Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

21 May 2009

BENARKAH ORGANISASI YANG RAMAI PEKERJA ISLAM LEBIH KUAT MENGUMPAT DAN MENABUR FITNAH?

Saya terserampak dengan kawan lama yang telah meletakkan jawatannya daripada salah sebuah organisasi. Bila saya tanya kenapa beliau meletakkan jawatannya, beliau menjawab bahawa beliau tidak tahan dengan karenah sebahagian pekerja yang juga rakan sejawatnya di tempatnya bekerja. Beliau menyifatkan keputusannya keluar dari Jabatan itu memang kena pada tempatnya kerana bosan dengan sikap pekerja muslimnya yang celupar, suka mengumpat dan lebih teruk lagi suka menabur fitnah dengan mengada-adakan cerita.

"Wah.. kalau begitu jabatan yang mempunyai 100% muslim itu jabatan apa?", tanya saya.

"Jabatan tempat saya bekerja dahululah", kata kawan saya.

"Jabatankah atau sekolah?", tanya saya.

"Kedua-duanya kerana saya pernah bekerja di kedua-dua Jabatan berkenaan", katanya.

Semacam saya dapat meneka maksudnya tapi saya segera mengalihkan pertanyaan.

"Apa yang diorang buat kepada kamu?", tanya saya.

"Suka memperlekehkan kewibaan saya, suka 'highlight' kelemahan saya.., suka mencari salah saya walhal mereka jauh lebih teruk", katanya.

"Lagi apa yang diorang buat?", tanyaku.

"Diorang fitnahkan kononnya saya tak pandai kerja dan sering menyalah-gunakan kemudahan Jabatan", katanya.

"Adakah kamu buat semua itu?", tanya saya.

"Tidak... cuma saya tidak nafikan pernah membuat kesilapan seperti juga orang lain", katanya.

"Apa bangsa pekerja disitu?", tanya saya dengan meniru cara polis merekod laporan. Saya cuba mencari jawapan samada bangsa boleh mempengaruhi sikap memfitnah dan samada 'gender' juga mempengaruhi sikap ini.

"Semua ada", katanya.

Saya cuba mendapatkan statistik bangsa pekerja tapi tak berjaya jadi kesimpulan awal ialah umat islam (bukan semua) suka mengumpat, memfitnah, hasad dengki dan celupar.

"Apa yang kamu takut dengan fitnah?", saya bertanya.

"Memang saya takut sebab ada orang lapor terus ke BPR supaya diambil tindakan", katanya.

"Ada BPR siasat kamu?", tanyaku.

"BPR balik-balik panggil saya untuk meminta keterangan", katanya.

"Jadi apa hasil siasatan BPR?", tanyaku.

"Belum ada keputusan", katanya.

"Jadi yang kamu meletak jawatan itu kenapa?", tanyaku.

"Apa tidaknya... belum pun ada keputusan siasatan... angin fitnah sudah tersebar luas di seluruh telinga 'umat islam' di seluruh Jabatan sehingga ada orang yang saya tak kenal rapat pun bertanya hal yang sama kepada ku", katanya.
"Mungkinkah ini strategi membuang kamu dan menggantikan dengan pekerja lain terutamanya kaum kerabat mereka", tanya saya.

"Mungkin juga, sebab pekerja-pekerja di Jabatan itu ramai yang berkerabat dengan orang-orang tertentu", katanya.
"Tapi yang pasti, ada yang sudah lebih dulu menghukum saya sebagai perasuah dan menyalah-gunakan kuasa, sebelum mahkamah menghukum", tambahnya.

"Sekarang ada undang-undang boleh menyaman semula orang yang membuat tuduhan palsu. Biarkan diorang bermaharajalela membuat tuduhan lepas itu cari jalan untuk saman mereka", saran saya.

"Ya pula", katanya.

Saya geleng kepala kerana dulu ada seorang lagi hamba Allah menjadi mangsa semasa bekerja di Jabatan yang sama. Beliau kini menjadi usahawan yang berjaya setelah dipaksa berhenti akibat hasad-dengki.


"Memang kuat memfitnah dan mengumpat", katanya.

Satu lagi kes dimana ada seorang kakitangan meninggalkan Jabatan itu untuk mengelakkan fitnah setelah enam tahun bersama dengan mereka. Biasanya pengumpat-pengumpat akan berkumpul semasa rehat dan secara otomatik mengumpat orang lain. Selepas lapan tahun berpisah, pekerja ini kembali melawat ke tempatnya bekerja dahulu dan alangkah terkejutnya melihat rakan-rakan lamanya masih tidak berubah walaupun wajah mereka semakin reput dimamah usia. Mulut celupar, mengumpat, memfitnah sudah menjadi darah daging, sudah sebati dengan nalurinya malah sudah menjadi satu 'hobi' iaitu pantang kalau tidak mengumpat dalam sehari. Lebih menyedihkan lagi ada dikalangan mereka yang bergelar ustazah dan ustaz!. Berbeza betul di tempat kerja barunya yang lebih ramai 'non-muslims' tetapi bab mengumpat sangat kurang.

"Tempat saya bekerja sekarang jauh lebih baik walaupun hanya 15% sahaja pekerja Islam. Sekurang-kurangnya saya dapat menumpukan sepenuh hati saya dalam pekerjaan tanpa mengumpat", katanya.

Seorang lagi kawan yang saya temui, beliau sering diumpat setelah membeli sebuah kereta lebih mahal sikit dari rakan-rakannya. Apa lagi bengkak hati mereka bila mendapat tahu kawannya mempunyai kelebihan.

"Dia cuma kerja kerani sementara, tapi mampu beli kereta besar", kata sipengumpat.

"Berapa saja gajinya jika dibandingkan dengan harga rumahnya", tambah kawannya yang juga sepengumpatan dengannya.

Bermacam-macam lagi tomahan yang membawa kepada fitnah.

Ringkasnya, umat Islam sering dikaitkan dengan budaya negatif seperti kuat mengumpat, kuat memfitnah, kuat berhasad dengki, malah ada yang berpendidikan agama tapi masih suka menabur 'fitnah' terhadap orang lain.

"Di akhirat, lidah orang yang suka memfitnah akan tumbuh berterusan walau pun lidah itu dipotong", kata kawan rapat yang kebetulan turut berada di situ.

"Itu sebabnya dalam Islam fitnah lebih buruk dari membunuh kerana boleh melibatkan yang ramai", tambahnya lagi.

Tazkirah demi tazkirah di berikan ustaz di masjid-masjid dan surau-surau malah kutbah demi kutbah sudah pun disampaikan khatib kepada umat Islam sebelum solat jumaat namun masih ramai lagi umat Islam tidak mampu berubah.
Bukan salah agama Islam kerana Islam itu mengajar manusia menjadi baik tetapi kita patut salahkan muslim sebagai pelaku kejahatan. Kita harus pandai membezakan diantara Islam dan muslim kerana orang Islam itu tidak semestinya baik kelakuannya. Muslim pandai berlakon dengan menunjukkan muka manis di hadapan tetapi di belakang memusnahkan masa depan orang lain. Di hadapan kita, dia jadi 'imam' tetapi dibelakang kita dia 'demam' kalau tak memfitnah orang lain. Kononnya ikhlas 'menolong' orang lain tetapi di belakang 'melolong' kesakitan kalau tak mengumpat. Di hadapan kita bagaikan malaikat senyum dan halus budi bahasa berkomunikasi tetapi dibelakang dia berkata "padan muka kau saya hantar nama kau ke BPR atau polis!". Si Pelakon ini kelihatan sangat sebuk ke hulu ke hilir, turun naik pejabat jumpa ketua Jabatan sana-sini memperlekehkan kewibawaan orang lain secara halus.
"Ko tau ka, nama saja 'boss'nya tinggi kelulusan, kakitangan dia tu lebih pandai dari 'boss'nya", katanya memperlekehkan orang lain. Niatnya sebenar mau 'push' orang itu (yang juga anak buahnya atau keluarganya) naik pangkat atau mendapat kerja lebih bagus.
Kalau pun nak 'promote' keluarga sendiri, jangan jatuhkan orang lain.
-----------------------------------------------------------------------------------------
(Insyaa Allah, tajuk akan datang ialah 'pilih bulu', bagaimana dunia ini dipenuhi dengan sikap pilih kasih atau pilih bulu dalam pemilihan pekerja iaitu memilih berdasarkan bangsa dan keluarga. Stay tuned)
==================000===================

1 comment:

  1. irwan hasyimi24 May, 2009 08:20

    asalamualaikum tn.

    point of view yg menarik."terserempak" dgn blog ni, singgah sebentar nak bg salam :) .

    ReplyDelete