Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

26 December 2009

HARI ASYURA

-
Masyarakat Islam percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

01. Hari pertama Allah menciptakan alam.
02. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
03. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
04. Allah menjadikan 'Arasy.
05. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
06. Allah menjadikan alam.
07. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
08. Nabi Adam a.s. dicipta.
09. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
10. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
11. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
12. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
13. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
14. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
15. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
16. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
17. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
18. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
19. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
20. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
21. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
22. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
23. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Puasa pada hari asyura termasuk salah satu puasa sunat yang utama (afdal), seperti dijelaskan dalam hadis yang riwayat Muslim: "Puasa yang paling mulia sesudah puasa Ramadan ialah puasa bulan Muharam."

Riwayatkan Muslim: "Puasa pada hari asyura menghapuskan dosa satu tahun lampau."

Selain puasa, kita dianjurkan melakukan amal soleh dengan membuat kebaikan, seperti membantu mereka yang ditimpa musibah atau malapetaka alam seperti banjir, kebakaran, kemalangan, membantu fakir miskin, golongan yang sengsara dan pekerjaan yang bersifat sosial dan perikemanusiaan.

Nabi menegaskan dalam satu sabdanya yang bermaksud:

Barang siapa melapangkan (meringankan, memberi) keluarganya dan ahlinya pada hari asyura, maka Allah akan memberikan kelapangan pula kepadanya dalam waktu tahun yang bersangkutan. (Riwayat Baihaki).
-
WALLAHU A'LAM
-

No comments:

Post a Comment