Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

31 October 2008

SEJENAK BERSAMA YB DATUK MASIDI MANJUN


29.10.2008 (Rabu):

Jam 7.30 malam, majlis Hari Raya anjuran Persatuan Alumni UiTM Sabah berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Selaku setiausaha agung persatuan alumni UiTM Sabah, saya gembira kerana hampir semua AJK alumni hadir termasuk Yang DiPertua iaitu YB. Datuk Masidi Manjun, yang juga Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah. Majlis ini juga dihadiri oleh tetamu dari UiTM Shah Alam, Johor dan Pahang. Turut hadir ialah wakil dari media.

Pada petang hari itu, saya menerima SMS ungkapan kata dari YB Datuk Masidi yang berbunyi "sikap & amp; pendirian kadangkala dibentuk oleh persepsi & amp; andaian - tak kenal tak cinta". Saya setuju benar dengan ungkapan ini kerana 'persepsi dan andaian' boleh menaikkan seseorang dan boleh menjatuhkan seseorang.

Semasa saya kerja dengan sebuah syarikat multi nasional di Kuala Lumpur, kebanyakan 'boss' saya menilai saya berdasarkan luaran. Bila saya bersikap pendiam, maka bos-bos saya menganggap saya tuyu (bodoh). Belum pun sampai seminggu saya bekerja di Kuala Lumpur, bos saya menguji saya dengan melantik saya menjadi juruacara (MC) dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh 200 orang usahawan. Rakan-rakan saya tersenyum 'sinis' dengan mengatakan "Ala releklah, tak perlu nervous sangat... awak buatlah macam ini....", sambil mengajar saya apa nak buat. Saya diam kerana apa yang diberitahu semuanya saya anggap 'too basic' bagi saya yang sudah mempunyai pengalaman luas dalam 'public speaking'.

Apabila rakan ini melihat saya banyak berdiam, beliau menganggap saya kurang yakin dengan kemampuan saya lalu mengadu kepada bos kami. Bos kami pun panggil saya nak bagi tahu 'what to do'. "Saya nak train awak supaya awak dapat pengalaman", katanya. Inilah andaian dan persepsi mereka yang salah. Dia tak tahu bahawa 'strength' saya sebenarnya adalah 'public speaking'. Bermula dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima, sekolah menengah di Semananjung, saya sudah mendapat gelaran pembahas terbaik sekolah, 'inter school debate competition'. Malah, pendebat mewakili 'school (Fakulti) of business management and administration' UiTM Shah Alam dalam Bahasa Inggeris.

Kelemahan bos-bos saya ialah mereka gagal bertanyakan pengalaman kerja saya terutamanya 'strength' saya. Yang mereka tahu ialah 'weakness' saya berdasarkan 'perception' luaran dan based on 'hearsay' report. "Judging the book by its cover is dangerous". Yang mereka nampak ialah saya seorang berbadan gempal dan rendah maka mereka menganggap saya bertaraf 'kampungan' serta tidak memiliki kebolehan. Bukan bos-bos saya sahaja yang mempunyai persepsi yang sama malah lecturer saya pun melihat bentuk fizikal yang gempal dan rendah dari segi saiz maka mereka meng'associate' saya dengan 'dusun nun jauh di pendalaman yang serba tuyu dan 'backward' dari segi idealogy. Gurauan mereka yang keterlaluan menggambarkan perception mereka. Saya sudah masak dengan perbezaan gurauan umum dengan gurauan 'underating'. Dari pandangan mata mereka dan senyuman mereka dapat menggambarkan samada gurauan mereka itu berunsur membena atau menghina simply because saya bergaul dengan mereka sejak dari tingkatan satu hingga universiti serta bekerja dengan mereka selama 20 tahun. Perception mereka adakalanya tepat kerana memang sah saya seorang 'anak dusun' dan inilah yang membuatkan mereka berani bergurau melampaui batas ajaran islam. Ada juga soalan bodoh berbunyi "Kenapa badan kamu pendek?". Saya jawab "Tanya Allah kerana Allah yang mencipta saya".
Malam itu, seorang tetamu yang kebetulan duduk bersama dengan YB Datuk Masidi, menyatakan bahawa gambaran orang dusun biasanya badan gempal pendek sedangkan Datuk Masidi berbadan tinggi. Perception mereka ialah 'ketulinan' kedusunan Datuk Masidi Manjun seolah-olah hampir pudar. Bila ada orang dusun berbadan 'tinggi' seperti YB Datuk Masidi, maka perception mereka terhadap 'kedusunan' YB Datuk Masidi Manjun sudah berbeza. Perlu diingat, bahawa nabi Muhammad SAW menyatakan, apabila kambing hitam beranak, anak-anaknya bukan semuanya ikut hitam seperti indungnya (ibunya). Ada yang hitam dan ada yang putih dan ada yang berbelang hitam putih. Malangnya, sesetengah mereka yang bergelar 'learned people' masih berfikiran kurang matang. 'Perception' kebudak-budakan ini tetap ujud dalam sanubari mereka walaupun mereka sudah bergelar 'Profesor' atau Pengurus Besar. Persoalannya... layakkah mereka mendapat gelaran 'profesor' atau 'General Manager' jika perception mereka ditakuk lama?
Perception begini boleh 'membunuh' peluang orang lain untuk menjadi pemimpin dalam satu-satu jabatan. Malah ada yang terkedu dan terkejut beruk bila mereka tahu saya mengajar Muqaddam dan Al-Quran. Mereka tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka. Ada yang bertanya "bolehkah orang dusun mengajar agama islam, sedangkan mereka ini mualaf?". Ini juga persepsi yang negatif seorang 'profesor madya' dari seberang sana membuat andaian berasaskan rujukan 'buku edisi lama'. Lalu saya menambah "bahkan ramai orang dusun yang bergelar ustaz malah ada ustaz dusun yang sudah bergelar PhD".
Seorang rakan saya bergelar ustaz sedang mengambil PhD kerana tercabar bila mendengar seorang 'high ranking officer' di pejabat kemuftian membuat komen, (ditujukan kepadanya yang juga bekerja di pejabat yang sama), seperti berikut, "mana boleh dia kerja di pejabat kemuftian sedangkan dia mualaf!". Bagi saya komen seperti ini tidak wajar keluar dari mulut pegawai berkenaan. Subjek 'perception' ini juga banyak saya kupas dan bahaskan di sebuah kolej swasta semasa saya menjadi pensyarah dalam dua subjek iaitu 'consumer behaviour' dan 'organisation behaviour', kepada pelajar Diploma in Retailing Management.
 
Pendekkan cerita, waktu saya dilantik menjadi juruacara... pada hari majlis itu bermula, seperti biasa, saya sudah standby di mikrofon lebih awal. Saya memulakan acara dengan mukaddimah secara 'islamic' yang biasa saya buat di Sabah. Mata audien tertumpu kepada saya melihat orang yang belum mereka kenali, berbadan gempal, rendah, berkulit putih macam cina tapi fasih berbahasa melayu... (Ini pun andaian saya sahaja). Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar dari mula hingga akhir tanpa sekatan. Selepas majlis itu, ramai usahawan berdiri dan bersalaman dengan saya sambil mengucapkan tahniah dan kata-kata pujian. Mereka sempat berkenalan dengan saya sebelum bersurai. Rakan-rakan saya serta bos saya yang mempunyai 'preconcieve idea' negatif mengenai keupayaan saya, sudah tentu hati mereka bertambah 'bengkak' kerana 'MALU'. Saya diuji dengan pelbagai ujian namun saya terus MARCH ON menempah kejayaan demi kejayaan. Cerita ini panjang... dan insyaa Allah akan saya sambung dalam tajuk 'perjalanan ku' di siri seterusnya.
 
Berbalik kepada hariraya gathering alumni UiTM, walaupun sambutan sederhana tetapi kami dapat berinteraksi sesama ahli dan tetamu yang hadir. Malah bergambar kenang-kenangan bersama tetamu. Walau pun majlis malam itu simple tetapi meriah. Jam 10.20 malam, kami bersurai.

Saya dan dua rakan AJK sempat singgah minum air kelapa di restoran SB Sembulan untuk mencuci perut selepas memakan makanan yang enak lagi lazat. Sekembalinya saya ke rumah, saya terfikir semula kata-kata seorang 'tetamu professor' majlis raya malam itu mengenai perception beliau terhadap 'kedusunan' YB Datuk Masidi. Secara kebetulan, SMS YB Datuk Masidi petang tadi mengenai perception benar-benar 'jived' atau 'ngam betul' dengan kata-kata (perception) seorang 'profesor' yang juga menjadi tetamu alumni malam itu.


1 comment: