Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

30 August 2010

KEMANA KU BAWA KELUARGA KU?

-
RINGKASAN TAZKIRAH
-
1. Mendidik keluarga menjadi pendakwah
Allah lebih melihat usaha berbanding hasil. Untuk tujuan ini perlu ada ilmu. Walau ilmu sedikit, kita sampaikan kepada orang lain.
-
2. Menjadi contoh
Berusaha untuk menjadikan kita contoh. Apabila kita berjaya menunjukkan contoh baik maka orang lain lebih mudah terpaut dengan dakwah kita.
-
3. Bentuk keluarga Islamik
Berusaha untuk menjadikan keluarga kita Islam dari semua sudut. Bersedialah untuk menerima tentangan daripada persekitaran kita kerana apa yang kita cuba usahakan mungkin tidak selari dengan persekitaran kita.
-
4. Kumpul kawan-kawan sefikrah
Berusaha mengumpulkan seberapa banyak mungkin ahli keluarga dan rakan-rakan yang sefikrah dengan kita. Jadikan mereka seolah-olah ibu bapa kita, abang kakak kita, adik-adik atau anak-anak kita.
-
5. Bijak gunakan masa
Tumpukan usaha kita kepada 2 perkara utama iaitu sama ada kita melakukan kerja untuk agama atau pun melakukan kerja untuk keperluan asas kehidupan. Ditakuti apa yang dikejar orang tidak kita perolehi, dan apa yang kita kejar iaitu agama dan kehidupan pun tidak kita perolehi juga.
-
6. Promosikan kita pekerja agama
Berusaha mempromosikan diri dan keluarga kita sebagai pekerja-pekerja agama kepada orang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung. Adalah merugikan apabila kita mendakwa bekerja untuk agama tetapi orang yang hampir kepada kita pun tidak tahu yang kita seorang pekerja untuk agama.
-
7. Tarbiyyah berterusan
Berusaha mengadakan sesi tarbiyah keluarga sekurang-kurangnya setiap 3 hari. Sesi tersebut walaupun sekejap tetapi mempunyai kesan yang tinggi dalam menjana kuasa untuk kita meningkatkan ilmu, iman, amal dan takwa.
-
8. Buktikan Islam indah dan mudah
Berusaha untuk mempamirkan bahawa Islam itu indah, Islam itu mudah. Kita buktikan yang kita mampu hidup selesa, tenang dan berjaya macam orang lain bahkan adakalanya pencapaian kita lebih baik daripada mereka dalam keadaan kita mengamalkan Islam.
-
9. Tambah pendapatan
Berusaha menambah pendapatan keluarga jika berpeluang selagi tidak bertentangan dengan agama Islam kerana ekonomi adalah senjata jihad. Kita mestilah menambah sumber pendapatan kita walaupun kita telah sedia kaya, apatah lagi jika pendapatan kita memang tidak mencukupi.
-
10. Elakkan mereka yang suka bertelingkah
Berusaha untuk mengelakkan orang-orang yang suka bertelingkah termasuklah mereka yang membangga diri dengan memperlekehkan kemampuan orang lain. Sebarang pertelingkahan samada secara verbal atau pun non-verbal walaupun kecil akan menggugat perjalanan dakwah kita. Biasakan diri memberi maaf.
-

No comments:

Post a Comment