-
8 MINIT TAZKIRAH SEBELUM BERBUKA PUASA
-
Atas: Saya memberi tazkirah 8 minit. Dibelakang saya adalah Encik Kamal Ariffin, Pengerusi Penganjur (foto ini ihsan Mohd Nizam Abdullah)
-BERUNGIS TUARAN, 30.08.2010:-
-
Saya mendapat telefon dari seorang kawan pada pagi hari ini, meminta saya memberi tazkirah pada petangnya di Wisma Peladang Tuaran sempena dengan program 'Juara Rakyat' yang dikendalikan oleh Parlimen Tuaran. Pada mulanya saya menolak pelawaan itu kerana malam ini ada tahlil sempena hari kemerdekaan di Masjid Negeri Sabah. Saya meminta sedikit masa untuk berfikir. Kira-kira dua jam, kawan saya hantar SMS bertanya samada boleh datang atau tidak. Bersungguh-sungguh nampaknya kawan tadi meminta saya datang kerana beliau mahu penceramah yang pelat bahasa Sabah. Akhirnya saya menerima.
-
Seawal 4.30 petang saya bertolak ke Berungis kerana perjalanan ke sana memakan masa 30 minit. Saya mengambil keputusan menggunakan Jalan Tuaran. Saya terperanggkap dalam kesesakan jalanraya di batu 3 berhampiran dgn SM Lok Yuk Likas. Sesampai berhampiran di Kg Likas sekali lagi berlaku kesesakan jalanraya. Saya cuba mengelak dengan melalui jalan UMS. Ya Allah... lagi panjang traffic jam. Lepas UMS, sekali lagi terperangkap dalam kesesakan dijalan sebelum simpang UiTM dan Kastam. Lalu saya SMS saudara Roslani bahawa saya sangat lewat untuk hadir dan mungkin tak sempat. Kawan saya menjawab SMS mencadangkan saya ikut lorong kiri jalan dan potong Q hingga ke traffic light dan terus ikut Jalan Sulaman dan keluar semula di bulatan Telipok. Saya ikut saranannya dan alhamdulillah sempat juga sampai ke Berungis kira-kira 20 minit sebelum berbuka puasa.
-
Saya lihat Y.B. Datuk Wilfred baru berdiri untuk memberi ucapan. Dalam hati saya, tak sempat lagi memberi tazkirah. Rupa-rupanya Datuk Wilfred berucap hanya 10 minit dan Pengerusi Penganjur memberi ruang 10 minit kepada saya untuk memberi ceramah. Saya memberi ceramah bertajuk 'mati'. Kemungkinan ramai yang terkejut bila saya memilih tajuk itu kerana kebiasaannya penceramah akan memilih tajuk berkenaan dengan 'puasa' sempena bulan Ramadhan. Alhamdulillah, dalam tazkirah 8 minit hingga 10 minit, ceramah saya tidak tersekat-sekat. Saya mengakhiri tazkirah saya dengan sedikit bahasa dusun kerana saya lihat ramainya muka-muka dusun termasuk YB. Datuk Wilfred sendiri. Selepas saja tazkirah... azan magrib pun berkumandang dan sekali lagi saya disuruh membaca doa berbuka puasa. Selepas makan, saya dan rakan-rakan muslim yang lain meminta diri daripada YB. Datuk Wilfred untuk beredar untuk solat magrib. Selepas mengimamkan solat magrib saya terus kembali ke Kota Kinabalu dan saya sempat solat jemaah Isyak dan Tarawih di surau Taman Sempelang Sembulan. (coretan: Janis abdullah).
-
No comments:
Post a Comment