Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

15 March 2009

APA ADA PADA PANGKAT?

:
Foto ini diambil di Istana Negeri pada tahun 1997 di sampaikan oleh TYT Tun Sakaran Dandai
Foto atas:
Penulis pun termasuk juga dalam anugerah ini pada tahun 1997 sebagai pengiktirafan perjuangan masyarakat sejak tahun 1976 sehingga 1996. Terima kasihlah kepada mereka yang masih ingat. Cuma saya takut dimurkai Allah jika terdetik riak walau sebesar biji sawi.
:
Sesekali manusia perlu diberi pengiktirafan sesuai dengan kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Serendah-rendah martabat pengiktirafan ialah "just a pat on the back" (of course, not on the opposite sex) or 'a good word of praise'. Lebih 23 tahun saya bekerja, saya belum menemui 'boss' yang berani mengeluarkan pujian ikhlas kepada anak-anak buahnya. Yang sering saya dengar ialah 'kelemahannya' yang dihighlight yang menjadikan boss itu sinonim dengan aksi 'fault finder'. Jika sepuluh kerja yang dilaksanakan, satu kesilapan maka kesilapan yang satu itulah yang dilihat dan dijadikan ukuran membuat penilaian. Manakala kerja-kerja 'excellent' sembilan lagi tidak diberi pujian atau pengiktirafan. Inilah kelemahan boss yang tidak terlatih dalam pengurusan moden lebih-lebih lagi 'alturistic management' (kaedah pengurusan secara islam) dalam bab perancangan 'staffing' dan 'Human Resources Management'. Pengurusan sebegini akan meninggalkan kesan negatif seperti 'lax management'. Implikasi dari ketidak-cekapan mengurus ini ialah kakitangan dibawah jagaannya kehilangan peluang untuk dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat (promotion) dan pengiktirafan (recognition).
Di sisi Allah, penilaian sesuatu kerja itu berasaskan niat. Jika kerja-kerja yang dilakukan itu bukan kerana Allah, maka pahalanya 'zero'@kosong. Bila kita mengajar apa sahaja jenis ilmu yang bermanafaat, pastikan kita meletakkan niat ikhlas kerana Allah agar usaha kita tidak sia-sia. Tapi ikhlas sahaja tanpa belas kesihan pun tidak semuanya selari dengan naluri manusia. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata sahabat berbunyi:
:
"pahala tidak boleh masuk dalam tangki kereta"
:
Walaupun sahabat itu bergurau namun terdapat juga kebenaran gurauannya itu kerana kenderaan perlukan minyak untuk bergerak. Untuk mendapatkan minyak, kita perlukan vitamin "RM". Oleh itu, untuk mencarinya, kita perlu berusaha termasuk memberi peringatan kepada orang lain yang 'lupa'. Bagaimanapun, memperingati orang lain adalah sesuatu yang berat dilaksanakan lebih-lebih lagi jika pihak yang berkenaan itu tidak mahir berkomunikasi dalam bab 'mendengar'.
Moga-moga tazkirah ringkas ini menjadi pedoman kita.
:

No comments:

Post a Comment