Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

15 December 2011

GALERI FOTO KELAS MUQADDAM DI IBU PEJABAT USIA

Foto Atas: Kelihatan pelajar Al-Quran di bangunan Ibu Pejabat USIA Kota Kinabalu yang mengikuti Kelas bimbingan Al-Quran pada hari pertama iaitu 14.12.2011.


KOTA KINABALU, 14.12.2011 (RABU):

Setelah dua minggu tergendala akhirnya kelas muqaddam dan Al-Quran dapat disambung semula, bukan lagi di Masjid Negeri Sabah tetapi berpindah di Bangunan Ibu Pejabat USIA Kota Kinabalu. Perpindahan ini adalah dibuat kerana bilik kuliah di Masjid telah dikunci secara tiba-tiba (tanpa notis). Akibat daripada ketiadaan notis maka seramai 35 orang pelajar terlanjur datang ke masjid negeri pada 30.11.2011. Pelajar ini terdiri dari Timbalan Pengarah, Profesor, Pegawai Kanan kerajaan, Pengetua. Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri, Pesara Kerajaan dan Ahli korporat. Turut menyertai kelas ini ialah kakitangan USIA sendiri.

Yang Berbahagia Datuk Latif Kandok, Setiausaha Agung USIA dan pegawai USIA yang lain begitu prihatin, mengalu-alukan dan menerima kumpulan pelajar ini meneruskan pembelajaran mereka di aras bawah Bangunan USIA. Setelah tempat itu dibersihkan dan dibekalkan dengan meja dan kerusi, maka akhirnya kelas dapat dimulakan pada 14.12.2011 (Rabu).

Sementara itu, USIA juga membenarkan kumpulan ini mengadakan rawatan perubatan islam di premis ini dan dengan kebenaran ini maka perubatan islam telah dimulakan pada 07.12.2011.

Foto 1
Foto 2
Foto 3
Foto 4
Foto 5
Foto 6
Foto 7
Foto 8
Foto 9
Foto 10
Foto 11
Foto 12
 

No comments:

Post a Comment