"Dah berapa lama jadi pemandu teksi"? tanya saya.
"Lama", jawabnya ringkas
"Teksi ini awak punya ke atau company punya?", tanya saya.
"Teksi ini sewa", jawabnya.
"Berapa sehari atau sebulan?", tanya saya.
"$50.00 sehari?", jawabnya.
"Sepanjang jadi teksi driver, apa cabaran yang dialami?", tanya saya.
"Tak da?", jawabnya pantas dan ringkas. "Mana ada masalah", tambahnya lagi.
Saya terus bertanya soalan yang sensasi nak probe lebih dalam lagi.
"Awak tak dak masalah dengan passengger atau masalah persaingan dalam business teksi?", tanya saya.
"Masalah ulat biasalah... Inilah Malaysia. Malaysia boleh!", katanya.
"Passenger tak ada yang cerewet ke gaduh-gaduh ke?, tanya saya.
"Buat apa gaduh-gaduh...kalau tak mahu saya buang dia la dan saya pusing balik. Buat apa gaduh-gaduh?", katanya. Dalam hati saya, "penyabar juga pemandu ni", fikir saya.
"Kalau passenger itu buat hal?", tanya saya.
"Kita senang saja... kita bawa dia pi balai Polis", katanya. Hati saya berkata "Pro juga pemandu teksi ni", bisik hati saya.
Banyak soalan diajukan kepada pemandu hindraf itu. Saya sempat juga bertanya tentang keluarga terutama persekolahan anak-anak. Sesekali... uji prestasinya sebagai ayah mendidik anak-anaknya. Tanya agama disamping pandangannya terhadap Islam.
"Awak tak minat masuk Islam ke?", tanya saya dengan berani. Hindraf itu berfikir sebentar bila tercabar mindanya dengan soalan yang mungkin tak terfikir olehnya selama ini.
"Itu sami Islam dan sami India sama saja", katanya.
"Sami dan Imam mana sama", bentak saya. Dia berkeras dengan berkata "sama saja". Saya sempat memberitahunya mengenai 'the beauty of Islam' secara ringkas.
Probe punya probe... akhirnya terkeluar warnanya yang sebenar sebagai 'anti kerajaan', kondem kerajaan sana kondem sini.
No comments:
Post a Comment