Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

29 November 2011

CERAMAH MENGENAI MAKHLUK HALUS DAN JIN

Keningau (26.11.2011 Sabtu):-

Seramai 50 orang peserta telah menghadiri ceramah mengenai makhluk halus dan jin yang disampaikan oleh Ust. Mohd Trimizi Zainal baru-baru ini. Ustaz Mohd Trimizi adalah pengamal perubatan Islam antarabangsa, telah banyak memenuhi jemputan di luar negara seperti di UK, Timur Tengah, Korea, China, HongKong, Australia, Singapura, Thailand dan Brunei. Kini, ustaz Mohd Trimizi bergerak aktif di Sabah terutamanya kawasan pendalaman menyampaikan risalah memperkasakan aqidah serta memberi penerangan kepada umat islam agar tidak terpesong dari ajaran islam.

Ustaz Trimizi juga menyeru umat islam agar berhenti dari amalan yang bercanggah dengan Al-Quran. Salah satu amalan yang bercanggah dengan islam ialah mempercayai bahawa ada kuasa lain selain Allah seperti memuja dan meminta bantuan makhluk jin. Amalan ini tergolong dalam amalan syirik.
Atas: Peserta di 'scan' dengan ayat-ayat rukyah (ayat Al-Quran) untuk mengetahuai samada terdapat gangguan makhluk halus dalam badan masing-masing.


Atas: Kaki peserta diluruskan ke hadapan sambil menutup mata bertujuan untuk mereka khsyuk mendengar Al-Quran dibacakan.

Atas: Pesakit dibaringkan di atas daun pisang bersih. Badan pesakit di tepuk-tepuk secara perlahan sambil dibacakan ayat-ayat rukyah.

Atas: Air dibacakan rukyah untuk diminum dan digunakan untuk mandi. Dengan izin Allah, mana-mana badan yang mempunyai makhluk halus, akan keluar dari badan apabila meminum air yang dibacakan dengan Al-Quran, ayat yang diturunkan Allah kepada manusia.
Atas: Ustaz Mohd Trimizi sedang memberi ceramah mengenai makhluk halus.
Atas: Antara peserta ceramah di Kg Baginda Keningau.

Atas (dari kanan): Janis abdullah, Prof. Madya Matyasin Jamil dan Prof. Madya Hj Abdul Rahman Hj Kimsin.

No comments:

Post a Comment