Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

28 February 2009

SELAGI JANTUNG BERDEGUP...TAHUN 2009

Alhamdulillah tahun 2009 ini, genaplah 20 tahun saya membuka kelas muqaddam. Saya terlibat membuka kelas di pelbagai Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Seronok membuka kelas muqaddam kerana orang yang membaca Al-Quran pastinya bermula dari muqaddam.
Berikut adalah antara lokasi kelas yang pernah saya buka.


Kelas Muqaddam:

1. Jabatan Hasil Bumi
2. RTM
3. SESB
4. SLDB
5. DBKK
6. Telekom KK dan Kepayan
7. Bank Rakyat
8. Jabatan Pertanian
9. Jabatan Haiwan
10. Lembaga Koko
11. Ko Nelayan
12. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (10 tahun)
13. Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN)
14. Jabatan Perbendaharaan Persekutuan
15. Masjid Negeri
16. Masjid Jamek Kg Likas
17. Surau Taman Kemajuan Likas

18. Akademi Kastam Sapangar

dan beberapa lagi lokasi yang tak sempat dinyatakan di sini.

Mengendalikan Kursus cara pembelajaran Al-Quran pelbagai kaedah:

1. Maktab Perguruan Gaya
2. Rumah Anak Yatim Tambunan
3. UiTM Manggatal
4. JHEAINS Kinabatangan
5. SMK Beaufort- 2 kali

Pesan nabi:
Sebaik-baik kamu yang membaca Quran ialah belajar dan mengajar. Dengan ini, saya masih belajar dengan beberapa ustaz di Masjid Negeri Sabah samada Fardu Ain dengan Ustaz Hj Mursal dan Datuk Hj Asmali Bachi, Tafsir Quran dengan Ustaz Norazamuddin, Tarannum serta Talaqi Musyfahah dengan Datuk Mokhtar Rapok dan pelbagai ceramah agama dengan Ust Hj Muchlis dan perbandingan agama dengan Ust Hj Abu Hurairah.
Belajar untuk mengetahui ilmu dan belajar untuk mengulangkaji kedua-duanya amat penting. Semakin kita belajar, semakin kita tahu bahawa masih banyak lagi yang kita tak tahu. Sebab itu, kita tidak boleh mengaku sudah pandai lantas berhenti belajar. Ada orang berpandangan bahawa ceramah agama yang berulang-ulang faktanya tidak perlu lagi mendengar. Malah mendengar secara berulang-ulang itu diamalkan oleh Jibril setiap tahun bertalaqi musyafahah dengan Nabi Muhammad S.A.W. Malah dalam surah Ar Rahman pun terdapat satu ayat yang diulang-ulang sebanyak 32 kali, menuntut supaya berfikir mengenai pendustaan manusia terhadap nikmat yang Allah telah dan bakal kurniakan kepada manusia.
Secara ringkasnya, belajar ini tidak ada penghujung. Jika kita menganggap majlis ilmu dan ceramah ini sebagai satu keseronokan pastinya tidak akan membosankan. Malah, menuntut ilmu itu lebih baik dari solat sunat 100 rakaat. Insyaa Allah, usaha ini akan berterusan selagi jantung masih berdegup.

No comments:

Post a Comment