-
Kota Kinabalu, 28.12.2009 (Isnin):-
-
Kira-kira 1,000 orang pengunjung membanjiri Sabah Trade Centre menghadiri Majlis Pelancaran Malaysia Internet Exchange (MyIX) dan Pusat Jalur Lebar Komuniti Peringkat Negeri Sabah hari ini. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
-
Dalam ucapan Dato' Rais, beliau mengumumkan bahawa RM383 juta diperuntukkan untuk membina perkhidmatan MyIX dan Jalur Lebar Komuniti di Sabah. Tambah beliau lagi, Malaysia amat memerlukan perkhidmatan ini secara meluas agar rakyat Malaysia terus maju dalam bidang IT.
-
Terdahulu dari ini, YBgh Tan Sri Khalid Ramli, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia turut memberi ucapan alu-aluan bagi pihak SKMM diikuti dengan ucapan YB. Datuk Seri Taufik selaku wakil Kerajaan Negeri Sabah.
-
Serentak dengan pelancaran itu, para pengunjung dapat menyaksikan pelancaran serentak dengan Kuala Lumpur, Bingkor dan Sukau yang dibuat secara langsung.
-
Majlis itu adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan beberapa agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
-
Sempena dengan majlis pelancaran itu, pelbagai syarikat telekomunikasi telah mengambil bahagian terutama dalam mempamerkan barangan dan perkhidmatan masing-masing. Antara yang mengambil bahagian ialah Telekom, Maxis, Digi, Redtone, Celcom, Time dot.com, CFM dan Jaring.
-
No comments:
Post a Comment