CERAMAH PALESTIN BERMANDI
" !! DARAH !!"
DI SURAU KG PATAU TAMBUNAN
28.02.2009
Walaupun tak ramai umat islam Kg Patau, namun kehadiran mereka untuk mendengar ceramah mengenai Palestin cukup mengharukan kerana inilah kali pertama mereka didedahkan dengan isu palestin secara lebih dekat. Isu mengenai sejarah Palestin, kenapa Palestin menjadi rebutan, kepentingan bumi Palestin dalam sejarah islam, sejarah penurunan kitab-kitab Allah, sikap buruk yahudi yang disebut dalam beberapa ayat Al-Quran, syarikat produk yang menyokong Isreal dan lain-lain.
Ceramah secara Ad Hoc ini dianjurkan oleh USIA cawangan Kg Patau dengan kerjasama KAFA dan jawatankuasa surau Kg Patau. Diantara acara pada malam itu ialah solat berjemaah magrib, ceramah Palestin dengan menggunakan 'power point', solat jemaah isyak dan jamuan malam. Lebih dari 20 orang umat islam telah hadir. Jumlah ini walaupun kecil, namun ianya pasti bersejarah kerana buat julung-julung kalinya umat islam Kg Patau didedahkan dengan cerita mengenai penderitaan Palestin.
Kelihatan beberapa ahli USIA turut hadir dalam ceramah tersebut. Dari kiri: Nordin Intang, Ust Suhaidi (KAFA), Ahmad Thadzuddin Md Ali (USIA) dan Ust Yassin (Belia USIA)
Foto Atas:
Wanita USIA Kg Patau turut hadir
Wanita USIA turut hadir
No comments:
Post a Comment