Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

26 October 2008

SAMBUTAN AIDIL FITRI DI KG PATAU TAMBUNAN

Pada 26.10.2008
Kira-kira jam 2.30 petang saya dan keluarga saya tiba di surau Kg Patau Tambunan. Kami adalah dikalangan yang terawal sampai ke surau Patau. Umat Islam dari Kg Patau masih ramai lagi yang belum datang. Sambil menunggu kami berborak-borak mengenai isu semasa.
Jam 3.20 petang, saya mengimamkan solat asar dan dikuti dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh ustaz Suhaidi Ag Damit. Setelah selesai berdoa, kami berkumpul di ruang makan bersebelahan dengan surau untuk menjamu selera. Rumah itu penuh dengan umat islam yang masing-masing membawa juadah 'pot luck' dari rumah masing-masing.
Pelbagai makanan yang dihidang. Kolopis, 'bosou', sambal jawa, pulut dalam 'kukuwanga' (periuk kera) dan pelbagai lagi juadah dihidang. Periuk kera memang banyak di Kg Patau. Tidak lama kemudian Puan Norsuhana, Ketua Wanita USIA Bahagian Tambunan pun sampai bersama dengan anak-anaknya. Bertambah meriah lagi suasana bila lebihan wang raya USIA Bahagian Tambunan diagih-agihkan kepada kira-kira 35 orang kanak-kanak islam dan kanak-kanak bukan islam. Puan Suhana memberi penghormatan kepada saya untuk mengagih-agihkan wang raya kepada kanak-kanak. Jam 5.00 petang Puan Suhana meninggalkan majlis dengan penuh kesyukuran kerana berpeluang bertemu dengan umat islam di Kg Patau. Saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Norsuhana kerana sudi hadir membawa 'angpow' sebagai hadiah kepada kanak-kanak muslim di Patau.
Jam 5.40 petang kami bertolak ke Kg Karanaan Tambunan untuk singgah sebentar di rumah bapa mertua saya. Setelah solat magrib, saya tidur sebentar untuk mengelakkan mengantuk dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu. Jam 9.30 malam, kami bertolak ke Kota Kinabalu dan tiba di rumah kira-kira jam 11.10 malam.

No comments:

Post a Comment