Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

24 November 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DI SURAU TMN KEMAJUAN LIKAS KE 2

KOTA KINABALU, 24.11.11 (Khamis):-Seramai 30 orang pelajar Al-Quran surau Taman Kemajuan Likas selesai mengadakan majlis khatam yang ke 2, di sini hari ini. Pelajar ini dari pelbagai lokasi dan kebanyakkannya adalah pesara yang bekerja dengan jabatan kerajaan dan korporat. Pelajar ini memulakan kelas mengaji kira-kira setahun yang lalu dengan kekerapan kelas sekali seminggu iaitu setiap hari khamis.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Surau Tmn Kemajuan iaitu ustaz Ambok, Datin Hajjah Zainab (Naib ketua Pertiwisa), beberapa AJK surau Taman Kemajuan Likas, Hajjah Saunah, wakil pelajar Al-Quran dari Masjid Negeri Sabah dan keluarga para pelajar.

Dalam ucapan wakil Pengerusi Jawatan Kuasa surau Tmn Kemajuan Likas, Ustaz Ambok, beliau menyeru pelajar supaya terus istiqomah mengaji sehingga benar-benar mahir membaca quran. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pelajar kerana terus mengimarahkan surau ini terutamanya bila surau baru, yang sedang dalam pembenaan, siap tidak lama lagi.

Terdahulu dari itu, ketua kelas, Hajjah Kasmah Hj Hasbullah, menyarankan agar kelas ini diteruskan dengan tenaga pengajar yang sama kerana mereka sudah serasih dengan guru yang sama. Katanya, tenaga pengajar yang ada sekarang mempunyai kaedah mengajar yang tersendiri yang menyebabkaan pelajar merasa tidak tertekan.
Atas: Pelajar Al-Quran surau Taman Kemajuan Likas bergambar kenang-kenangan setelah selesai majlis khatam. Atas: Foto pelajar Quran Surau Taman Kemajuan Likas diabadikan sebagai kenangan.
Atas (dari kiri): Ustaz Ambok, Janis Abdullah dan Hajjah Kasmah Hj Hasbullah (ketua Kelas) dalam majlis khatam.
Atas: Pelajar yang mengambil bahagian dalam majlis khatam.
Atas: Pelajar Quran dalam majlis khatam
Atas (Dari kiri): Ustaz Ambok, Janis Abdullah dan Datin Hajjah Zainab, Naib Ketua Pertiwisa
Atas: Majlis khatam dipimpin oleh Ustaz Ambok serta dibantu oleh Janis Abdullah
-

No comments:

Post a Comment