Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

29 August 2010

PELAJAR AL-QURAN DARI K.KINABALU LAWAT KG PATAU

-
ROMBONGAN PELAJAR AL-QURAN
DARI KOTA KINABALU MENGADAKAN LAWATAN AMAL KE SURAU KAMPUNG PATAU TAMBUNAN
-
Kg Patau Tambunan, 16.06.2010:-
-
Seramai 38 orang pelajar Al-Quran dari surau Taman Kemajuan Likas & Masjid Negeri Sabah, telah mengadakan lawatan amal ke surau Kg Patau Tambunan pada 16.06.2010. Lawatan itu bertujuan untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan umat islam Kg Patau. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyerahkan pakaian terpakai kepada penduduk islam yang miskin.
-

Atas: Gabungan pelajar Al-Quran dari Masjid Negeri Sabah dan Surau Taman Kemajuan Likas bergambar beramai-ramai berlatar-belakangkan surau Kg Patau, sebelum meninggalkan surau menunju ke Keningau.

-
Atas: Rombongan Pelajar Al-Quran yang di ketuai oleh Puan Hajjah Kasmah Hasbollah sedang menyerahkan bantuan pakaian kepada Puan Lidwina Micheal (wakil kepada Ketua Wanita USIA cawangan Kg Patau yang tidak dapat hadir). Terdahulu dari itu, Puan Hajjah Kasmah turut memberi ucapannya kepada hadirin di surau kampung Patau.
-

Atas: Sebahagian dari rombongan dari Kota Kinabalu sedang mendengar ucapan alu-aluan dari Janis Abdullah, Pengerusi Surau Kampung Patau.

- Atas: Rombongan melawat Kolam Ikan di TVRC Karanaan Tambunan dengan meniti jambatan gantung yang merintangi sungai Pegalan. "wah ramainya yang meniti jambatan... inda putus ka?"
-
Atas: Rombongan melawat Air terjun di Mahua Patau Tambunan. Air Terjun itu mempunyai ketinggian kira-kira 66 kaki tinggi (bersamaan dengan enam tingkat bangunan). Ada juga peserta yang cuba-cuba mandi dan ada yang mau rendam kaki dengan air sejuk.
-
Atas: Bergambar di Gunung Alab (berhampiran dengan Gunung Emas) sambil berihat menikmati cuaca sejuk Banjaran Kroker di Tambunan. Ramai yang beli jagung panas-panas dan ada yang tidak mahu lepas masuk dalam tandas berbayar.
-
Atas: Air Terjun Mahua Patau diambil dari atas jambatan merintangi/ menyeberangi sungai Mahua. Yuran masuk hanya RM1.00 seorang.
-
Atas: Suasana dalam bas pelancung diambil semasa bas sedang mendaki Banjaran Kroker. Ramai yang tertidur tetapi ada yang celik sepanjang perjalanan melihat bukit-bukau di sekeliling yang indah melontarkan pandangan mata nun jauh di pergunungan hijau yang pastinya menjanjikan udara bersih kelas pertama.
-
Atas: Inilah suasan air Terjun Mahua diambil dari dekat. Memang menarik ramai pengunjung terutamanya mereka yang kepingin merasai air sejuk dari gunung. Ada yang mengambil kesempatan bermandi-manda sehinggakan mereka tidak merasa puas bermesra dengan kedinginan air sejuk. "Insyaa Allah, kami akan datang semula untuk berkelah", kata mereka. Kalau ada yang berminat mahu berkelah di sini, pastikan membawa kopi/teh panas-panas untuk diminum selepas bersejuk-sejukan. Pastinya kopi/teh itu enak diminum.
-
Atas: Sebahagian dari pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar dihadapan tugu Mat Salleh (seorang pejuang Sabah dalam sejarah menentang penjajah). Hasil dari peninggalan Paduka Mat Salleh maka ramailah anak tempatan Tambunan yang berdarah pahlawan.
-
Difahamkan, Mat Salleh pernah berkhawin di Tambunan tetapi dirahsiakan kerana takut diburu oleh penjajah. Dalam sejarah perjuangan Mat salleh yang terakhir, Mat Salleh berkubu di Lohan Ranau tetapi penjajah terus-terusan memburunya dan menyerang kubunya dengan ganas. Mat Salleh kemudiannya melarikan diri balik ke Tambunan meminta bantuan pengikut setianya di Tambunan. Antara pengikut setianya dari Tambunan ialah Linggawang yang digelar Mat Salleh sebagai "Awang" (nama sebenar Linggawang) sahaja dan "Mat Satur" (nama sebenar Satur). Difahamkan Mat Salleh tidak sempat sampai ke Kotanya di Tibabar lalu meninggal dalam perjalanan di Kampung Narayat Patau. Di Narayat Patau juga terdapat kubu Mat Salleh dan sehingga hari ini tugu bagi kubu ini belum dibena lagi tetapi kekal dengan tanda sebuah batu yang masih ujud sehingga sekarang. Seorang penduduk Kg Narayat (dulunya Kg Patau Proper) menceritakan pada tahun 1964 (pada tahun 1964 beliau berumur 76 tahun) bahawa beliau menjumpai mayat 'Mad Jali' (sebutan orang kampung - nama sebenar 'Mat Salleh') berpakaian kain pahlawan serba hitam terlantar dibawah rimbunan bambu. Masa itu, penduduk Kg Patau belum lagi mempunyai pakaian kain selain dari baju yang diperbuat dengan kulit kayu bernama 'sinonson'. Insyaa Allah cerita lebih lanjut akan dimuatkan dalam blog ini dikesempatan yang lain.
-
Atas: Suasana dalam bas, walaupun agak penat mendaki jalan berbukit-bukit curam, berliku-liku dan selekoh yang tajam, namun mereka terus ceria dalam perjalanan. He..he.. ada juga yang mabuk dalam bas tapi diorang tapuk-taaaapuk.
-
Atas: "Eeee...besar-besarnya ikan. Jinak-jinak pula tu. Boleh pigang-pigang lagi. Boleh makankah ikan-ikan ni aaa..?", "alaa.. kesian ba ikan-ikan ini kalau dimakan. Cantik-cantik ba. Boleh bikin kawan", demikian komen dan pertanyaan dari peserta rombongan yang turut memberi makan kepada ikan di kolam TVRC.
-

Atas: Batu gong di Tambunan memang unik kerana mempunyai bunyi pelik bila dipalu. Orang kampung kata Batu Gong ini ada 'mianat' (penunggu) sebab itu perempuan ada haid dan mengandung dilarang sama sekali masuk ke dalam.
-
Terdahulu dari itu, rombongan ini melawat air terjun Mahua di Patau. Dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu, rombongan ini mengambil kesempatan melawat Kubu Mat Salleh di Tibabar, melihat ikan besar di TVRC, melawat batu gong di Nambayan dan melawat dan bersolat jama di masjid pekan Keningau. Ramai yang tidak melepaskan peluang membeli sayur di pasar pekan Keningau untuk dibawa pulang.
-
Dalam perancangan awal, rombongan ini bercadang balik ke Kota Kinabalu melalui jalan Kimanis-Kota Kinabalu tetapi memandangkan brek bas yang disewa tidak berapa baik serta mengambil-kira nasihat dari pemandu bas mengenai kemampuan brek bas, maka rombongan ini balik melalui jalan yang sama iaitu Tambunan-Penampang.
-

3 comments:

  1. eeee... seronok nye

    ReplyDelete
  2. rupa2nya banyak juga yang menarik di tambunan ya. saya ingat cuma sawah padi dan bambu saja. nantilah saya bawa keluarga berkelah di tambunan.

    ReplyDelete
  3. ustaz, ada beberapa cerita dlm blog ini tergantung. Cerita mat salleh tergantung. Cerita perjalananku pun masih tergantung hampir 2 tahun. rakan kongsi pun masih gantung2. Mana sudah sambungannya? suka sangat gantung cerita.... nanti lama2 kena gantung leher he..he..he..

    ReplyDelete