Kota Kinabalu, Jumaat:-
Gambar atas:
Sdr Mohamad Firdaus Giles telah memeluk agama islam pada 20.02.2007 bertempat di Masjid Negeri Sabah. Beliau berkelulusan Bachelor in Multimedia dari salah satu universiti di England dan berasal dari Hammer Smith England, berumur 30 tahun.
Non muslim dari Canada telah mendengar taklimat saya yang menyentuh dengan perbandingan agama Yahudi, Kristian dan Islam. Mereka begitu kagum dengan islam setelah mempelajari hubungan-rapat dengan agama islam. Grafik 'Time-Line' menggamit hati mereka apabila mereka mendengar taklimat saya selama sejam di Kota Kinabalu. Saya sempat membawa mereka sujud sebagai salah satu cara untuk menyampaikan falsafah solat dan rahsia keindahan solat dalam islam. Saya sempat mengajak mereka masuk islam tetapi mereka senyum sahaja.
Gambar atas:
Kelihatan Tuan Hj Amri Suratman, Pengarah JHEAINS, bergambar dengan Mohamad Firdaus Giles (kiri berbaju warna biru) dan Mr Steven Giles, ayah kepada Mohamad Firdaus (kanan berbaju putih). Mohamad Firdaus telah saya tarik masuk islam pada Februari 2007 dan kini berada di Kota Kinabalu mencari saya. Kali ini untuk mendirikan rumah tangga dengan anak Sabah. Sungguh menariknya, ayahnya sendiri mengsyorkan supaya Mohamad Firdaus mengaji Al-Quran dengan saya. Saya pernah mengajak ayahnya supaya memeluk islam tetapi ayahnya mengatakan "No...No...". Saya menyampuk "Not now. Not yet" sambil mengharap..."God willing... your turn will come".
Gambar atas:
Mohamad Firdaus bergambar bersama-sama dengan pegawai JHEAINS yang lain.
Oleh : janis abdullah
No comments:
Post a Comment