Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

26 December 2009

LAMBAT SANGAT 'UPDATE' BLOG MARCHON?

-
Sorrylah atas kelambatan meng'update' blog ini. Sebenarnya saya agak sebuk sikit akhir-akhir ini. Tambahan pula saya dimasukkan ke hospital Tambunan. Ceritanya begini...
-
Last Sunday (20.12.09), saya menunaikan subuh di Masjid Tambunan. Lepas subuh saya balik rumah di Karanaan. Kira-kira setengah jam kemudian tiba-tiba saya diserang penyakit 'demam' (sejuk dan menggigil seluruh badan). Kalau kulit tangan saya disentuh terasa pedih. Saya makan ubat 'demam' tapi masih tak berkesan. Lalu biras saya (dari Semporna) menghantar saya ke Hospital pada jam 8.00 pagi. Saya dimasukkan di wad kecemasan dan dirawat. Suhu badan, tekanan darah, darah, jantung dan denyutan nadi saya semuanya diperiksa. Saya diberikan dua jenis ubat untuk dimakan.
-
Alhamdulillah... jam 2.00 PM saya meminta keluar dari wad walaupun masih pening-lalat. Saya mohon keluar kerana saya perlu mengulang-kaji nota ceramah saya kerana esok paginya saya harus berangkat ke Kg Kumawanan untuk memberi ceramah bertajuk 'Iktibar Maal Hijrah' sempena perayaan Maal Hijrah peringkat daerah Tambunan.
-
Keesokan harinya, walaupun masih belum stabil, saya memandu kereta menuju ke Kg Kumawanan (kira-kira 20 kilometer dari pekan Tambunan menuju arah Ranau) untuk menunaikan tanggung-jawab saya sebagai 'penceramah jemputan' majlis Maal Hijrah.
-
Ceramah bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir jam 1.00 petang. Alhamdulillah... mujur saya tak pengsan semasa memberi ceramah. Cuma para hadirin yang berjumlah kira-kira 400 orang kelihatan sedikit gelisah. Mungkin lapar kerana sudah jam 1.00 petang.
-
Seperti biasa... saya memberhentikan ceramah saya secara mengejut (tiada bunga-bunga bahasa untuk berhenti) dengan harapan penonton akan terkejut lalu berkata "Aii..sudah habis!". Teknik ini saya tiru dari Presiden Malaysian Institute Of Management (MIM) Kuala Lumpur dimana saya tengah-tengah syok mendengar tiba-tiba ceramah berakhir secara mengejut.
-
Demikianlah 'corpen' (coretan pendek) sempena sambutan maal hijrah saya.
-

No comments:

Post a Comment