Tambunan, 16.12.2011 (Sabtu):
Foto: Nurul Izzati J
Lebih dari 100 orang telah menghadiri Majlis Tautan Kasih dan Ramah Mesra anjuran Jabatan Pelajaran Sabah yang telah di adakan di Surau Kg Patau Tambunan. Majlis itu disempurnakan oleh Tuan Haji Yusuff HM Haniff, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam majlis itu, seramai 40 orang mualaf dan golongan miskin telah menerima sumbangan berupa bahan keperluan harian. Golongan mualaf dan orang miskin ini didatangkan dari beberapa buah kampung di Daerah Tambunan seperti Kg Patau, Kg Katagaian, Kg Bambangan, Kg Namadan, Kg Mahua, Kg Kipaku dan Kg Babagon.
Turut hadir ialah Encik Salehudin Tahir, Penolong Pegawai Daerah Tambunan, Hj Kaipin Rosmin, Pegawai pelajaran Daerah Tambunan, Haji Saifulzaman Sangul, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Ustaz Sanusi Satir, Imam Daerah Tambunan, Pegawai Kebajikan Tambunan, Pegawai Pembangunan Daerah, CDO, Ketua-Ketua Kampung Patau, Katagayan dan Babagon, Pegawai Kanan Negeri dan Persekutuan, Pemimpin Badan-badan bukan kerajaan serta orang yang tinggal di sekitar Kampung Patau.
Terdahulu dari itu, Haji Yusoff HM Haniff menyeru agar masyarakat terus bersatu dan bersama-sama menikmati segala pembangunan hasil dari keamanan dan kestabilan kerajaan selama ini. Beliau mengingatkan bahawa perpaduan amat penting demi mencapai negara maju menjelang 2020. Katanya, gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Datuk Hj Mohd Najib bin Tun Abdul Razak amat tepat bagi negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama. 1 Malaysia telah bermula di Sabah dan Sarawak telah diperkemaskan oleh YAB Perdana Menteri sekarang, bertujuan untuk memantapkan lagi perpaduan yang sedia terjalin.
Turut memberi ucapan alu-aluan ialah Janis bin Abdullah, Pengerusi Jawatan Kuasa Surau Kg Patau. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri kerana memilih Surau Patau sebagai tempat mengadakan majlis. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Pegawai Kanan Negeri Dan persekutuan serta ahli jawatan kuasa penganjur diatas keprihatinan mereka kerana turut menjayakan majlis itu.

Atas: Haji Yusoff HM Haniff, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia, menyempurnakan Majlis Tautan Kasih dan Ramah Mesra.
No comments:
Post a Comment