Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

28 October 2008

HARI RAYA DI KG SANDAPAK BINGKOR KENINGAU

27.10.2008 (Isnin):
Saya dan keluarga bertolak dari Kota Kinabalu pada jam 11.00 pagi untuk menghadiri majlis hariraya di Kg Sandapak Bingkor Keningau. Kami melalui jalan Kimanis/Keningau buat kali pertamanya sambil meneroka jalanraya. Memang betul kata rakan-rakan saya bahawa jalanraya Kimanis terlalu curam dan tinggi. Kelajuan kereta 'auto gear' saya hanya 10 hingga 20 km sejam mendaki bukit. Tiba di Kg Sandapak jam 12.50 petang dan doa memulakan majlis baru sahaja selesai. Ratusan jemputan sudah duduk di bawah khemah yang disediakan. Majlis tersebut diadakan sempena perasmian surau baru Kg Sandapak.
Macam mana pula saya dijemput ke majlis ini?
Satu ketika semasa saya menghadiri majlis hari raya di balairaya Kg Melout Kirokot Tambunan, seorang imam dari Keningau menunjukkan saya surat layang mengenai penghinaan serta ugutan terhadap Jawatan Kuasa Surau Kg Sandapak. Surat layang itu diterima oleh Jawatan Kuasa Surau Kg Sandapak bulan Ramadhan 2008. Surat layang itu menyatakan kononnya azan surau itu mengganggu penduduk di sekitarnya yang majoritinya orang-orang bukan islam. Dalam surat layang itu, penulis mendakwa bahawa zaman nabi Muhammad tidak pernah menggunakan corong pembesar suara. Penulis surat layang itu mengugut akan membuang kepala babi di surau itu jika azan berterusan. Setelah membaca surat itu, dari Kg Melout saya terus ke Surau Kg Sandapak ingin tahu perkara sebenar. Saya sampai di Kg Sandapak tepat pada waktu azan isyak di surau berkenaan sedang dikumandangkan. Selepas solat berjemaah, saya bertanya hal sebenar siapa yang disyaki menulis surat layang tersebut. Jawatankuasa surau memberi nama yang disyaki berdasarkan pengalaman mereka. Mereka juga sempat mengambil nama dan nombor telefon saya, sebagai individu prihatin, sebab itulah barangkali saya termasuk dalam senarai jemputan.
Pada hemat saya, penulis surat layang itu adalah terpelajar berdasarkan tulisannya dalam surat layang. Penulis cuba menimbulkan keadaan yang boleh menggugat perpaduan antara agama. Penulis itu juga cuba menyekat agama islam dari terus berkembang khususnya di kawasan Bingkor. Dan difahamkan semua gereja di seluruh Keningau telah menerima surat layang tersebut mungkin untuk menghasut pengikut agama lain.
Walau bagaimanapun, Jawatankuasa surau itu telah membuat laporan polis dan 'suspek' telah pun dipanggil ke balai polis untuk disoal-siasat.
Inilah cerita hangat yang menjadi topik perbincangan saya dengan beberapa Jawatankuasa surau Kg Sandapak. Perbincangan kami tersekat kerana jawatankuasa pelaksana majlis sambutan hariraya tiba-tiba mempelawa kami mengambil lauk ikan peliharaannya sendiri. Maka terputuslah perbincangan kami seketika. Disamping itu lagu hariraya pun berkumandang.
Saya dan keluarga meninggalkan majlis kira-kira jam 3.00 petang untuk solat di Kg Tudan Baru kerana tidak dapat solat di surau Kg Sandapak kerana suasana bising dengan pembesar suara. Saya syorkan supaya Jawatankuasa surau Kg Tudan Baru minta peruntukan dari wakil rakyat untuk membena tandas moden yang lebih besar.
Saya balik ke Kota Kinabalu jam 5.00 petang setelah singgah di rumah mertua di Kampung Karanaan Tambunan selama sejam lebih. Hari ini kami berjaya mengelilingi serta menakluki Banjaran Kroker bermula dari Kimanis mengelilingi Tambunan/Gunung Emas/Penampang dan back to Kota Kinabalu. Jam 8.00 malam tiba di Masjid Negeri Sabah dan pelajar mengaji sudah bersedia mengaji. Surah Al-Ahzab selesai dibaca kira-kira jam 9.50 malam. Penat rasanya badan tetapi semangat dan 'komitmen dakwah' tetap membara dan terus 'march On'.

1 comment:

  1. sya tetarik dengan isu yang anda utarakan disini.sebenarnya sya tidak pernah tahu menahu tentang kes surau d kg sandapak ni setelah membaca artikel anda ini.sya pun berasal dari kg sandapak cuma berkerja d kl.sya tidak sangka ada juga hal mcm ni berlaku di kampung.walau mcmanapun kita sabar saja lah,lama kelamaan org kg akan faham juga tu kenapa azan diudarakan.

    ReplyDelete