Kisah Kelas Muqaddam:
Suatu tengahari, seperti biasa, saya ke tempat mengajar mengaji untuk meneruskan pengajaran muqaddam. Saya buka bilik kelas mengaji (bilik mesyuarat) tetapi keluar semula kerana bilik itu gelap saja. Saya duduk di luar kelas menunggu pelajar datang. Kelas sepatutnya bermula jam 1.00 petang dan berakhir jam 2.00 petang. Saya menunggu hingga jam 1.45 petang tapi seorang pelajar pun belum datang. Saya mengambil keputusan untuk balik pejabat.
Esok hari, ketua kelas tanya kenapa tidak datang mengajar. Saya jawab saya datang tapi tiada orang. Dia kata ada orang dalam bilik mesyuarat menunggu. Saya kata tiada sebab gelap bilik mesyuarat. Diorang kata ada. Saya tanya siapa? Dia sebut nama orang itu. Saya terkejut, baru saya teringat, rupanya pelajar saya itu buta dan bagi dia bilik gelap atau terang sama saja. Saya terus minta maaf.
Pengajaran dari peristiwa ini ialah sedangkan orang buta belajar Al-Quran, kenapa yang tak buta berkira-kira untuk belajar tapi kakinya belum melangkah ke kelas mengaji. Apa lagi alasan untuk tidak belajar?. Kisah benar ini berlaku dengan saya kira-kira 15 tahun yang lalu tapi masih segar dalam ingatan. Moga-moga pelajar saya ini terus belajar Al-Quran walaupun buta. Matanya buta tapi hatinya celik.
Oleh : Janis Abdullah
-

No comments:
Post a Comment