26.01.2009
Kg Tunggaring Pegalan Tambunan
Puan Ailen (kiri) sedang menyampaikan sumbangan wang tunai
dan pakaian terpakai kepada Puan Zubaidah (balu).
Kg Tunggaring tiada ustaz, tiada surau dan umat islamnya kurang dari 5%. Kg Tunggaring terletak kira-kira 15 batu dari pekan Tambunan. Jalanrayanya masih gravel, berhabuk serta selalu mengalami tanah runtuh. Tiada bekalan air. Sumber pendapatannya ialah bercucuk tanam (pertanian) secara kecil-kecilan. Kehidupan penduduknya adalah umpama kais pagi makan pagi dan petangnya tidak menentu. Kedaifan umat islam di sinilah maka kawasan ini dipilih untuk pengagihan sedekah/zakat dari umat islam yang prihatin.
Puan Ailen, dari SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang, menyampaikan wang sumbangan dari individu kepada yang layak menerimanya iaitu seorang balu mempunyai 8 orang anak dan ketiadaan mata pencarian.
Semoga Allah memberkati rezki orang yang bermurah hati memberi sumbangan dalam apa juga bentuknya.
No comments:
Post a Comment