Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

19 February 2009

MUALAF SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Kg Kipaku Tambunan
14.02.2009
Foto di atas:
Timbalan Ketua Bahagian USIA Tambunan, Sdr Janis Abdullah dan dua lagi ahli USIA Tambunan menziarahi Puan Norsyafinah Abdullah, seorang mualaf yang ini telah kembali kepangkuan ibubapanya di Kg Kipaku Tambunan. Norsyafinah ini sudah bercerai dengan suaminya yang berasal dari Mambakut kira-kira empat tahun lalu. Mempunyai lima orang anak, beliau tidak boleh lagi bekerja selepas terlibat dalam kebakaran rumah di Kg Likas Kota Kinabalu pada bulan September 2008. Beliau terpaksa balik ke rumah ayahnya yang masih beragama kristian.
Foto diatas:
Sdr. janis menyerahkan sedikit sumbangan kepada Norsyafinah disaksikan oleh Ust Suhaidi Ag Damit, Belia USIA Patau yang juga selaku Penyelia KAFA daerah Tambunan. Walaupun sedikit bantuan diberikan, namun kehadiran kami sangat bermakna kerana puan ini dapat meluahkan perasaannya dengan kami. Puan ini masih sakit dan sedang menunggu pembedahan yang memakan belanja sehingga RM30,000.

Lihatlah tangannya yang cacat setelah terlibat dalam
kebakaran kira-kira 5 bulan yang lalu.


Kakinya juga melecur teruk. Malah bahagian belakang badannya juga turut melecur.


Puan Norsyfinah ini adalah bekas kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hampir 10 tahun, kini tinggal sehelai sepinggang, kehilangan segala dokumen penting. Nyawa beliau terselamat setelah terjun dari tingkap rumah sewanya. Beliau tidak sedarkan diri selama tiga hari. Rumahnya terbakar dipercayai berpunca dari letupan gas memasak. Anak-anaknya berada di sekolah ketika ejadian itu berlaku. Puan ini lebih dari "umpama jatuh ditimpa tangga" kerana sudah bercerai dengan suami, kehilangan kerja, terlibat dengan kebakaran, tiada pula rumah sendiri.
00O00
Lebih menyedihkan, Puan Norsyafinah kembali ke pangkuan
ayah dan ibunya di Kg Kipaku Tambunan yang masih
berlainan ugama. Walaupun belum menerima
bantuan dari pihak berwajib, namun beliau
terus tabah mengharungi ujian ini.
-----
......oo...((( HARAPAN KAMI )))...oo.....
Pertubuhan Islam Sabah Bersatu (USIA) Bahagian Tambunan, mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai (seperti wang tunai, pakaian, dll) dengan menghubungi 013-8693148, Sdr Janis Abdullah, Timbalan Ketua Bahagian USIA Tambunan atau Ust. Jumain Abd Ghani (013-8757959), Ketua Bahagian USIA Tambunan atau pun terus kepada Norsyafinah Abdullah di telefon bimbit 019-8695339. Semoga sumbangan TUAN/PUAN terutamanya saudara seislam dapat membantu meringankan bebannya mengharungi liku-liku hidup di dunia sementara ini. Semasa lawatan kami di rumah ayahnya di Kg Kipaku Tambunan, segala perbelanjaan serta beban kini ditanggung oleh ayah serta ibunya yang masih beragama kristian.

Oleh: afifah j

No comments:

Post a Comment