Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

15 September 2010

PROPAGANDA MEMBATU-APIKAN NEGARA ISLAM SUPAYA BERPERANG SESAMA SENDIRI

-
RIYADH (AFP) – Saudi Arabia's planned massive arms deal with the United States is aimed at establishing air superiority over rival Iran while also addressing weaknesses bared in border fighting with Yemeni rebels, experts said on Tuesday.
-
Under the potential 60-billion-dollar (47-billion-euro), 10-year deal, the Saudis would be authorised to buy 84 new F-15 fighters and upgrade 70 more, as well as buy 178 attack helicopters and various missiles.

source:http://malaysia.news.yahoo.com/afp/20100915/tts-us-saudi-weapons-trade-972e412.html

-

10 September 2010

TAK JADI BAKAR QURAN - TERRY JONES BERBOHONG

-
Quote:
-
A Christian pastor in the US state of Florida has called off plans to burn copies of the Quran, in an event that had been roundly criticised and stoked fears of violence around the globe. Reverend Terry Jones said on Thursday that he made the decision to cancel the event because the leader of a planned Islamic centre near the so-called Ground Zero site in New York had agreed to move its location.
-
(comment: Inilah pembohongan Pastor Terry Jones (Pastor) yang hanya mempunyai 50 orang jemaah di gerejanya di Florida. Selepas ini Terry Jones berharap jemaahnya akan bertambah kerana kononnya beliau sudah menjadi hero dunia. Dengan jemaahnya yang sedikit boleh menyebabkan gerejanya tergadai kerana tidak mampu mengutip lebih banyak derma untuk menampung kos pengurusan sebuah gereja. Maka strategi seterusnya ialah menulis buku untuk dijual. Salah satu marketing strategynya untuk melariskan bukunya, Terry Jones mencipta sesuatu yang boleh menggamit lebih ramai pelanggan maka terciptalah idea 'membakar quran')
-

DESTRUCTION OF AMERICA IS IN THE PIPELINE

-
THE BURNING OF THE QURAN, A SELF-DESTRUCTION OF AMERICA

-
Quote:
-
One of website published at UK read as follows:
-
Hillary Clinton, the US Secretary of State said: "It is regrettable that a pastor in Gainesville, Florida, with a church of no more than 50 people can make this outrageous and distrustful, disgraceful plan and get the world's attention." (comment: This is just a mere talk by Hillary Clinton)
-
"If Koran is burned, it would be beginning of destruction of America," read one English-language banner held up by the protesters, who chanted "Down with America!" (comment: This banner has been active flying all over for more than 30 years ago due to US failure to provide 'justice' to the muslims world and this sentiment is mounting everyday)
-
"This is a plan by Zionists to put the entire world into trouble, so it should be foiled," said Tari Naeemullah, the head of the Joint Civic Front, a coalition of non-governmental organisations in Multan. (comment: Yes this is true)
-
-
General Comment:
-
US is in the verge of self-destruction as Allah's punishment is in the pipline following prayers of billions of world oppressed muslims to destroy those infidels who disrespact others. The Koran burning will be an excellent cause of 'jihad' (to some heroic and brave muslims) in the history of muslims civilization. Failing which, the entire world muslims population would bear sins for not acting seriously on the infidels who dare to openly challaged the faith and will power of the 'peace loving' muslims.
-

09 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF SEGALANYA

-
Saya dan keluarga saya mengucapkan:
-
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN
-
KEPADA:
-
Sahabat-handai, saudara-mara, rakan seperjuangan rakan
sekerja serta semua yang mengenali saya dan keluarga saya khususnya pengunjung blog ini di mana juga mereka berada. Semoga anda sekalian sihat walafiat serta sentiasa mendapat naungan Allah.
Aamiiiin.
-
Ikhlas dari kami:
-
JANIS ABDULLAH & KELUARGA
Nurul Atikah Janis
Nurul Afifah Janis
Nurul Izzati Janis
Nurul Raihanah Janis
Muhammad Irfan Janis
-

JEMPUT KE RAYA PERDANA DI KG.PATAU TAMBUNAN

-
12.09.2010 (Ahad)

Atas: Foto terkini sekitar Kg Patau sebagai panduan lokasi raya terbuka perdana untuk panduan sahabat-handai yang berkunjung nanti.

-

-
Atas: Pelan lokasi raya perdana Kg Patau Tambunan
-
Tahun lalu semua umat Islam Kg Patau Tambunan bergabung mengadakan sambutan Hari Raya Perdana di Rumah Dr Juanis @Junaidi bin Yajuni. Tahun ini perayaan Hari Raya Perdana Peringkat Kg Patau Tambunan akan diadakan pada ketetapan berikut:
-
Tarikh: 12.09.2010 (Ahad) atau Hari Raya ketiga
Tempat : Rumah Cikgu Johari Ag Damit / Ust.Suhaidi Ag Damit
Masa : 01.00 PM hingga 10.00 PM
-
Semua Saudara mara dan sahabat handai jauh dan dekat adalah dijemput.
-

06 September 2010

RIBUAN MASUK ISLAM DI DUBAI

-
Over 13,000 embraced Islam in Dubai
(From: khaleejtimes)
-
The emirate of Dubai is seeing waves of conversion to Islam over the last 14 years, particularly during the holy month of Ramadan, according to a top official here.
-
Huda Al Kaabi, head of the New Muslims Section at the Islamic Affairs Department, said as many as 13,946 people, from 72 nationalities, have embraced Islam in Dubai over the period from 1996 to 2010. “These include 10,450 new Muslims from 2005 to 2009.”
-
People are touched by the merciful instructions of Islam which strictly orders its followers to be honest, fair and kind to all people, disregarding their religion, race, language and colour. “When people come to Dubai, they know better about the bright image of Islam, and how it tolerantly meets man’s needs in all places and times,” Kaabi said.
-
Prof Dr Lewis, one of the new Muslims, said his two PhDs in philosophy and education helped him evaluate Islam reasonably. “I am not convinced to do so because of a passionate idea or imitation, but due to my total heart and mind contentedness.”
-
John, another convert from the Philippines, said he managed to get information about the rituals, virtues and ways of Islam from his colleagues. “Islam truly respects the mind and heart of human beings,” he said
-

ALUMNI UiTM SABAH BUKA PUASA DI HYATT

-
Kota Kinabalu, 27.08.2010:-
-

Atas: YB Datuk Masidi Manjun, Yang diPertua Persatuan Alumni UiTM Sabah sedang memberi ucapan kepada para hadirin yang berkunjung ke majlis berbuka puasa di hotel Hyatt pada 27.08.10.
Atas: Solat Magrib, Isyak dan Tarawih turut di diadakan Atas; Antara para tetamu yang hadir

Atas: Antara AJK persatuan yang turut hadir


Atas: Solat Magrib selepas berbuka puasa.

Atas: Tetamu khas yang terdiri dari Hj Sainori Yamin, Datuk Dr Worran Kabul dan Dr Abdul Kadir Rosline

Atas: Tetamu undangan Khas dan AJK Alumni.

Atas: Doa selepas solat Tarawih

Atas:Doa dibulan Ramadhan lebih afdal dari bulan-bulan lain.

Atas: AJK Alumni yang turut hadir bersama tetamu jemputan

Atas: Antara penerima sumbangan kepada anak-anak yatim

-

03 September 2010

TAZKIRAH DI WISMA PELADANG TUARAN

-
8 MINIT TAZKIRAH SEBELUM BERBUKA PUASA
-

Atas: Saya memberi tazkirah 8 minit. Dibelakang saya adalah Encik Kamal Ariffin, Pengerusi Penganjur (foto ini ihsan Mohd Nizam Abdullah)
-
BERUNGIS TUARAN, 30.08.2010:-
-
Saya mendapat telefon dari seorang kawan pada pagi hari ini, meminta saya memberi tazkirah pada petangnya di Wisma Peladang Tuaran sempena dengan program 'Juara Rakyat' yang dikendalikan oleh Parlimen Tuaran. Pada mulanya saya menolak pelawaan itu kerana malam ini ada tahlil sempena hari kemerdekaan di Masjid Negeri Sabah. Saya meminta sedikit masa untuk berfikir. Kira-kira dua jam, kawan saya hantar SMS bertanya samada boleh datang atau tidak. Bersungguh-sungguh nampaknya kawan tadi meminta saya datang kerana beliau mahu penceramah yang pelat bahasa Sabah. Akhirnya saya menerima.
-
Seawal 4.30 petang saya bertolak ke Berungis kerana perjalanan ke sana memakan masa 30 minit. Saya mengambil keputusan menggunakan Jalan Tuaran. Saya terperanggkap dalam kesesakan jalanraya di batu 3 berhampiran dgn SM Lok Yuk Likas. Sesampai berhampiran di Kg Likas sekali lagi berlaku kesesakan jalanraya. Saya cuba mengelak dengan melalui jalan UMS. Ya Allah... lagi panjang traffic jam. Lepas UMS, sekali lagi terperangkap dalam kesesakan dijalan sebelum simpang UiTM dan Kastam. Lalu saya SMS saudara Roslani bahawa saya sangat lewat untuk hadir dan mungkin tak sempat. Kawan saya menjawab SMS mencadangkan saya ikut lorong kiri jalan dan potong Q hingga ke traffic light dan terus ikut Jalan Sulaman dan keluar semula di bulatan Telipok. Saya ikut saranannya dan alhamdulillah sempat juga sampai ke Berungis kira-kira 20 minit sebelum berbuka puasa.
-
Saya lihat Y.B. Datuk Wilfred baru berdiri untuk memberi ucapan. Dalam hati saya, tak sempat lagi memberi tazkirah. Rupa-rupanya Datuk Wilfred berucap hanya 10 minit dan Pengerusi Penganjur memberi ruang 10 minit kepada saya untuk memberi ceramah. Saya memberi ceramah bertajuk 'mati'. Kemungkinan ramai yang terkejut bila saya memilih tajuk itu kerana kebiasaannya penceramah akan memilih tajuk berkenaan dengan 'puasa' sempena bulan Ramadhan. Alhamdulillah, dalam tazkirah 8 minit hingga 10 minit, ceramah saya tidak tersekat-sekat. Saya mengakhiri tazkirah saya dengan sedikit bahasa dusun kerana saya lihat ramainya muka-muka dusun termasuk YB. Datuk Wilfred sendiri. Selepas saja tazkirah... azan magrib pun berkumandang dan sekali lagi saya disuruh membaca doa berbuka puasa. Selepas makan, saya dan rakan-rakan muslim yang lain meminta diri daripada YB. Datuk Wilfred untuk beredar untuk solat magrib. Selepas mengimamkan solat magrib saya terus kembali ke Kota Kinabalu dan saya sempat solat jemaah Isyak dan Tarawih di surau Taman Sempelang Sembulan. (coretan: Janis abdullah).
-

30 August 2010

KEMANA KU BAWA KELUARGA KU?

-
RINGKASAN TAZKIRAH
-
1. Mendidik keluarga menjadi pendakwah
Allah lebih melihat usaha berbanding hasil. Untuk tujuan ini perlu ada ilmu. Walau ilmu sedikit, kita sampaikan kepada orang lain.
-
2. Menjadi contoh
Berusaha untuk menjadikan kita contoh. Apabila kita berjaya menunjukkan contoh baik maka orang lain lebih mudah terpaut dengan dakwah kita.
-
3. Bentuk keluarga Islamik
Berusaha untuk menjadikan keluarga kita Islam dari semua sudut. Bersedialah untuk menerima tentangan daripada persekitaran kita kerana apa yang kita cuba usahakan mungkin tidak selari dengan persekitaran kita.
-
4. Kumpul kawan-kawan sefikrah
Berusaha mengumpulkan seberapa banyak mungkin ahli keluarga dan rakan-rakan yang sefikrah dengan kita. Jadikan mereka seolah-olah ibu bapa kita, abang kakak kita, adik-adik atau anak-anak kita.
-
5. Bijak gunakan masa
Tumpukan usaha kita kepada 2 perkara utama iaitu sama ada kita melakukan kerja untuk agama atau pun melakukan kerja untuk keperluan asas kehidupan. Ditakuti apa yang dikejar orang tidak kita perolehi, dan apa yang kita kejar iaitu agama dan kehidupan pun tidak kita perolehi juga.
-
6. Promosikan kita pekerja agama
Berusaha mempromosikan diri dan keluarga kita sebagai pekerja-pekerja agama kepada orang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung. Adalah merugikan apabila kita mendakwa bekerja untuk agama tetapi orang yang hampir kepada kita pun tidak tahu yang kita seorang pekerja untuk agama.
-
7. Tarbiyyah berterusan
Berusaha mengadakan sesi tarbiyah keluarga sekurang-kurangnya setiap 3 hari. Sesi tersebut walaupun sekejap tetapi mempunyai kesan yang tinggi dalam menjana kuasa untuk kita meningkatkan ilmu, iman, amal dan takwa.
-
8. Buktikan Islam indah dan mudah
Berusaha untuk mempamirkan bahawa Islam itu indah, Islam itu mudah. Kita buktikan yang kita mampu hidup selesa, tenang dan berjaya macam orang lain bahkan adakalanya pencapaian kita lebih baik daripada mereka dalam keadaan kita mengamalkan Islam.
-
9. Tambah pendapatan
Berusaha menambah pendapatan keluarga jika berpeluang selagi tidak bertentangan dengan agama Islam kerana ekonomi adalah senjata jihad. Kita mestilah menambah sumber pendapatan kita walaupun kita telah sedia kaya, apatah lagi jika pendapatan kita memang tidak mencukupi.
-
10. Elakkan mereka yang suka bertelingkah
Berusaha untuk mengelakkan orang-orang yang suka bertelingkah termasuklah mereka yang membangga diri dengan memperlekehkan kemampuan orang lain. Sebarang pertelingkahan samada secara verbal atau pun non-verbal walaupun kecil akan menggugat perjalanan dakwah kita. Biasakan diri memberi maaf.
-

IKAN SAUDARA SAIFUDDIN BESAR-BESAR SUDAH

-
Sdr Saifuddin gigih berusaha di belakang rumahnya
-
Atas: Lihat ikan-ikan yang diternaknya di belakang rumah, kelihatan sudah besar dan boleh dimakan

Atas: Usaha yang sedikit boleh membawa berkat. Sdr Saifuddin kelihatan memperlihatkan ikan-ikan ternakannya
-
Atas: Ikan sebesar tapak tangan boleh dijual tetapi Sdr Saifuddin lebih suka untuk memakannya sendiri.

Atas: Ikan ini beratnya kira-kira tiga kilo dan di pasaran boleh dijual melebihi RM30.00 ikan segar (masih hidup).

Atas: Ikan di lihat dari dekat.
-

125 ORANG MEMELUK AGAMA ISLAM DI DUBAI

-
125 persons convert to Islam in Dubai
-
Aug 28, 2010 - 09:23 - WAM DUBAI, Aug. 28th, 2010:
-
122 ladies and 3 men, all expatriates from the Philippines, converted to Islam in Dubai in a lecture by popular Muslim Filipino orator and preacher Omar Penalbar.
-
Penalbar was lecturing on tolerance in Islam and the message of Prophet Muhammad (Peace be upon him) who is a mercy to all mankind when he was asked by the ladies to elaborate on Islam and its teachings.
-
The lecture was organized in a Ramadan tent in Al Twar area in Dubai by the Dubai Department of Tourism and Commerce Marketing (DTCM).
-
The preacher said the previous largest number of people to convert to Islam in the Philippines in one night with his help was 99. A new record has been set today when the 125 individuals declared their conversion to Islam, he added.
-
Emarati families played a role in this when they accompanied the Filipino individuals to the Ramadan forum, according to Mohammed Al-Hashimi, who oversees the forum.
-

29 August 2010

NUZUL QURAN DI MASJID NEGERI SABAH

Masjid Negeri Sabah, 26.08.2010:-
-
Sempena dengan Nuzul Quran yang jatuh pada 17 Ramadhan, JHEAINS telah mengadakan satu majlis di Masjid Negeri Sabah dimana Tun Ahmad Shah bin Abdullah, Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di Pertua Negeri Sabah turut hadir sebagai tetamu kehormat.
-
Atas: Kelihatan Tun Ahmad Shah Abdullah, Tuan Yang Terutama (TYT) sedang menyampaikan sumbangan kepada Masjid Negeri Sabah melalui Ustaz Ibrahim Kisab, Imam Besar Masjid Negeri Sabah
-
Atas: Kelihatan TYT sedang menyampaikan sumbangan kepada Masjid Negeri Sabah yang turut disaksikan oleh Datuk Hajiji dan Datuk Ahmad Alawi, mufti negeri Sabah.
Atas: Datuk Syed Abas Syed Ali, YDP Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Hajiji dan Imam Besar sedang mengiringi TYT ke ruang berbuka puasa.-
Atas: TYT bersama beberapa orang kenamaan semasa majlis berbuka puasa di Masjid Negeri Sabah sempena perayaan Nuzul Quran.-
Atas; Antara jemputan khas yang turut berbuka puasa ialah dari kiri, Dr Mingu Jumaan (Pengarah Jbt Perkhidmatan Komputer yg juga AJK Masjid Negeri Sabah), Dr Muhidin Yusin (Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah), Hj Khairan Untoh (Pengarah Sirim Berhad) dan Datuk Nordin Siman (Pengarah JPAN).
-
Atas: Sempat berborak sementara menunggu azan dikumandangkan oleh bilal.-
Atas: TYT bersama dgn orang kenamaan menanti laungan azan Magrib.-
Atas: Orang kenamaan bersama-sama dgn TYT berbuka puasa di ruang serbaguna Masjid Negeri Sabah sempena nuzul Al-Quran.
-

PELAJAR AL-QURAN DARI K.KINABALU LAWAT KG PATAU

-
ROMBONGAN PELAJAR AL-QURAN
DARI KOTA KINABALU MENGADAKAN LAWATAN AMAL KE SURAU KAMPUNG PATAU TAMBUNAN
-
Kg Patau Tambunan, 16.06.2010:-
-
Seramai 38 orang pelajar Al-Quran dari surau Taman Kemajuan Likas & Masjid Negeri Sabah, telah mengadakan lawatan amal ke surau Kg Patau Tambunan pada 16.06.2010. Lawatan itu bertujuan untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan umat islam Kg Patau. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyerahkan pakaian terpakai kepada penduduk islam yang miskin.
-

Atas: Gabungan pelajar Al-Quran dari Masjid Negeri Sabah dan Surau Taman Kemajuan Likas bergambar beramai-ramai berlatar-belakangkan surau Kg Patau, sebelum meninggalkan surau menunju ke Keningau.

-
Atas: Rombongan Pelajar Al-Quran yang di ketuai oleh Puan Hajjah Kasmah Hasbollah sedang menyerahkan bantuan pakaian kepada Puan Lidwina Micheal (wakil kepada Ketua Wanita USIA cawangan Kg Patau yang tidak dapat hadir). Terdahulu dari itu, Puan Hajjah Kasmah turut memberi ucapannya kepada hadirin di surau kampung Patau.
-

Atas: Sebahagian dari rombongan dari Kota Kinabalu sedang mendengar ucapan alu-aluan dari Janis Abdullah, Pengerusi Surau Kampung Patau.

- Atas: Rombongan melawat Kolam Ikan di TVRC Karanaan Tambunan dengan meniti jambatan gantung yang merintangi sungai Pegalan. "wah ramainya yang meniti jambatan... inda putus ka?"
-
Atas: Rombongan melawat Air terjun di Mahua Patau Tambunan. Air Terjun itu mempunyai ketinggian kira-kira 66 kaki tinggi (bersamaan dengan enam tingkat bangunan). Ada juga peserta yang cuba-cuba mandi dan ada yang mau rendam kaki dengan air sejuk.
-
Atas: Bergambar di Gunung Alab (berhampiran dengan Gunung Emas) sambil berihat menikmati cuaca sejuk Banjaran Kroker di Tambunan. Ramai yang beli jagung panas-panas dan ada yang tidak mahu lepas masuk dalam tandas berbayar.
-
Atas: Air Terjun Mahua Patau diambil dari atas jambatan merintangi/ menyeberangi sungai Mahua. Yuran masuk hanya RM1.00 seorang.
-
Atas: Suasana dalam bas pelancung diambil semasa bas sedang mendaki Banjaran Kroker. Ramai yang tertidur tetapi ada yang celik sepanjang perjalanan melihat bukit-bukau di sekeliling yang indah melontarkan pandangan mata nun jauh di pergunungan hijau yang pastinya menjanjikan udara bersih kelas pertama.
-
Atas: Inilah suasan air Terjun Mahua diambil dari dekat. Memang menarik ramai pengunjung terutamanya mereka yang kepingin merasai air sejuk dari gunung. Ada yang mengambil kesempatan bermandi-manda sehinggakan mereka tidak merasa puas bermesra dengan kedinginan air sejuk. "Insyaa Allah, kami akan datang semula untuk berkelah", kata mereka. Kalau ada yang berminat mahu berkelah di sini, pastikan membawa kopi/teh panas-panas untuk diminum selepas bersejuk-sejukan. Pastinya kopi/teh itu enak diminum.
-
Atas: Sebahagian dari pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar dihadapan tugu Mat Salleh (seorang pejuang Sabah dalam sejarah menentang penjajah). Hasil dari peninggalan Paduka Mat Salleh maka ramailah anak tempatan Tambunan yang berdarah pahlawan.
-
Difahamkan, Mat Salleh pernah berkhawin di Tambunan tetapi dirahsiakan kerana takut diburu oleh penjajah. Dalam sejarah perjuangan Mat salleh yang terakhir, Mat Salleh berkubu di Lohan Ranau tetapi penjajah terus-terusan memburunya dan menyerang kubunya dengan ganas. Mat Salleh kemudiannya melarikan diri balik ke Tambunan meminta bantuan pengikut setianya di Tambunan. Antara pengikut setianya dari Tambunan ialah Linggawang yang digelar Mat Salleh sebagai "Awang" (nama sebenar Linggawang) sahaja dan "Mat Satur" (nama sebenar Satur). Difahamkan Mat Salleh tidak sempat sampai ke Kotanya di Tibabar lalu meninggal dalam perjalanan di Kampung Narayat Patau. Di Narayat Patau juga terdapat kubu Mat Salleh dan sehingga hari ini tugu bagi kubu ini belum dibena lagi tetapi kekal dengan tanda sebuah batu yang masih ujud sehingga sekarang. Seorang penduduk Kg Narayat (dulunya Kg Patau Proper) menceritakan pada tahun 1964 (pada tahun 1964 beliau berumur 76 tahun) bahawa beliau menjumpai mayat 'Mad Jali' (sebutan orang kampung - nama sebenar 'Mat Salleh') berpakaian kain pahlawan serba hitam terlantar dibawah rimbunan bambu. Masa itu, penduduk Kg Patau belum lagi mempunyai pakaian kain selain dari baju yang diperbuat dengan kulit kayu bernama 'sinonson'. Insyaa Allah cerita lebih lanjut akan dimuatkan dalam blog ini dikesempatan yang lain.
-
Atas: Suasana dalam bas, walaupun agak penat mendaki jalan berbukit-bukit curam, berliku-liku dan selekoh yang tajam, namun mereka terus ceria dalam perjalanan. He..he.. ada juga yang mabuk dalam bas tapi diorang tapuk-taaaapuk.
-
Atas: "Eeee...besar-besarnya ikan. Jinak-jinak pula tu. Boleh pigang-pigang lagi. Boleh makankah ikan-ikan ni aaa..?", "alaa.. kesian ba ikan-ikan ini kalau dimakan. Cantik-cantik ba. Boleh bikin kawan", demikian komen dan pertanyaan dari peserta rombongan yang turut memberi makan kepada ikan di kolam TVRC.
-

Atas: Batu gong di Tambunan memang unik kerana mempunyai bunyi pelik bila dipalu. Orang kampung kata Batu Gong ini ada 'mianat' (penunggu) sebab itu perempuan ada haid dan mengandung dilarang sama sekali masuk ke dalam.
-
Terdahulu dari itu, rombongan ini melawat air terjun Mahua di Patau. Dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu, rombongan ini mengambil kesempatan melawat Kubu Mat Salleh di Tibabar, melihat ikan besar di TVRC, melawat batu gong di Nambayan dan melawat dan bersolat jama di masjid pekan Keningau. Ramai yang tidak melepaskan peluang membeli sayur di pasar pekan Keningau untuk dibawa pulang.
-
Dalam perancangan awal, rombongan ini bercadang balik ke Kota Kinabalu melalui jalan Kimanis-Kota Kinabalu tetapi memandangkan brek bas yang disewa tidak berapa baik serta mengambil-kira nasihat dari pemandu bas mengenai kemampuan brek bas, maka rombongan ini balik melalui jalan yang sama iaitu Tambunan-Penampang.
-

25 August 2010

SOME QURAN VERSES FOR EASE OF REFERANCE

-
WHAT BRIEFLY IS WRITTEN IN THE QUR’AN:
-
The Qur’an presents A living and Lasting God (2:256)
The Lord of all creation (1:2)
The Gracious, the Merciful (1:3)
The Almighty (29:43)
All-hearing, all-knowing (5:77)
The Wise (34:2)
The Forgiving (34:3)
The Bountiful (27:41)
The Loving (11:91)
The Creator, the Maker (59:25)
The high, the Great (2:256)
The Holy (10:69)
The Lord of all praise, Owner of all glory (31:13)
The One, the Supreme (39:5)
Who is free from all wants? (64:7)
Begets none nor begotten by no one, & has none as His equal (112:4-5)
Who guides men? (10:36, 33:5)
Hear prayers (2:187)
Speaks to such of them as fulfil His covenant (3:77 & 42:52)
Punishes the transgressors (48:18)
Reward those who do good (6:84)
Love those who do good (2:196)
Our attitude towards Him has to be that of complete submission (3:20)
Allah has created all men from the same stock (4:2)
Allah group them so that they may know one another (49:14)
How to treat our parents ( 17:24-25)
Our neighbours, orphans and the down trodden (4:37)
Our Wives (2:188,4:20)
Our Children (6:153)
Our Widows (4:20)
Our enemies (5:9)
Our companions (24:61, 58:12)
Allah tells us:To be truthful (9:120)
To shun lies (22:31)
Not to commit adultery (17:33)
Not to commit theft (5:39)
Not to commit Murder (6:152)
Not to commit breach of trust ( 8:28)
Not to be dishonest (8:59)

To keep away from all that is vain (23:3)
To fulfil our covenants (5:2)
To strive for increased knowledge (20:115)
To do justice (4:59)
To be benevolent (16:91)
To be steadfast (3:201)
To be thankful (39:67)
To admonish others to do good (16:126)
Not to preach that we DO NOT practice (61:3)
Not to be haughty and vainglorious ( 4:37)
To be neither miserly nor spendthrift ( 17:30)
To be humble (25:64)
To speak kindly (2:84)
To suppress our rage and forgive people (3:135)
To repay evil with good (13:23)
To be united (3:103)
To DO NOT backbite (103:2)
To spend wealth for the cause of Allah (2:262)
To spend wealth for the poor and needy (2:272)
Not to ridicule one another or call names (49:12)
To fear none but Allah (2:41)
To eat pure things (2:169)
To remain clean (2:223 & 74:6)
All your deeds, even as minor as an iota, must visit on you (99:8-9)
All that is on the earth carries the seed of destruction (55:27)
The haven and earth have not been created in vain (38:28)
He started the cycle of creation so shall He reverse it (21:104)

He, who created you, will again raise you to life (17:52 & 19:67)
Death unavoidable, shows that there is a purpose in it (56:88)..

-
We are not to live longer. Start living by Qur’an, the only perfect and detailed book of guidance on earth. Please remember ISLAM is not a new religion and Qur’an is not the first book of Islam. The only religion prescribed for the mankind and carried forward by Hadrat Abraham (peace be upon him) is ISLAM. Qur’an is the last and final book in the series of Divine Books. Non-Muslim descendents of Adam (as) may also update their faith and follow the latest version of Divine laws.

-
PLEASE FORWARD THIS TO AS MANY AS YOU CAN.
-