Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

30 March 2009

MAULIDUR RASUL SMK SANZAC 2009 MERIAH


Kota Kinabalu, 27.03.2009:-


Sambutan maulidur Rasul peringkat SMK SANZAC telah diadakan bertempat di dewan terbuka SMK SANZAC baru-baru ini. Dalam acara tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti laungan selawat, bacaan Al-Quran, persembahan nasyid, ceramah dan penganugerahan pelajar tokoh maulidur rasul. Anugerah maulidur rasul itu disampaikan oleh Encik Diuh Balimbang, Pengetua SMK SANZAC.
Terdahulu dari itu, Encik Sahir dari Institut Perguruan Gaya telah memberikan ceramah beliau mengenai sirah nabi serta perlaksanaan amalan ajaran islam mengikut Rasulullah.



ATAS: Kumpulan Nasyid sekolah sedang mempersembahkan dua buah lagu nasyid sempena majlis tersebut. Kumpulan ini menjuarai pertandingan Nasyid peringkat Gabungan Kota Kinabalu.




ATAS: Pengetua sedang menyampaikan anugerah kepada Tokoh Maulidur Rasul sempena majlis sambutan maulidur rasul di sekolah baru-baru ini.



ATAS: Juruacara majlis Nurul Afifah binti Janis (kanan) dan Nur Syafiqah. Pihak sekolah telah memberi keparcayaan kepada kedua-dua pelajar ini sebagai satu peluang latihan berhadapan dengan orang ramai.



ATAS: Encik Janis Abdullah, Yang Di Pertua PIBG SMK SANZAC, memberi ucapan perasmian sempena dengan majlis maulidur Rasul peringkat sekolah..



ATAS: Kelihatan Encik Diuh Balimbang (kiri), Pengetua sekolah SMK SANZAC sedang menyampaikan buah tangan kepada encik Janis Abdullah, selaku perasmi majlis sambutan Maulidur Rasul.

Atas: Doa selamat dibacakan sebagai memulakan majlis.


ATAS : Para pelajar sedang berhimpun sementara menanti majlis dimulakan.


No comments:

Post a Comment