Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

17 May 2009

SURAT TERBUKA KEPADA MR.WAYTHA MOORTY, PENGERUSI HINDRAF - SURAT KE 2

ANANDA KRISHNAN
STILL NO.2, TOP RICHES IN MALAYSIA



- Net Worth $10 billion
- Age 84
- Marital Status Married
- 8 children

#2 Ananda Krishnan:

- Net Worth $7.2 billion
- Age 70
- Marital Status Married
- 3 children

#3 Lee Shin Cheng:

- Net Worth $5.5 billion
- Age 69
- Marital Status Married
- 6 children

#4 Teh Hong Piow:

- Net Worth $3.5 billion
- Age 78
- Marital Status Married
- 4 children

#5 Lee Kim Hua & family:

- Net Worth $3.4 billion
- Age 79
- Marital Status Widowed
- 6 children

#6 Quek Leng Chan:

- Net Worth $2.4 billion
- Age 67
- Marital Status Married
- 3 children

#7 Yeoh Tiong Lay & family:

- Net Worth $2.1 billion
- Age 78
- Marital Status Widowed
- 7 children

#8 Syed Mokhtar AlBukhary:

- Net Worth $1.8 billion
- Age 56
- Marital Status Married
- 5 children

#9 Vincent Tan:
- Net Worth $1.3 billion
- Age 56
- Marital Status Married
- 11 children

#10 Tiong Hiew King:

- Net Worth $1.1 billion
- Age 78
- Marital Status Married
- 4 children
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya akui bahawa, seperti orang-orang Melayu Islam, terdapat orang-orang Hindraf yang miskin dan tidak berkemampuan menghadapi cabaran hidup. Tidak kurang juga Kadazandusun Kristian yang menghadapi nasib yang sama. Cuma perbezaannya, Melayu Islam dan Kadazandusun Kristian tidak mempunyai billionairre sekaya Ananda Krisnan yang mempunyai aset $7.2 billion (kecuali Syed Mokhtar AlBukhary, billionnaire Islam Malaysia yang ke 8 dengan aset $1.8 billion. Cuma Syed Mokhtar berketurunan Arab). Kalau Ananda Krisnan mengeluarkan 50 juta untuk didermakan kepada 50 buah sekolah Tamil maka sebuah sekolah menerima kira-kira $1 juta, sudah tentu keadaan sekolah Tamil lebih baik dari kebanyakan sekolah kerajaan di Pendalaman Sabah. Persoalannya, Hindraf ada Ananda Krishnan sebagai idola mereka... Orang Kadazandusun Kristian dan Islam ada siapa?

Saya mengaitkan Kadazandusun Islam dengan Hindraf sebab mungkin Hindraf menyangka kerajaan hanya menganak-tirikan Hindraf, manakala orang-orang Islam mendapat keistemewaan yang melimpah-ruah. Walhal nasib Kadazandusun Islam (walaupun beragama islam) jauh lebih teruk dari kebanyakan Hindraf. Jalanraya di Kawasan Kadazandusun Islam di Pendalaman Sabah tidak dibina oleh Samy Vellu, yang suatu ketika dulu Menteri Kerjaya. Tetapi Kadazandusun Islam tidak pun 'protest' menghantar memorandum semasa Samy Vellu sedang mengadakan rumah terbuka sempena Hari Depavali seperti yang dilakukan oleh Hindraf semasa rumah terbuka Hari Raya Datuk Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia.

Hindraf semakin lantang bersuara kerana mereka merasakan mereka mendapat sokongan negara luar mengenai 'hak-hak kemanusiaan' yang mereka perjuangkan. Malah terdapat orang Malaysia yang memberikan sokongan kepada Hindraf. Kelantangan ini kadang-kadang keterlaluan sehinggakan boleh menggugat kestabilan negara. Apakah ada sebahagian 'generasi' Hindraf sekarang sudah bosan dengan negara yang setabil maka mereka ingin mencuba supaya negara 'kucar-kacir' sedikit? Apakah dengan ber'lesen'kan 'demokrasi' lalu bertindak sesuka-hatinya sehingga tidak menghormati orang lain?

Dulu saya pernah mendengar ucapan salah seorang yang sebangsa dengan kaum Hindraf (saya tak pasti samada ahli hindraf atau pun penyokong hindraf) mengatakan "beliau akan kencing dikubur Tun Mahathir nanti?". Kata-kata ini seolah-olah beliau yakin bahawa Tun Mahathir akan mati dulu dari beliau sedangkan tidak ada jaminan Allah bahawa yang tua itu akan mati dulu dan yang muda itu akan mati kemudian. Begitu melampaunya bahasa orang ini yang secara kebetulannya sekaum dengan Hindraf sehinggakan tak kenal asal-usulnya.

Dari:

Semut Atom bertukar menjadi semut api
Rakyat Malaysia yang tidak berselipar

-------------------------------------------------ooo-------------------------------------------

1 comment:

  1. salam.

    Kenapa besar betul font tu ustaz ,

    betul ckp ustaz, saya sendri pun rasa macam tu, sebagai seorang Dusun Lotud , memang byk penindasan berlaku.

    ReplyDelete