Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

30 December 2009

Afghan soldier kills US serviceman

-

After Texas incident, now Afganistan. Whats next?

-

HASANAH

-
Once a man was walking and he read this written on a wall (Quran in Arabic):
-
(ROMANISE WRITING)
-
Bismillaahir-rohmaanir-roheem
Qul HuwAllaahu Ahad
Allaah-hus-Somad
Lam yalid walam yuulad
Walam yakul lahuu kufuwan Ahad
-

So he sat and read it, while he was reading it a man was watching him and came to him and said 'Do you know that you have got at least 470 hasanah (blessings) just for reading this! The person who wrote this on the wall also got 470 hasanah; Even I got 470 hasanah just for writing this mail; Even you (who is reading this posts) got 470 hasanah..
-
So press forward and let more people get 470 hasanah. Don't forget, each time someone reads this mail and gets hasanah so do you.
-
When there is only a single star left in the sky. At that very moment, the path of forgiveness will close.. The writing in the Quran will vanish. The sun will lower itself with the earth.
-
Prophet Muhammad SAW said, 'Who ever delivers this news to someone else, I will, on the Day of Judgment, make for him a place in Jannah.'
-

LOUGH BUT NOT TOO MUCH

-
My Russian friend send this to make me lough. Honestly, I burst into big laugh after reading this. I felt younger at heart. Enjoy reading.
-
-
Thanks Oskar (my Russian friend) for sending this joke.
-

SPOT THE DIFFERENCE

-
Compare and spot the difference
-
Atas: F0t0 2009
-

Atas: Foto 2009

Atas: Foto Tingkatan 3 - 1973.

Foto tahun 1973

Atas: Foto saya dan hostel-mates di Tuanku Muhammad School (TMS) Kuala Pilah Negeri Sembilan.Foto ini diambil masa Annual Dinner tahun 1973. Masa itu Dato Sri Utama Rais Yatim adalah Menteri Besar Negeri Sembilan. Can anyone identify my picture? I am sitting in the middle (black shirt-my best dress malam itu) next to Roslan (rambut 'appro-look' ala Jackson 5). Ini era Jimmy Handrick kata encik Sailor. He..he..
-
Nota: I got this from encik Sailor's face book. Thanks to encik Sailor Salleh, kawan dari Sandakan yang sudi menyiarkan foto nostalgia ini di Facebooknya.
-

29 December 2009

KEDAI MSSALIWORLD KINI DIBUKA

-
Sesiapa yang berminat membeli pakaian muslim dan muslimah bolehlah berkunjung ke kedai MSSALIWORLD di Star City.

-
Atas: Iklan kedai kawan menanti dikunjungi oleh pelanggan. Kalau berkunjung ke Star City, jangan lupa berkunjung ke MSSALIWORLD atau layari blog: www.mssaliworld.blogspot.com
-

28 December 2009

PELANCARAN MyIX DAN PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI

-
Kota Kinabalu, 28.12.2009 (Isnin):-
-
Kira-kira 1,000 orang pengunjung membanjiri Sabah Trade Centre menghadiri Majlis Pelancaran Malaysia Internet Exchange (MyIX) dan Pusat Jalur Lebar Komuniti Peringkat Negeri Sabah hari ini. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
-
Dalam ucapan Dato' Rais, beliau mengumumkan bahawa RM383 juta diperuntukkan untuk membina perkhidmatan MyIX dan Jalur Lebar Komuniti di Sabah. Tambah beliau lagi, Malaysia amat memerlukan perkhidmatan ini secara meluas agar rakyat Malaysia terus maju dalam bidang IT.
-
Terdahulu dari ini, YBgh Tan Sri Khalid Ramli, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia turut memberi ucapan alu-aluan bagi pihak SKMM diikuti dengan ucapan YB. Datuk Seri Taufik selaku wakil Kerajaan Negeri Sabah.
-
Serentak dengan pelancaran itu, para pengunjung dapat menyaksikan pelancaran serentak dengan Kuala Lumpur, Bingkor dan Sukau yang dibuat secara langsung.
-
Majlis itu adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan beberapa agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
-
Sempena dengan majlis pelancaran itu, pelbagai syarikat telekomunikasi telah mengambil bahagian terutama dalam mempamerkan barangan dan perkhidmatan masing-masing. Antara yang mengambil bahagian ialah Telekom, Maxis, Digi, Redtone, Celcom, Time dot.com, CFM dan Jaring.
-
Atas: Backdrop yang menceritakan peristiwa bersejarah yang berlaku di Sabah.

Atas: Booth CFM memberi kesedaran kepada pengguna perkhidmatan telekomunikasi mengenai hak-hak pengguna.

Atas: Tan Sri Khalid Ramli, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Atas: Booth pameran Redtone

Atas: Booth Pameran Celcom bersedia menjawab pertanyaan para pengunjung.

Atas: Para pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan Datin Sri Maznah Rais, Isteri kepada YB Dato S.U Dr Rais Yatim.

Atas: Booth pameran DIGI

Atas: Booth pameran Time DOT.COM

Atas: Booth pameran Maxis

Atas: Booth pameran TM

Atas: Booth pameran Jaring

Atas: Butang ditekan beramai-ramai sebagai tanda bermulanya pelancaran MyIX dan Pusat Jalur Lebar Komuniti Peringkat Negeri Sabah. Kelihatan Dato' S.U Dr. Rais Yatim, YB. Taufik Abu Bakar Titingan dan Datin Sri Maznah Rais turut sama menghulurkan tangan dalam perasmian tersebut.

Atas: Datin Sri Maznah turut bersalaman dengan pengunjung diikuti oleh YB. Datuk Taufik

Atas: Satu lagi foto kenang-kenangan bersama Datin Maznah Rais, Isteri Dato Dr Rais Yatim
-
Diharap pelancaran ini dapat membantu menyumbang ke arah perkembangan ekonomi dan seterusnya dapat dimenafaatkan oleh rakyat Malaysia.
-

ALHAMDULILLAH TUAN HJ MOHD POZI AWANG HADIAHKAN BUKU

-
Nama Buku : Rasm Uthmani, Pelengkap Pembacaan Al-Quran
Pengarang : Abd Rahman Abd Ghani
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Cetakan : 2008
-
Terima kasih atas sumbangan ini. Buku ini sangat bernilai sebagai rujukan saya setiap kali berhadapan dengan pelajar Al-Quran saya.
-
Janis bin Abdullah

26 December 2009

LAMBAT SANGAT 'UPDATE' BLOG MARCHON?

-
Sorrylah atas kelambatan meng'update' blog ini. Sebenarnya saya agak sebuk sikit akhir-akhir ini. Tambahan pula saya dimasukkan ke hospital Tambunan. Ceritanya begini...
-
Last Sunday (20.12.09), saya menunaikan subuh di Masjid Tambunan. Lepas subuh saya balik rumah di Karanaan. Kira-kira setengah jam kemudian tiba-tiba saya diserang penyakit 'demam' (sejuk dan menggigil seluruh badan). Kalau kulit tangan saya disentuh terasa pedih. Saya makan ubat 'demam' tapi masih tak berkesan. Lalu biras saya (dari Semporna) menghantar saya ke Hospital pada jam 8.00 pagi. Saya dimasukkan di wad kecemasan dan dirawat. Suhu badan, tekanan darah, darah, jantung dan denyutan nadi saya semuanya diperiksa. Saya diberikan dua jenis ubat untuk dimakan.
-
Alhamdulillah... jam 2.00 PM saya meminta keluar dari wad walaupun masih pening-lalat. Saya mohon keluar kerana saya perlu mengulang-kaji nota ceramah saya kerana esok paginya saya harus berangkat ke Kg Kumawanan untuk memberi ceramah bertajuk 'Iktibar Maal Hijrah' sempena perayaan Maal Hijrah peringkat daerah Tambunan.
-
Keesokan harinya, walaupun masih belum stabil, saya memandu kereta menuju ke Kg Kumawanan (kira-kira 20 kilometer dari pekan Tambunan menuju arah Ranau) untuk menunaikan tanggung-jawab saya sebagai 'penceramah jemputan' majlis Maal Hijrah.
-
Ceramah bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir jam 1.00 petang. Alhamdulillah... mujur saya tak pengsan semasa memberi ceramah. Cuma para hadirin yang berjumlah kira-kira 400 orang kelihatan sedikit gelisah. Mungkin lapar kerana sudah jam 1.00 petang.
-
Seperti biasa... saya memberhentikan ceramah saya secara mengejut (tiada bunga-bunga bahasa untuk berhenti) dengan harapan penonton akan terkejut lalu berkata "Aii..sudah habis!". Teknik ini saya tiru dari Presiden Malaysian Institute Of Management (MIM) Kuala Lumpur dimana saya tengah-tengah syok mendengar tiba-tiba ceramah berakhir secara mengejut.
-
Demikianlah 'corpen' (coretan pendek) sempena sambutan maal hijrah saya.
-

HARI ASYURA

-
Masyarakat Islam percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

01. Hari pertama Allah menciptakan alam.
02. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
03. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
04. Allah menjadikan 'Arasy.
05. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
06. Allah menjadikan alam.
07. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
08. Nabi Adam a.s. dicipta.
09. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
10. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
11. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
12. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
13. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
14. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
15. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
16. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
17. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
18. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
19. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
20. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
21. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
22. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
23. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Puasa pada hari asyura termasuk salah satu puasa sunat yang utama (afdal), seperti dijelaskan dalam hadis yang riwayat Muslim: "Puasa yang paling mulia sesudah puasa Ramadan ialah puasa bulan Muharam."

Riwayatkan Muslim: "Puasa pada hari asyura menghapuskan dosa satu tahun lampau."

Selain puasa, kita dianjurkan melakukan amal soleh dengan membuat kebaikan, seperti membantu mereka yang ditimpa musibah atau malapetaka alam seperti banjir, kebakaran, kemalangan, membantu fakir miskin, golongan yang sengsara dan pekerjaan yang bersifat sosial dan perikemanusiaan.

Nabi menegaskan dalam satu sabdanya yang bermaksud:

Barang siapa melapangkan (meringankan, memberi) keluarganya dan ahlinya pada hari asyura, maka Allah akan memberikan kelapangan pula kepadanya dalam waktu tahun yang bersangkutan. (Riwayat Baihaki).
-
WALLAHU A'LAM
-

08 December 2009

RAKAN KONGSI - SIRI 3

-
HARI JADI DI HOSPITAL
-
Selepas berhari raya Aidil Adha di hospital SMC pada 27hb November 2009 (cerita dalam siri 1), sekali lagi rakan kongsi aku merayakan hari ulang tahunnya yang ke 43 pada 07 Disember 2009 di hospital Likas. Setiap tahun anak-anak merayakan hari ulang-tahun orang tua mereka di rumah dengan menyediakan kad ucapan harijadi sehari sebelum hari jadi sebenar. Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi mereka berbaris hendak menyerahkan kad selamat harijadi kepada orang tuanya. Setiap anak-anak yang menyerahkan kad ucapan harijadi, rakan kongsi aku tidak melepaskan peluang memeluk mesra anak-anaknya. Sambil membuka dan membaca kad buatan sendiri, rakan kongsi akan memeluk anak-anaknya tanda terima kasih atas ingatan mereka.
-
Melihat telatah anak-anak itu, aku tersenyum terhibur dengan pelbagai telatah yang dipamerkan. Si Bungsu (anak bungsu) pun tidak ketinggalan membuat kad walaupun hasilnya tidak difahami. Lukisan yang biasa dilukis oleh si Bungsu hanyalah lukisan manusia berbentuk lidi.
-
Tapi senario kali ini berbeza. Anak-anak rakan kongsi seolah-olah lupa harijadi orang tua mereka. Atau mungkin juga tak terlekar sebarang idea di minda kerana masing-masing sugul mengenangkan orang tua mereka telah memberitahu terlebih dahulu bahawa mereka meraikan hari jadi kali ini di hospital.
-
Aku menghantarnya ke hospital waktu zohor bermula.
-
"Mau pigi mana lagi?", tanya si bungsu.
"Pi hospital", jawab rakan kongsi aku ringkas sambil memeluk si bungsu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.
-
Sesampai di hospital kelihatan ramai sungguh pesakit yang menunggu giliran masuk bilik wad. Sementara menunggu giliran mereka masuk bilik wad, pesakit ditempatkan diluar bilik iaitu diruang laluan orang ramai.
-
"Hari ini wad semua penuh kerana ramai pesakit masuk wad", kata seorang jururawat bertugas.
-
Rakan kongsi aku ditempatkan di tingkat 4, Kenanga 3, bilik 15.
-
"Dulu ada seorang rakan sebilik bersama aku di bilik ini. Apa kabar dia?" rakan kongsi ku sempat bertanya pada jururawat bertugas.
-
"Dia baru meninggal dunia dua hari lalu", kata jururawat itu.
-
Rakan kongsi aku terpaku terkejut. Sedih mengenangkan kembali pengalaman mereka dalam sebilik. Pelbagai gambaran yang berlegar di kepala rakan kongsi bila mengetahui rakan sebiliknya telah pergi buat selama-lamanya.
-
Sebenarnya aku dah tahu lebih awal tentang pemergian rakan sebilik rakan kongsi ku kerana suaminya sahabat aku sejemaah di masjid. Dan bukan seorang sahaja pesakit yang meninggal dunia baru-baru ini tetapi sudah tiga orang. Seorang dari Lahad Datu dan seorang dari Kuala Penyu dan yang terkini isteri kawan aku. Jenazah seorang lagi dimandikan di masjid tempat aku bersantai. Selesai dimandikan, aku turut mengangkat jenazah ke ruang solat utama untuk disolatkan. Berlinang lagi air mata ku. Aku tak tergamak memberitahu kepada rakan kongsi ku bahawa kamilah yang mengurus jenazah tersebut.
-
Aku bertambah gusar bila menerima beberapa berita yang disampaikan kepada aku. Aku dapat membayangkan nasib dan masa depan rakan kongsi ku yang mengalami penyakit yang sama. Hati bertambah sayu tapi aku terus memberi keyakinan kepada rakan kongsi ku supaya tabah. Masih ada Allah untuk tempat meminta bantuan.
-
"Allah Maha Penyembuh", kata ku memberi keyakianan kepadanya.
-
Bukan senang nak memberi keyakinan kepada pesakit yang disahkan doktor sebagai bertahap 'paliatif'. Terpaksa konsisten dengan pelbagai kata-kata positif dan terapi jiwa. Kawan-kawan di luar pun banyak memberikan kata-kata positif kepada rakan kongsi aku. Ada yang meminjamkan buku terapi dan pelbagai makanan tambahan secara percuma. Masih ramai lagi saudara-saudara ku, rakan-rakan, teman-teman di luar yang ringan tulang membantu. Hanya ucapan terima kasih sahaja dapat ku lafazkan kepada mereka bagi mewakili rakan kongsi ku yang terlantar di hospital. Doa mereka Allah makbulkan, insyaa Allah.
-

04 December 2009

RAKAN KONGSI - SIRI 2

-
ALHAMDULILLAH RAMAI YANG MENOLONG
-
Walau dalam kesedihan, aku tidak bersendirian rupanya. Aku bersyukur kepada Allah kerana aku dikelilingi oleh rakan yang ringan tulang membantu. Masing-masing mereka 'offer' pertolongan baik dalam bentuk perubatan, tunjuk ajar mahu pun dalam bentuk doa. Ramai yang bertanya keadaan kesihatan rakan kongsi ku. Mereka masing-masing membantu dengan cara sendiri. Mereka tidak putus-putus memanjatkan doa kepada Allah agar rakan kongsi ku cepat sembuh. Alhamdulillah... mereka semuanya sangat prihatin dengan keadaan rakan kongsi ku. Aku berterima kasih dengan mereka moga-moga doa mereka makbul.
-
Aku masih mengharapkan keajaiban berlaku kerana aku yakin Allah maha penyayang kepada umatnya yang memperhambakan diri mengabdi diri kepadaNya. Antara doa-doa yang dipanjatkan oleh rakan sekeliling ku, pastinya ada doa-doa mustajab dari mereka yang diterima Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu mana doa yang dipilihnya. Moga-moga para pendoa ini mendapat balasan yang baik dari Allah serta menerima doa-doa mereka sebagai amal ibadat.
-

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DI MASJID NEGERI SABAH YANG KE 4

-
Setelah hampir setahun kelas muqaddam dan Al-Quran bermula, akhirnya dua buah kelas akan bergabung mengadakan majlis khatam pada ketetapan berikut:

-
Tarikh : 17hb. Januari 2010 (Ahad)
Tempat : Masjid Negeri Sabah
Masa : 9.00 Pagi
-
Aturcara:

08.30 Pagi: Ketibaan peserta/pelajar dan keluarga
09.00 Pagi: Bacaan Doa
09.05 Pagi: Ucapan Pengerusi Penganjur
09.15 Pagi: Ucapan wakil pelajar
09.20 Pagi: Ucapan Tetamu Khas
09.45 Pagi: Ceramah Agama-Penceramah Khas.
10.30 Pagi: Majlis khatam dimulakan diikuti Majlis tahlil ringkas
11.10 Pagi: Penyampaian sijil khatam & penyertaan
11.20 Pagi: Jamuan Ringan
12.00THari: Solat zohor dan bersurai.
-
Jumlah peserta Masjid Negeri : 23 orang (Ketua: Cik Salindahwati binti Dayah)
Jumlah peserta Surau Taman Kemajuan Likas : 30 orang (Ketua: Puan Kasmah binti Hasbullah

Nota : Tarikh majlis khatam yang sepatutnya diadakan pada 5hb Disember 2009 ditunda ke 17.01.2010 atas permintaan majoriti pelajar.
-

RAKAN KONGSI - SIRI 1

-
*CORPEN DI PAGI RAYA A'ADHA
-
Aku masih menaruh harapan rakan kongsi ku akan sihat dan berfungsi semula di tengah-tengah masyarakat. Aku sedih bila doktor pakar kata:
-
"Penyakit Rakan kongsi awak ditahap terlambat dan tidak dapat disembuhkan lagi", kata doktor pakar.
-
Namun aku dan rakan kongsi terus mencari ubat alternatif sebagai sebahagian dari usaha terakhir mencuba membuktikan bahawa kata-kata doktor itu tidak semestinya tepat.
-
Beribu-ribu wang ringgit sudah dibelanjakan oleh rakan kongsi ku untuk membeli segala ubat yang boleh menyembuh termasuk berubat dengan menggunakan khidmat ustaz selama 40 kali. Rakan kongsiku dah berulang-kali masuk hospital Likas, SMC, hospital Refflesia dan klinik, untuk mendapatkan rawatan daripada pakar. Disamping tidak putus-putus mengadu kepada Allah serta memohon kesembuhan daripada Allah. Setiap kali selepas solat, aku menadah tangan memohon kepada Allah supaya rakan kongsi ini sembuh daripada penyakitnya.
-
"Ya Allah aku memohon kepada Mu agar dapat menyembuhkan penyakit yang dialami oleh Rakan Kongsi ku ............. sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh". Demikianlah bunyi doa ku setiap kali selepas solat dengan harapan Allah akan menyembuhkan penyakit rakan kongsi ku. Aku yakin Allah mendengar doa ku. Kekadang airmata bercucuran mengenangkan rakan kongsi ku sedang menghadapi saat-saat genting dalam hidupnya.
-
"Bersabarlah... dan teruskan berdoa, solat hajat serta membaca Al-Quran sebagai terapi hati yang lara", bisik ku cuba memberikan ketenangan kepada rakan kongsi ku. Pada masa aku cuba mententeramkan hati rakan kongsi ku, sebak di dada mulai terasa malah aku pula yang tak dapat menahan hiba. Aku terkenangkan semua kebaikannya terhadap ku selama ini. Pelbagai 'flash-back' bermain di minda ku menyebabkan airmata berlinang terutamanya bila rakan ini berada di hospital sendirian.
-
Paling menyedihkan ialah, dikala umat islam sedunia bergembira menyambut Aidil Adha pada 27.11.2009, rakan kongsi ku pula menyambut Aidil Adha di Hospital SMC. Pada pagi raya, selepas solat Aidil Adha di masjid, aku membawa anak-anaknya (empat semuanya) berhari raya di hospital SMC sambil membawa kueh raya dan minuman. Setibanya kami di SMC, kami naik di tingkat dua untuk masuk bilik nombor 209. Pak guard pula tidak membenarkan kami masuk dengan alasan bukan masa melawat.
-
"Kalau mau jumpa hanya seorang sahaja boleh masuk", katanya.
-
Aku sangat kecewa kerana saat meraikan Aidil Adha, Pak Guard pula tak bagi masuk sekadar nak bersalaman dengan anak-anaknya di pagi raya.
-
"Kenapa kalau kumpulan lain boleh masuk dan nyanyi-nyanyi dalam wad di luar waktu melawat dan kenapa cuti umum masa hari raya kami tak boleh masuk?", aku cuba-cuba mencabar pak guard.
-
Namun, aku tak berani bertindak keterlaluan kerana Pak Guard hanya menjalankan tugasnya. Aku menelefon rakan kongsi supaya keluar dari wad. Dalam keadaan sakit-sakit, rakan kongsi keluar dari wad berpakaian pesakit. Orang yang dipeluknya dulu ialah anak lelakinya yang bungsu baru berusia 5 tahun. Sekali lagi bercucuran airmata aku melihat pelukan erat dari orang tua kepada anaknya. 'Hujan lebat' membasahi pipi kesemua anak-anaknya. Aku tak akan membiarkan emosi berterusan lalu mengajak rakan kongsi turun berhari raya di kantin SMC.
-
Alhamdulillah, anak-anak turut bergembira berjumpa dengan orang tua mereka. Hilang sakit seketika. Setelah hampir setengah jam bersama, kami harus beredar segera kerana takut doktor mencari di wad. Kami pun beredar pulang dengan perasaan pilu dan sayu meraikan Aidil Adha di hospital SMC buat pertama kalinya.
-
*Nota: 'Coretan Pendek' (CORPEN) - DBP jangan marah.
-
-