-
ROMBONGAN PELAJAR AL-QURAN
DARI KOTA KINABALU MENGADAKAN LAWATAN AMAL KE SURAU KAMPUNG PATAU TAMBUNAN
-
Kg Patau Tambunan, 16.06.2010:-
-
Seramai 38 orang pelajar Al-Quran dari surau Taman Kemajuan Likas & Masjid Negeri Sabah, telah mengadakan lawatan amal ke surau Kg Patau Tambunan pada 16.06.2010. Lawatan itu bertujuan untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan umat islam Kg Patau. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyerahkan pakaian terpakai kepada penduduk islam yang miskin.
Seramai 38 orang pelajar Al-Quran dari surau Taman Kemajuan Likas & Masjid Negeri Sabah, telah mengadakan lawatan amal ke surau Kg Patau Tambunan pada 16.06.2010. Lawatan itu bertujuan untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan umat islam Kg Patau. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyerahkan pakaian terpakai kepada penduduk islam yang miskin.
-
-
-
Atas: Rombongan melawat Kolam Ikan di TVRC Karanaan Tambunan dengan meniti jambatan gantung yang merintangi sungai Pegalan. "wah ramainya yang meniti jambatan... inda putus ka?"
--
-
-
Difahamkan, Mat Salleh pernah berkhawin di Tambunan tetapi dirahsiakan kerana takut diburu oleh penjajah. Dalam sejarah perjuangan Mat salleh yang terakhir, Mat Salleh berkubu di Lohan Ranau tetapi penjajah terus-terusan memburunya dan menyerang kubunya dengan ganas. Mat Salleh kemudiannya melarikan diri balik ke Tambunan meminta bantuan pengikut setianya di Tambunan. Antara pengikut setianya dari Tambunan ialah Linggawang yang digelar Mat Salleh sebagai "Awang" (nama sebenar Linggawang) sahaja dan "Mat Satur" (nama sebenar Satur). Difahamkan Mat Salleh tidak sempat sampai ke Kotanya di Tibabar lalu meninggal dalam perjalanan di Kampung Narayat Patau. Di Narayat Patau juga terdapat kubu Mat Salleh dan sehingga hari ini tugu bagi kubu ini belum dibena lagi tetapi kekal dengan tanda sebuah batu yang masih ujud sehingga sekarang. Seorang penduduk Kg Narayat (dulunya Kg Patau Proper) menceritakan pada tahun 1964 (pada tahun 1964 beliau berumur 76 tahun) bahawa beliau menjumpai mayat 'Mad Jali' (sebutan orang kampung - nama sebenar 'Mat Salleh') berpakaian kain pahlawan serba hitam terlantar dibawah rimbunan bambu. Masa itu, penduduk Kg Patau belum lagi mempunyai pakaian kain selain dari baju yang diperbuat dengan kulit kayu bernama 'sinonson'. Insyaa Allah cerita lebih lanjut akan dimuatkan dalam blog ini dikesempatan yang lain.
-
Terdahulu dari itu, rombongan ini melawat air terjun Mahua di Patau. Dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu, rombongan ini mengambil kesempatan melawat Kubu Mat Salleh di Tibabar, melihat ikan besar di TVRC, melawat batu gong di Nambayan dan melawat dan bersolat jama di masjid pekan Keningau. Ramai yang tidak melepaskan peluang membeli sayur di pasar pekan Keningau untuk dibawa pulang.
-
Dalam perancangan awal, rombongan ini bercadang balik ke Kota Kinabalu melalui jalan Kimanis-Kota Kinabalu tetapi memandangkan brek bas yang disewa tidak berapa baik serta mengambil-kira nasihat dari pemandu bas mengenai kemampuan brek bas, maka rombongan ini balik melalui jalan yang sama iaitu Tambunan-Penampang.
-
eeee... seronok nye
ReplyDeleterupa2nya banyak juga yang menarik di tambunan ya. saya ingat cuma sawah padi dan bambu saja. nantilah saya bawa keluarga berkelah di tambunan.
ReplyDeleteustaz, ada beberapa cerita dlm blog ini tergantung. Cerita mat salleh tergantung. Cerita perjalananku pun masih tergantung hampir 2 tahun. rakan kongsi pun masih gantung2. Mana sudah sambungannya? suka sangat gantung cerita.... nanti lama2 kena gantung leher he..he..he..
ReplyDelete