Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

13 January 2009

KELAS MUQADDAM DI MASJID JAMEK KG LIKAS

Kg Likas Kota Kinabalu, 10.01.2009 (Sabtu):-
Janis menerima cenderahati dari Pn Zaiton, Ketua Syukbah Wanita Masjid Jamek Kg Likas, setelah selesai motivasi bertajuk 'Jutawan Al-Quran'.


Pelajar Al-Quran dari Masjid Negeri Sabah Cik Salindawati (kanan) dan Pn Rohani, turut hadir memeriahkan pelancaran kelas muqaddam masjid Jamek Kg Likas.


Janis Abdullah sedang memberi motivasi bertajuk 'Jutawan Al-Quran' di Masjid Jamek Kg Likas.



Turut dilancarkan ialah derma Palestin peringkat masjid Jamek Kg Likas. Kelihatan AJK Syukbah Masjid Jamek, bersama dengan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Kg Likas, Janis Abdullah dan AJK masjid Jamek turut serta dalam pelancaran.


Sementara itu, menurut Puan Zaiton seramai 28 pelajar telah mendaftar kelas muqaddam yang akan diadakan di masjid Kg Likas bermula pada 15.01.2009 (Khamis) jam 8.00 malam. Bagaimanapun, penyertaan dijangka akan bertambah dari masa kesemasa. Kepada sesiapa yang ingin menyertai kelas ini, bolehlah berhubung terus kepada Pn Zaiton, Ketua Syukbah Wanita, masjid Jamek Likas.

No comments:

Post a Comment