Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

29 August 2010

NUZUL QURAN DI MASJID NEGERI SABAH

Masjid Negeri Sabah, 26.08.2010:-
-
Sempena dengan Nuzul Quran yang jatuh pada 17 Ramadhan, JHEAINS telah mengadakan satu majlis di Masjid Negeri Sabah dimana Tun Ahmad Shah bin Abdullah, Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di Pertua Negeri Sabah turut hadir sebagai tetamu kehormat.
-
Atas: Kelihatan Tun Ahmad Shah Abdullah, Tuan Yang Terutama (TYT) sedang menyampaikan sumbangan kepada Masjid Negeri Sabah melalui Ustaz Ibrahim Kisab, Imam Besar Masjid Negeri Sabah
-
Atas: Kelihatan TYT sedang menyampaikan sumbangan kepada Masjid Negeri Sabah yang turut disaksikan oleh Datuk Hajiji dan Datuk Ahmad Alawi, mufti negeri Sabah.
Atas: Datuk Syed Abas Syed Ali, YDP Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Hajiji dan Imam Besar sedang mengiringi TYT ke ruang berbuka puasa.-
Atas: TYT bersama beberapa orang kenamaan semasa majlis berbuka puasa di Masjid Negeri Sabah sempena perayaan Nuzul Quran.-
Atas; Antara jemputan khas yang turut berbuka puasa ialah dari kiri, Dr Mingu Jumaan (Pengarah Jbt Perkhidmatan Komputer yg juga AJK Masjid Negeri Sabah), Dr Muhidin Yusin (Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah), Hj Khairan Untoh (Pengarah Sirim Berhad) dan Datuk Nordin Siman (Pengarah JPAN).
-
Atas: Sempat berborak sementara menunggu azan dikumandangkan oleh bilal.-
Atas: TYT bersama dgn orang kenamaan menanti laungan azan Magrib.-
Atas: Orang kenamaan bersama-sama dgn TYT berbuka puasa di ruang serbaguna Masjid Negeri Sabah sempena nuzul Al-Quran.
-

No comments:

Post a Comment