Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

12 May 2009

SURAT TERBUKA KEPADA MR.WAYTHA MOORTHY, PENGERUSI HINDRAF - SURAT 1

AP - Monday, May 11

KUALA LUMPUR, Malaysia - The chief of a banned Malaysian ethnic Indian group accused by the government of inciting racial hatred announced Monday he will come home following 17 months of self-imposed exile in Britain.

P. Waytha Moorthy, chairman of the Hindu Rights Action Force, or Hindraf, said he was ready to return after the government on Saturday freed three Hindraf officials who were jailed without trial since December 2007 for allegedly threatening public security in this Malay Muslim-majority country.

"Now it is the time to press forward with the objectives for the community that has been systematically discriminated, marginalized and sidelined," Waytha Moorthy said in a statement.
===================================================================================================
Kepada : Waytha Moorthy
Daripada: Semut Atom
Apabila tuan mengatakan hak-hak hindu semakin terhakis, saya tidak nampak rasional diatas dakwaan itu kerana secara umumnya masih ramai orang hindu yang mendapat tempat di jabatan kerajaan malah jumlah doktor, peguam, usahawan, professor, pensyarah serta kakitangan kerajaan sangat ramai jika dibandingkan dengan Kadazandusun Islam. Sepatutnya tuan berterima kasih kerana bangsa tuan mendapat tempat yang baik di Malaysia. Malah laksa jutawan (billionaire) Malaysia pun bangsa tuan. Mana ada jutawan Kadazandusun Islam?.
Cuba bandingkan dengan Kadazandusun Islam, masih ramai yang bertungkus-lumus membanting tulang menjadi petani, peneroka dan penternak kecil-kecilan. Mereka umpama kais pagi makan pagi dan belum tentu lagi akan makan di waktu petang. Anak-anak Kadazandusun islam masih berjalan kaki pergi sekolah dengan selipar jepun yang selalu putus kerana jalannya licin dan berlumpur. Ada anak-anak yang tak berselipar!. Malah masih banyak lagi kampung-kampung Kadazandusun Islam yang tidak ada kemudahan air, letrik dan telefon.
Tahukah tuan bahawa di sempadan Tambunan-Ranau (Sabah) jalanrayanya teruk? Bekalan letrik dan telefon tidak sampai? Untuk mendapatkan bekalan letrik, orang Kadazandusun Islam terpaksa membuat janakuasa letrik (Hydroelectric power) buatan sendiri!. Jalanraya utama di kawasan Pendalaman Sabah sangat teruk tapi mereka tidak pun sampai hati menjadi 'tali-barut' negara asing memburuk-burukkan Malaysia.
Cuba tuan bandingkan kedudukan Hindraf dengan Kadazandusun Islam. Siapa yang lebih bernasib baik? Nenek moyang Hindraf kebanyakkannya berasal dari luar Malaysia tetapi Kadazandusun pribumi Malaysia. Sepatutnya pribumi yang patut mendapat keistemewaan yang lebih dari Hindraf. Tapi.... pribumi lebih cekal menempuh cabaran dari Hindraf sedangkan ramai Hindraf yang menjadi PAKAR MOTIVASI memberi motivasi kepada Kadazandusun Islam. Lihatlah tulisan-tulisan mereka di akbar-akbar yang memberi banyak motivasi kepada rakyat Malaysia. Lihat buku-buku yang ditulis oleh Hindraf. Banyak yang berguna untuk tatapan umum tetapi kenapa Hindraf suka membuat kecoh serta tidak menghormati agama lain. Kalau orang-orang Hindraf tidak pandai berkomunikasi dengan baik kepada orang lain, jangan jadi 'motivator' atau jangan jadi penulis buku kalau ahli sendiri tidak mengamalkan isinya.

Terdapat penulis buku dan artikel Hindraf yang terkenal dengan ilmunya dimana hampir kesemua kerjaya di Malaysia beliau tahu budaya kerjanya malah artikel itu menjadi ikutan rakyat Malaysia dan beliau dibayar dengan lumayan kerana tulisannya laris di akhbar-akhbar. Saya juga sering membuat 'cutting' akhbar tersebut sebagai panduan. Kelihatan begitu professional gaya bahasanya tetapi berlawanan dengan tindakan ahlinya. Ini bersesuaian dengan ungkapan "Cakap tak serupa bikin" atau "ayam berkokok, ekornya bergelumang dengan tahi".
Kesimpulannya, Hindraf tak berterima kasih (tak bersyukur? memang tak pandai bersyukur) dengan kebebasan mereka di Malaysia yang mana peluang terbuka luas jika kena caranya. Kedudukan mereka di Malaysia sebenarnya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kaum Kadazandusun Islam.
:
"Semut Atom"
Rakyat Malaysia yang tidak berselipar
----------------------------ooo---------------------------

3 comments:

  1. Ada orang menafikan Hindraf sebagai perkauman. Mungkin ini betul... cuma perkataan Hindraf itu bermula dari Hind... ertinya HINDU. Hindu itu agama jadi sahlah Hindraf itu berbau perkauman juga. Bila orang lain guna Kadazandusun Islam... kena cap 'perkauman'. Mana satu yang betul ni..?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete