-
KG. PATAU TAMBUNAN:-
-
Alhamdulillah, setelah 70 tahun Islam bertapak di Kg Patau, akhirnya Kg Patau akan menyaksikan masjid baru menggantikan surau yang terlalu sempit. Ini diumumkan oleh Datuk Hj Amri Hj Suratman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) semasa lawatan beliau ke surau Kg Patau Tambunan pada 25.01.2010.
-
Umat Islam Patau semakin bertambah dengan dua sebab: Pertama, pertambahan hasil dari perkhawinan keluarga Islam dan kedua, pertambahan dari segi kemasukan non-muslim kepada agama Islam. Kalau dulu umat Islam bermula dengan hanya sebuah rumah, kini rumah-rumah umat Islam telah bertambah hampir 20 buah termasuk rumah-rumah yang bercampur dengan keluarga non-muslim. Semakin ramai non-muslim yang sedar dalam memilih agama yang serasih dengan kehidupan mereka.
Atas: Kelihatan Datuk Hj Amri Suratman (berbaju kuning), Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) melawat surau Kg Patau yang sempit.
Atas: Pengerusi Jawatan Kuasa Surau Patau, Janis Abdullah (bersongkok), sedang berucap mengalu-alukan kedatangan Datuk Hj Amri Hj Suratman, Pengarah JHEAINS serta rombongannya. Dari kiri: Janis Abdullah, Datuk Hj Amri bin Hj Suratman, Dr. Juanis Yajuni dan pegawai JHEAINS.
Atas: Antara umat Islam yang hadir menyambut kehadiran Pengarah JHEAINS.
Atas: Pengerusi Jawatan Kuasa Surau berbincang dengan Datuk Hj Amri mengenai perancangan seterusnya.
Atas: Di sinilah tapak masjid Kg Patau Tambunan yang bakal didirikan.
Atas: Antara umat Islam yang hadir menyambut kehadiran Pengarah JHEAINS.
Atas: Pengerusi Jawatan Kuasa Surau berbincang dengan Datuk Hj Amri mengenai perancangan seterusnya.
Atas: Di sinilah tapak masjid Kg Patau Tambunan yang bakal didirikan.
No comments:
Post a Comment