-
ALHAMDULILLAH RAMAI YANG MENOLONG
-
Walau dalam kesedihan, aku tidak bersendirian rupanya. Aku bersyukur kepada Allah kerana aku dikelilingi oleh rakan yang ringan tulang membantu. Masing-masing mereka 'offer' pertolongan baik dalam bentuk perubatan, tunjuk ajar mahu pun dalam bentuk doa. Ramai yang bertanya keadaan kesihatan rakan kongsi ku. Mereka masing-masing membantu dengan cara sendiri. Mereka tidak putus-putus memanjatkan doa kepada Allah agar rakan kongsi ku cepat sembuh. Alhamdulillah... mereka semuanya sangat prihatin dengan keadaan rakan kongsi ku. Aku berterima kasih dengan mereka moga-moga doa mereka makbul.
-
Aku masih mengharapkan keajaiban berlaku kerana aku yakin Allah maha penyayang kepada umatnya yang memperhambakan diri mengabdi diri kepadaNya. Antara doa-doa yang dipanjatkan oleh rakan sekeliling ku, pastinya ada doa-doa mustajab dari mereka yang diterima Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu mana doa yang dipilihnya. Moga-moga para pendoa ini mendapat balasan yang baik dari Allah serta menerima doa-doa mereka sebagai amal ibadat.
-
No comments:
Post a Comment