Pageshttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214808197358211&id=1824180469

WHATS ON

2017 - VISIT TAMBUNAN YEAR
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

20 January 2009

MAJLIS KHATAM MASJID NEGERI SABAH KE 3

Kota Kinabalu, 18.01.2009 (Ahad):
.
Seramai 27 orang telah menyertai majlis khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Negeri Sabah baru-baru ini. Majlis khatam ini turut disaksikan oleh kira-kira 100 pemerhati yang terdiri dari pelajar muqadam dari Surau Taman Kemajuan Kg Likas, Pelajar Muqadam dari Masjid Jamek Kg Likas, Masjid Bandaraya, pelajar Teratak Fitrah, kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan, individu serta jemaah Masjid Negeri Sabah.
.
.Terdahulu dari itu, Puan Jenny dari Beaufort telah memeluk agama islam secara resminya. Beliau melafazkan kalimah syahadah yang dipimpin oleh Janis Abdullah dan disaksikan oleh lebih seratus orang. Berbangsa sino dan beragama kristen, Puan Jenny melafazkan kalimah syahadah dengan penuh yakin setelah lebih sebulan diajak berfikir semasak-masaknya sebelum memeluk agama islam. Dengan tekad yang kukuh, akhirnya Puan Jenny mengambil keputusan untuk memeluk agama islam pada 18.01.2009 di Masjid Negeri Sabah. Sebagai 'follow through' puan Jenny dipelawa mengikuti kelas mengaji (fardhu ain) samada di Likas atau pun di Masjid Negeri Sabah yang dikendalikan oleh Janis Abdullah.
.
Selepas upacara pengislaman, tazkirah diberikan oleh Janis Abdullah dan Hj Khairan Untoh diikuti dengan majlis khatam, tahlil, doa khatam, doa selamat dan jamuan tengah hari.


Atas: Janis memberi taklimat sebelum majlis khatam Al-Quran dimulakan.

Atas: Puan Jenny melafazkan kalimah syahadah yang dipimpin oleh Janis Abdullah.
Atas: Janis bertanya kepada Puan Jenny samada beliau dipaksa masuk islam maka Puan Jenny menjawab beliau masuk islam dengan kerelaan sendiri dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.

Atas: Sebahagian dari pelajar laki-laki menyertai majlis khatam.

Atas: Pelajar/peserta wanita turut serta dalam majlis khatam.

Atas(Dari kanan): Janis Abdullah (guru muqaddam & Al-Quran), Imam Saidin (guru muqaddam & Al-Quran), Imam Datuk Mokhtar Rapok (guru Tajwid dan Tarannum), Hj Khairan Untoh (Pengarah SIRIM)

Atas:Puan Jenny mengucap dua kalimah syahadah disaksikan oleh ratusan pemerhati.

Atas: Pelajar Al-Quran dewasa bergambar bersama dengan guru mereka, Janis Abdullah.
.

2 comments:

  1. Assalamualaikum wth, Nama Saya Awang, adakah Ustaz Janis juga mengajar di bahagian masjid bandaraya kampung Likas?

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumus salaam. Saya tidak mengajar di masjid bandaraya Likas tetapi jemaah dan sukarelawan dari Masjid Bandaraya datang ke MNS untuk memberi sokongan moral kepada majlis khattam anjuran Masjid Negeri.

    ReplyDelete