. Kini drone di atas sedang dipamerkan di Iran sebagai satu simbol kejayaan saintis Iran. Obama meminta dikembalikan semula drone itu tetapi Iran enggan kerana sudah menjadi milik Iran. Drone ini berharga 6 juta dan digunakan oleh CIA mencari dan membunuh Osama bin Laden.Dunia mengkagumi kehebatan Iran memperkuatkan tenteranya. Terkini, Iran menggariskan 20 perkara penting memperkasakan tenteranya secara saintifik. Antara bidang yang diambil kira ialah memperkuatkan sumber tenaga, teknologi nano, elektronik macro, optik, laser, peluru berpandu dan kelengkapan tentera lautnya.
Awal bulan Disember 2011, Iran mencatat kejayaan dengan memintas kapal terbang tanpa pemandu milik Amerika yang cuba membuat pengintipan di Iran. Walau bagaimanapun, kawalan eloktronik tentera Iran berjaya memintas 'drone' tersebut untuk pendaratan di Iran tanpa merosakkan drone tersebut. Dengan kejayaan itu maka Iran berjaya memiliki teknologi canggih milik Amerika dan inilah peluang bagi Iran untuk memperhebatkan teknologinya mencipta drone yg lebih canggih untuk pelbagai kegunaan terutamanya untuk kegunaan ketenteraan. Pada tahun 2009, Iran melancarkan pesawat tanpa pemandu buatannya sendiri.
Iran memberi amaran keras kepada Washington bahawa jika Iran di serang maka Iran akan menghancurkan Isreal serta merta dan melenyapkan Isreal dari peta dunia. Sila baca artikel berikut:
----------------------------------------------------------------------------
TEHRAN (FNA)- Iranian Defense Minister Brigadier General Ahmad Vahidi on Tuesday unveiled 20 important projects in energy, nanotechnology, microelectronic, optic, laser, missile and naval fields.
"One of the projects is the designing and building of a high-frequency electronic part named David Salitani which will provide the ground for the production of Salitani transistors in Iran," Vahidi told reporters in Tehran, explaining that the transistor would provide the country with the possibility to produce highly fast electronic circuits for large capacity telecommunication which cannot be tapped by anyone.
"Another system which was inaugurated today is a machine which generates electricity and heat concurrently while using only one energy source like natural gas or oil," he added.
Vahidi pointed out that the system has a very high and unrivalled efficiency rate of 80% of energy production, while the figure stands at around 30% to 35% in power plants.
Iran has made huge achievements in various fields of science and technology, from nuclear knowledge to stem cell and Nano technology.
In a most recent case, Iranian Health Minister Marziyeh Vahid Dastjerdi announced in September that the country would soon start production of 15 types of anti-cancer drugs.
"15 types of monoclonal anti-body drugs are being synthesized with the help of the Scientific Department of the Presidential Office, using hi-tech technology," Vahid Dastjerdi said.
Also earlier this year, Iranian scientists succeeded in producing new types of medication for treating different kinds of cancer, viral diseases and arthritis with 100% positive results.
Iran has also taken wide strides in designing and manufacturing different types of light, semi-heavy and heavy weapons, military tools and equipment. Tehran launched an arms development program during the 1980-88 Iraqi imposed war on Iran to compensate for a US weapons embargo. Since 1992, Iran has produced its own tanks, armored personnel carriers, missiles and fighter planes.
Yet, Iranian officials have always stressed that the country's military and arms programs serve defensive purposes and should not be perceived as a threat to any other country.
--------------------------------------------------------------------------------
Food for thought:
Iran dan rakyatnya bersatu mempersiapkan negaranya menjadi kuasa nuklear dunia supaya negara barat terutamanya Amerika dan Isreal berfikir berpuluh kali samada mau menyerang Iran atau tidak. Di Malaysia, kita sibuk berpecah dan bergaduh sesama sendiri.-
20 December 2011
KISAH KELAS MUQADDAM - LUCU TAPI MENGINSAFKAN
Suatu tengahari, seperti biasa, saya ke tempat mengajar mengaji untuk meneruskan pengajaran muqaddam. Saya buka bilik kelas mengaji (bilik mesyuarat) tetapi keluar semula kerana bilik itu gelap saja. Saya duduk di luar kelas menunggu pelajar datang. Kelas sepatutnya bermula jam 1.00 petang dan berakhir jam 2.00 petang. Saya menunggu hingga jam 1.45 petang tapi seorang pelajar pun belum datang. Saya mengambil keputusan untuk balik pejabat.
Esok hari, ketua kelas tanya kenapa tidak datang mengajar. Saya jawab saya datang tapi tiada orang. Dia kata ada orang dalam bilik mesyuarat menunggu. Saya kata tiada sebab gelap bilik mesyuarat. Diorang kata ada. Saya tanya siapa? Dia sebut nama orang itu. Saya terkejut, baru saya teringat, rupanya pelajar saya itu buta dan bagi dia bilik gelap atau terang sama saja. Saya terus minta maaf.
Pengajaran dari peristiwa ini ialah sedangkan orang buta belajar Al-Quran, kenapa yang tak buta berkira-kira untuk belajar tapi kakinya belum melangkah ke kelas mengaji. Apa lagi alasan untuk tidak belajar?. Kisah benar ini berlaku dengan saya kira-kira 15 tahun yang lalu tapi masih segar dalam ingatan. Moga-moga pelajar saya ini terus belajar Al-Quran walaupun buta. Matanya buta tapi hatinya celik.
Oleh : Janis Abdullah
-
18 December 2011
MAJLIS TAUTAN KASIH OLEH SETIAUSAHA POLITIK TIMBALAN PERDANA MENTERI
Foto: Nurul Izzati J
Lebih dari 100 orang telah menghadiri Majlis Tautan Kasih dan Ramah Mesra anjuran Jabatan Pelajaran Sabah yang telah di adakan di Surau Kg Patau Tambunan. Majlis itu disempurnakan oleh Tuan Haji Yusuff HM Haniff, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam majlis itu, seramai 40 orang mualaf dan golongan miskin telah menerima sumbangan berupa bahan keperluan harian. Golongan mualaf dan orang miskin ini didatangkan dari beberapa buah kampung di Daerah Tambunan seperti Kg Patau, Kg Katagaian, Kg Bambangan, Kg Namadan, Kg Mahua, Kg Kipaku dan Kg Babagon.
Turut hadir ialah Encik Salehudin Tahir, Penolong Pegawai Daerah Tambunan, Hj Kaipin Rosmin, Pegawai pelajaran Daerah Tambunan, Haji Saifulzaman Sangul, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Ustaz Sanusi Satir, Imam Daerah Tambunan, Pegawai Kebajikan Tambunan, Pegawai Pembangunan Daerah, CDO, Ketua-Ketua Kampung Patau, Katagayan dan Babagon, Pegawai Kanan Negeri dan Persekutuan, Pemimpin Badan-badan bukan kerajaan serta orang yang tinggal di sekitar Kampung Patau.
Terdahulu dari itu, Haji Yusoff HM Haniff menyeru agar masyarakat terus bersatu dan bersama-sama menikmati segala pembangunan hasil dari keamanan dan kestabilan kerajaan selama ini. Beliau mengingatkan bahawa perpaduan amat penting demi mencapai negara maju menjelang 2020. Katanya, gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Datuk Hj Mohd Najib bin Tun Abdul Razak amat tepat bagi negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama. 1 Malaysia telah bermula di Sabah dan Sarawak telah diperkemaskan oleh YAB Perdana Menteri sekarang, bertujuan untuk memantapkan lagi perpaduan yang sedia terjalin.
Turut memberi ucapan alu-aluan ialah Janis bin Abdullah, Pengerusi Jawatan Kuasa Surau Kg Patau. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri kerana memilih Surau Patau sebagai tempat mengadakan majlis. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Pegawai Kanan Negeri Dan persekutuan serta ahli jawatan kuasa penganjur diatas keprihatinan mereka kerana turut menjayakan majlis itu.
Atas: Haji Yusoff HM Haniff, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia, menyempurnakan Majlis Tautan Kasih dan Ramah Mesra.
JESUS DALAM AL-QURAN
SEORANG NABI - MARYAM 30-35
PESURUH ALLAH - AL-MAAIDAH 116-117
116. dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa Ibni Maryam! Engkaukah Yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua Tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha suci Engkau (Wahai Tuhan)! tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu Yang Aku tidak berhak (mengatakannya). jika Aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa Yang ada pada diriku, sedang Aku tidak mengetahui apa Yang ada pada diriMu; kerana Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha mengetahui perkara-perkara Yang ghaib.
117. Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa Yang Engkau perintahkan kepadaKu mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah Aku menjadi Pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan Yang benar dan menyalahkan Yang salah) selama Aku berada Dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri Yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah Yang menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.
AJARANNYA - AZ-ZUKHRUF 63-65
63. dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) Dengan membawa keterangan-keterangan Yang nyata, berkatalah ia: "Sesungguhnya Aku datang kepada kamu Dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara ugama) Yang kamu berselisihan padanya. oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan Taatlah kepadaKu.
64. "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka Sembahlah kamu akan dia; Inilah jalan Yang lurus".
65. Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. maka Kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang Yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.
-
15 December 2011
GALERI FOTO KELAS MUQADDAM DI IBU PEJABAT USIA
KOTA KINABALU, 14.12.2011 (RABU):
Setelah dua minggu tergendala akhirnya kelas muqaddam dan Al-Quran dapat disambung semula, bukan lagi di Masjid Negeri Sabah tetapi berpindah di Bangunan Ibu Pejabat USIA Kota Kinabalu. Perpindahan ini adalah dibuat kerana bilik kuliah di Masjid telah dikunci secara tiba-tiba (tanpa notis). Akibat daripada ketiadaan notis maka seramai 35 orang pelajar terlanjur datang ke masjid negeri pada 30.11.2011. Pelajar ini terdiri dari Timbalan Pengarah, Profesor, Pegawai Kanan kerajaan, Pengetua. Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri, Pesara Kerajaan dan Ahli korporat. Turut menyertai kelas ini ialah kakitangan USIA sendiri.
Yang Berbahagia Datuk Latif Kandok, Setiausaha Agung USIA dan pegawai USIA yang lain begitu prihatin, mengalu-alukan dan menerima kumpulan pelajar ini meneruskan pembelajaran mereka di aras bawah Bangunan USIA. Setelah tempat itu dibersihkan dan dibekalkan dengan meja dan kerusi, maka akhirnya kelas dapat dimulakan pada 14.12.2011 (Rabu).
Sementara itu, USIA juga membenarkan kumpulan ini mengadakan rawatan perubatan islam di premis ini dan dengan kebenaran ini maka perubatan islam telah dimulakan pada 07.12.2011.
09 December 2011
KURSUS PERUBATAN ISLAM DI KENINGAU -SIRI 1
Turut memberi ceramah ialah Profesor Madya Matyasin dan Janis Abdullah dari Sabah Islamic Healings and Therapy.
