Ramai orang akan memperkatakan tentang pengurusan. Ada yang mengaku pandai mengurus. Ada yang mengaku telah banyak belajar tentang pengurusan samada melalui kuliah, kursus atau seminar. Malah ada yang mendakwa dirinya dah mahir mengurus. Tetapi bila ditanya apa sebenarnya itu pengurusan.... mereka terpinga-pinga. Ada juga yang tak tahu definisi atau erti perkataan 'pengurusan'. Saya pernah bertanya tentang pengurusan dan ramai sungguh yang mengaku dah 'over-exposed' dengan pengurusan. Tetapi bila diselidiki, rupa-rupanya mereka hanya tahu sedikit sahaja mengenai pengurusan. Saya mengatakan demikian dengan mengariskan beberapa penilaian seperti berikut:
1. Mereka tidak pernah membuat perancangan. Sedikit sahaja ketua jabatan yang merancang dan lebih sedikit pula yang merancang tetapi tidak professional.
2. Menulis surat dan laporan pun tidak mahir. Ditambah pula dengan penggunaan bahasa yang tidak mantap dan tidak kurang juga yang berjela-jela panjang tetapi tiada isi. Orang putih kata 'beating around the bush'.
3. Ada yang tidak pandai 'organise' kerja menjadi sistematik. Tidak tahu mana 'top priority' dan mana yang 'less priority'. Mana yang 'urgent & important' dan mana yang tidak.
4. Tidak tahu memilih kakitangan (staffing) yang boleh melaksanakan kerja-kerja. Asyik menyuruh seseorang itu bekerja tanpa memikirkan kemahiran kakitangan yang melaksanakan kerja-kerja. Malah kakitangan yang tidak terlatih pula disuruh melaksanakan tugasan yang mencabar. Apabila ini berlaku maka 'imej' sesebuah organisasi itu akan terjejas kerana terlalu banyak kesilapan membuat kerja.
5. Ketua jabatan tersilap 'delegate' kerja kepada kakitangan yang tak mahir. Contohnya, mengarang surat resmi atau menulis laporan. Kita sering membaca surat-surat yang berbelit dari segi makna. Akibatnya, orang yang membaca akan menerima mesej yang salah. This is something to do with 'communication'. Bad communicators are people who failed to communicate properly. Akibatnya, pekerja akan bergaduh sesama sendiri kerana salah-faham. Encoder kata 'A' (ayam) tetapi decorder terima mesej itu sebagai 'B' (babi). Bukankah ini sering kali berlaku.! Lain dicakap lain ditulis. Why? Simply because of poor communicator. Paling buruk sekali bila ketua jabatan itu asyik menulis surat sahaja tetapi tidak mahu berbincang. Asyik-asyik membuat arahan secara 'one-way street'. Teknik pengurusan ini sudah 'out-of date' tetapi masih diamalkan secara meluas. Sebenarnya, inilah peninggalan penjajah yang pernah menjajah negara kita dahulu.
6. Pengawalan yang terlalu longgar juga boleh mengakibatkan gejala yang negatif. Kakitangan akan menjadi manja dan 'complaisant' sehinggakan kakitangan memijak kepala 'boss'nya. Ini disebut sebagai 'insubordination'. Bagaimanapun kelakuan ini banyak berpunca dari 'boss'nya yang tidak terlatih mengurus jabatan. Bagaimana mungkin 'anak-buahnya' menghormati bossnya sedangkan bossnya membuat arahan secara 'one way traffic' dengan mengabaikan perbincangan. Perlu diingat bahawa perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai 'khalifah' adalah melalui majlis 'syura'. Zaman Rasulullah sering berlaku 'ijtihad', bermusyawarah, tetapi hari ini majlis ini sering disalah-gunakan dengan membuat 'arahan' tidak melalui perbincangan. Akibatnya jiwa anak-anak buah akan membuku dan akhirnya memberontak.
Kesimpulannya.
Pengurusan bukan sekadar menulis surat atau mengarah secara 'one way traffic'. Malah pengurusan yang terbaik ialah kombinasi dengan pengurusan moden dan 'alturistic management' (pengurusan secara islam) yang banyak mengambil-kira 'modal insan terlatih' dan 'majlis syura' serta budi bahasa yang islamik. Bahasa juga perlu dijaga. Janganlah bila berkata-kata menyakiti hati orang lain. Kata-kata yang mempunyai makna 'tersirat' yang berunsur 'fitnah' perlu ditinggalkan lebih-lebih lagi bila bekerja di suatu institusi terutamanya organisasi yang memperjuangkan islam sebagai 'way of life' seperti institusi Agama dan masjid. Kalau orang islam tidak menjaga 'adab' secara islamik, bagaimana mungkin kita menjadi 'role-model' mengurus insan lain termasuk non-muslim?.
Editor: Janis Abdullah.
No comments:
Post a Comment