Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

24 March 2009

USIA PUSAT MENYUMBANG KOMPUTER KEPADA USIA TAMBUNAN


Tambunan, 14.03.2009 (Sabtu):-


Sebagai tanda prihatin USIA pusat kepada USIA Tambunan, USIA pusat memberi satu set komputer (termasuk printer) kepada USIA Tambunan baru-baru ini. Rombongan USIA pusat seramai lima orang, yang diketuai oleh Datuk Hj Abdullah Hussin (Setiausaha Agung) telah menyampaikannya sendiri di pejabat USIA Tambunan.


Menurut Datuk Hj Abdullah Hussin, USIA Pusat sangat menitik-beratkan perkembangan USIA di Pendalaman khususnya Nabawan dan Tambunan kerana beliau dan USIA pusat ingin melihat ahli USIA di Pendalaman bergerak cergas dalam bidang dakwah islamiah disamping memperkemaskan lagi pentadbirannya.


Rombongan dari USIA pusat itu disambut oleh beberapa Jawatan Kuasa USIA Tambunan yang diketuai oleh Janis Abdullah (Timbalan Ketua Bahagian) bagi pihak Ketua Bahagian yang tidak dapat bersama kerana mempunyai tugasan di luar kawasan.


Atas:

Kelihatan Setiausaha Agung menyampaikan komputer kepada Timbalan Ketua Bahagian USIA Tambunan dalam satu majlis ringkas di USIA Tambunan. Turut hadir ialah AJK USIA Tambunan dan wanita USIA Tambunan.

Atas:

Encik Janis Abdullah (Timbalan Ketua Bahagian) menerima set komputer dari Datuk Hj Abdullah Hussin, Setiausaha Agung USIA di saksikan oleh Ustaz Hj Abu Hurairah dan Nur Suhana Abdullah, Ketua Wanita USIA Tambunan.


Atas :

Kelihatan Datuk Hj Abdullah turut menyampaikan sedikit amanat kepada ahli-ahli USIA Tambunan dengan harapan yang tinggi iaitu ingin melihat Tambunan terus maju memperkasakan ahli-ahlinya untuk terus bergiat cergas dalam segala bidang sesuai dengan tuntutan agama islam. Turut hadir ialah Ust Abu Hurairah dari bahagian Dakwah Pusat.
Atas:

Kelihatan Datuk Hj Abdullah Hussin, Setiausaha Agung sedang memberi ucapan ringkas. Beliau juga menerangkan bahawa USIA kini telah mengorak langkah ke hadapan secara serius untuk menjadikan USIA sebuah badan NGO yang terbesar di Malaysia serta menjadi lambang perpaduan islam di Sabah. USIA kini laris di pasaran kerana banyak kumpulan NGO serta individu ingin bekerjasama dengan USIA dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang perkembangan ekonomi.

Atas:

Antara AJK USIA yang hadir ialah En Azmi Sidik, Setiausaha USIA Bahagian Tambunan, Puan Nur Suhana Abdullah, Ketua wanita serta beberapa AJK wanita.

2 comments:

  1. Assalamualaikum....

    Teruskan perjuangan,semoga menemui sinar di hadapan-pedalamanmail.blog

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumus-salaam

    Terima kasih atas kata-kata rangsangan itu.

    ReplyDelete